Saturday, April 11, 2015

TUNGGU SEKEJAP.... SOLATLAH DULU : KENAPA KENA SOLAT AWAL WAKTU?

Ini peringatan untuk diri aku sendiri
Takde tujuan nak tunjuk alim ke, nak riak ke,nak perli ke



Perasan tak, kalau kita solat di awal waktu, lepas solat tu kita rasa lega
Pastu kita rasa waktu lepas tu panjang sangat sebelum masuk waktu seterusnya
Kita rasa waktu tu macam2 kita boleh buat kan.
Ha... kata Ustaz, itulah dinamakan keberkatan waktu...

Kenapa kena solat awal waktu?

1. Kalau sebagai orang perempuan, sebab kita takut HAID datang bila dah masuk waktu solat. Kalau terperiod masa dah masuk waktu solat, kan dah nak kena qada pulak solat tu.

2. Takut ada tetamu datang ke rumah

3. Takut MATI


Ekceli apa2 pun, kita kena buat awal, sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku di minit2 seterusnya kan.

Macam aku, kalau hari bekerja, aku akan solat Asar siap2 kat office sebelum balik rumah. Sebabnya, aku tak tahu apa akan berlaku dalam perjalanan aku nanti
Dah le perjalanan aku jauh [1 jam perjalanan]
Manalah tahu kot2 jem ke, kereta rosak ke, tayar pancit ke, eksiden ke, MATI ke... kan????
Kalau pun sempat sampai rumah, tinggal beberapa minit je dah nak masuk waktu Maghrib, ha mula la terkejar2 nak solat... Aku adalah sangat tak suka solat dalam keadaan terkejar2 tau.

Lagi satu, aku paling tak suka kalau nak keluar rumah tinggal beberapa minit je lagi dah masuk waktu solat. Better la kita solat dulu kan. Kan lagi berkat perjalanan kita nanti. Itu la sebabnya perancangan perjalanan sangat penting bagi aku. Walaupun untuk kita bermusafir, kena la plan nak berenti solat dimana2 kan..Kalau boleh cari tempat yang selesa untuk kita solat. Takkan nak main tangkap muat je... Kan solat tu satu cara untuk kita berehat.

Jom sama2 kita istiqamah untuk solat di awal waktu
Kalau boleh kita berjemaah satu family, satu waktu tiap2 hari pun takpe

Kalau yang lelaki pulak boleh la pergi berjemaah di masjid

Sekurang2nya 1 waktu sehari
Tapi lagi bagus kalau tiap2 waktu sembahyang berjemaah di masjid


** Paling benci dengar orang lelaki [especially] sembang konon hebat gagah perkasa [nak2 bab atas katil] , tapi bila bab solat subuh, majoritinya FAIL!  [awal2 pagi dah kalah dengan syaitonnnn]

Sesungguhnya orang yang paling kuat ialah orang yang 
kuat menahan marah & hawa nafsu.


Jom sama2 berubah & beristiqamah.

1 comment:

Aini said...

Alhamdullilah... Tq atas perkongsian =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...