Friday, April 3, 2015

KEMBAR

Tahun ni ramai pulak orang2 dikeliling aku dok mengandung & beranak anak kembar
Huhuhu.. rezeki berganda untuk diaorang semua
Tahniah.... korang antara insan2 terpilih oleh Allah

Seronok kan kalau dapat kembar
Nak2 pulak kalau sepasang
Pastu boleh la gap lama sikit kalau nak beranak lagi kan
Aku pun teringin jugak nak kembar
TAPI bila memikirkan tahap kesabaran diri aku sendiri yang tersangat la nipisnya
Memang aku tak boleh la kot nak ada anak kembar
Mungkin sebab tak sesuai kot aku ni ada anak kembar...hahahaha
Allah maha mengetahui pasal makhlukNya kan, tu sebab dia tak kasi kat aku..hehehehe

Ada anak yang beza umur selang setahun ni pun dah cam kembar menjaganya
Udah aku asyik nak melenting je kejenya kan
So takyah la nak berangan2 nak baby kembar pulak
Idak terlayan aku nanti... elok2 nak cari pahala, dosa pulak yang aku dapat nanti...
Astaghfirullahal'azim...

Dah tu, meh aku mengkembarkan anak aku
Gambar je la...



Dua orang budak kenit ni pun sudah bikin hati panas kadang2
Especially time bila dua2 buat perangai
Huh... rasa nak lari dari rumah je...
Ni pun si Jasmin belum pandai lagi
Nanti2 dia bergabung meletup dengan Amira
Kepala aku lak yang meletup gamaknya...huhuhu


Si jantan ni pun aku kembarkan
Sian dia takde adik beradik lelaki..hehehe



Yang ni kembar siam sesat mana tah
Wakakakaka


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...