Sape pernah dengar tempat nama Allagar??? Aku pun first time dengar ni.. Memula tu ingat depe main2 nama tempat ni.. Ingatkan jolokan orang2 sekeliling je [sinonim dengan kawasan keling... ingat singkatan pada Allagapa's].. Rupanya memang ade nama estet Allagar. Sesape yang duk area Sungai Tinggi atau Trong kat Perak sure korang tau punya...
Alkisah cerita pi Estet Allagar ni [lupa lak nak snap batu signboard kawasan ni.. nak buat bukti kat korang] masa cuti Wesak lepas. Hasben kan gi Hatnyai.. aku & family balik kampung kat Pantai Remis la... Peh tu tah cemana deme [mak,datuk & mak pak sedara aku] plan nak gi berkelah. Memula nak pi Teluk Batik atau Teluk Senangin tapi aku cakap malas nak mandi laut. Leceh & kebetulan cuaca panas lak.. Baik la mandi sungai... baru la sejuk & segar bugar tubuh badan. Akhirnya destinasi dipilih ialah Allagar.
Memula sampai memang scary giler... masuk estet la katakan. Bila dah makin ke dalam rupanya memang ade pintu gerbang SELAMAT DATANG KE HUTAN LIPUR ALLAGAR [lebih kurang cenggitu la]. Tempat ni takde la glamer mana pun sebab kalau korang google pun tak banyak citer pasal tempat ni. Lagipun takde promosi kot tempat ni tu sebab tak ramai orang tahu kewujudan tempat ni...
Ni la gambar2 kitaorang kat sana. Adik aku kata port yang best dah ade orang so kita kena pilih port lain.. Ok la juga untuk kanak2 tapi tak syok untuk si tua bangka sebab air tak berapa dalam.. Kena bertinggung baru la air sampai ke bahu.. kik..kik.. Lagipun banyak batu da...
Yaya dulu takut mandi sungai tapi masa ni main air tak hengat!!!
senyum lebar cik Minah berendam dalam ayor...
maksu aku lak sampai mengusung tupperware.. senang dia nak mencekik.. [Patutla makin kembang maksu aku nih!!]
** Entry ini telah diauto publish kan kerana aku diserang virus kureng napsu serakah untuk berblogging minggu ni...
No comments:
Post a Comment