Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 29, 2015

BIJAKNYA DUTCH LADY KENAKAN GST

Semalam aku pergi beli barang dapur
First time nak beli barang dapur lepas GST ni
Sebelum ni beli sikit2, idak le terasa sangat bayo GST ni
Tapi beli barang dapur yang sekali rap sampai 4-5 ratus
Agak2 berapa la caj GST yang aku kena bayar kan

Ok.. sekarang kos GST aku dah kena masukkan dalam bajet aku
wakakakaka... average ada la dalam 20-30 hengget  
[boleh beli top up tu kan??]

Salah satu benda WAJIB beli dalam list barang dapur aku
ialah SUSU untuk Amira
Amira tahun ni baru berumur 2 tahun so selalunya aku akan beli susu 1-3 tahun la
Dari dulu setia dengan jenama Dutch Lady so dulu selalu beli yang 123 tu
Tapi sejak repackaging ni kena la beli yang jenis Explore 2-4 years tu

Sejak repackaging ni, harga dah mahal pastu berat dikurangkan
So ramai juga parents yang komplen kan
Aku pun pelik kenapa susu kanak2 bawah 36 bulan mahal sedangkan ia dikecualikan GST



Semalam lepas aku beli barang, aku tak tengok pun resit masa tu
Maklum le nak cepat
Pagi ni masa kemas2 wallet baru la ada masa membelek resit barang dapur semalam

Cuba korang tengok resit aku ni
Aku beli 3 jenis susu untuk Amira sekaligus

Sebab Dutch Lady tu mahal kan, so aku cari la susu lain yang seangkatan dengannya
So far Amira ni idak le memilih susu pun
Paling2 kalau susu tu tak sedap, aku campur je milo sikit...hehehehe





Ni resit semalam
Nampak tak perbezaan harga tu???
Berat susu je yang sama...

Tengok kat code hujung sekali tu [ZR & SR]
ZR= tak kena GST
SR = Kena GST

Nampak tak susu Dutch Lady ada kod SR = kena GST
Sebab apa??? 
Sebab had umur dah lebih untuk 36 bulan
Patut la dia dah tak keluarkan Dutch Lady 123
Bijak kan?????

So lepas ni memang tak le beli Dutch Lady dah.....
So korang kalau anak umur 2-3 tahun, takyah le beli susu ni
Beli le susu lain yang tak kena GST...

1 comment:

skuterlady said...

bagus ada pendedahan macam nih... biar pengguna lain tau dan sedar ada peniaga yg suka sangat amik kesempatan....