Friday, June 25, 2010

Kenduri Dari Bangi Ke Batu Caves

Hujung minggu lepas penuh Sabtu Ahad pegi kenduri. Tu la antara tujuan mak aku datang dari Ipoh. Kononnya nak pegi kenduri kahwin anak sedara belah abah aku or lebih femes dengan panggilan Abang Ros (aku pun tak tahu dia berapa pupu dengan aku..hehehe)

Abang Ros ni nak kahwinkan anak tunggal dia. Kenduri tu kat Bangi, kat dewan German Malaysian Institute. Jenuh la nak mencari tempat kenduri (maklum la tak pernah sampai Bangi..) Sib baik la adik aku yang jadik driver siap dengan GPS lagi.. Lepaih tersesat 2-3 kali (pakai GPS pun boleh sesat ma....)akhirnya sampai jugak le tempat dituju. Yang seronoknya dapat la aku jumpa mak-mak sedara & sepupu sepapat yang dah bertambah2 anak & berat badan (dah lebih 5 tahun tak jumpa oooo).


Hari Ahad pulak kenduri anak Abang Ros sebelah pihak lelaki pulak. Dekat Batu Caves je kendurinya. Dekat bebeno la dengan rumah teman. Konon janjinya nak berkumpul pukul 12tgh rupa2nya kul 12 tgh pihak perempuan baru nak bertolak dari Bangi.. Kitaorang ni kul 12 dah terpacak kat rumah pengantin lelaki. Last2 lepak le kat surau berhadapan dengan rumah kenduri tu.

-ruang legar surau tu punya la luas sampaikan anak2 aku  bebas berlari.. macam2 stunt dibuatnya. bila letih dahaga pulun la air botol yang hasben aku beli-

-insan2 keboringan menunggu...-

Kul 1.30 baru la pengantin sampai. Perut kitaorang ni dah berkeriok2 dah. Nasib baik la makanan kateringnya sedap.. Puas makan!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...