Budak ni masih tak berapa aktif lagi
Senyum pun tak berapa nak
Nak main pun cam takde mood
Mata dia pun tak bersinar2 cam selalu
Muka bangun pagi semalam yang tak ceria
Lapik carrier tu aku basuh sebab Jasmin muntah
Tu aku ganti dengan lapik playpen dia dulu2
Petang semalam hasben aku ajak jumpa pi rumah Kak Siti
[rumah Kak Siti ni belakang rumah Cik Besah je]
Kak Siti tu tukang urut pastu boleh la kalau nak ubatkan budak2 ni
Pas Maghrib & ambik Jasmin kat rumah babysitter
terus la aku gi rumah Kak Siti tu
Diurut2nya si Jasmin [sambil Jasmin melalak]
Pastu Kak Siti tu ada guna kunyit yang dibelah dua
Pastu dia tengok kunyit tu pastu katanya anak aku KETEGURAN
Hmmmm... biasa la budak2 besar tu kan
Lagipun aku ni ambik anak time dah malam2
Selalunya aku sampai rumah pun dah time2 maghrib
Takkan nak ambik anak time2 tu pulak kan
[time senja syaitan dok bersepah2 kat luar tu kan]
Selalunya dekat2 pukul 8 malam baru aku gi ambik anak
Selalunya juga, aku akan mandi dulu sebelum ambik anak
Pesan orang tua2 kalau sampai rumah elok bersihkan diri
Lagipun aku kan lalu lalang jalan Sg Tua - Ulu Yam tu hari2 [laluan "keras" tu]
Kot2 la ada benda yang mengikut kan
Tu sebab kena mandi dulu
Tapi nak dijadikan cerita, hari Isnin haritu aku balik lambat
& memang tak sempat mandi before ambik anak
Mungkin la ada le tu kot..hehehehe
Kalau benda tu tak mengikut aku pun, kot2 la mengikut suami aku ke, anak2 aku yang lain ke kan... Syaiton ada di mana2 ye dak???
Tu sebabnya before masuk rumah kena bagi salam
Pastu rumah tu pulak kena selalu dibacakan ayat2 al-quran supaya syaitan panas duk dalam rumah kita & kita boleh halau dia dari mendiami rumah kita
Tetiba aku teringat kata2 ustazah Norhafizah Musa
"Kalau di rumah kita, kita susah nak buat kebaikan, kita susah nak bangun subuh, anak2 tak dengar kata, kita suka nak marah2, etc ---> itu tandanya rumah kita banyak SYAITAN"
Kalau ikut sunnah Nabi, dia suruh kita berpindah dari kawasan yang banyak syaitan tu tapi kita takkan nak pindah rumah pulak kan
So salah satu caranya ialah kita HALAU syaitan tu dari rumah kita
Jadi rajin2 la baca Al-Quran, rajin2 la dengar alunan nasyid & zikir
[jangan nak gedik dengar lagu Nsync & Kpop aje <--- refer to my family lor]
Pastu rajin2 dengar ceramah agama @ cerita yang baik supaya rumah kita sentiasa disinggah oleh Malaikat Rahmat...
Ni balik2 tengok cerita lagho je... adohai... Astaghfirullahalazim...
Bila anak sakit, mama pun susah hati
Bila susah hati mula la stress kan
bila stress, susu pun sikit
Banyak ni je dapat selepas pam selama sejam
Selalunya tak sampai setengah jam dah penuh botol ni..huhuhu
1 comment:
HMMMtu la kan ... nk buat cam ne ....
biasa la tu budak2 kcik mmg sensetif sikit ... tp klu die dok meragam menagis je tu yg risau tu
Post a Comment