Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 18, 2014

FRASER HILL : SINGGAH MANA LAGI??

Fraser Hill pada aku just ok-ok je la
Takde la apa yang best sangat pun
Takat nak sightseeing, relax2 ambik gambar ok la
[dah le tak sejuk mana pun atas ni..]

Macam aku yang tak selesa dan kelam kabut ni
Tak dapat la nak ambik gambo banyak2

Percaya atau idak, kami hanya singgah 5 tempat je kat FH
1. Allan's Water
2. The Paddock
3. Medan Selera  [Makan kat restoran ARZED]
4. Masjid [untuk solat Zohor]
5. Tandas awam [untuk cuci muntah Adib]

That's it!!!!

Tah apa2 kan???

TAPI nak buat cemana... masa terhad
Anak mengaruk
Pastu tak tahu nak gi mana lagi...



Ni la tempat makan kami
Aku makan Chicken Chop
Memang pueh hati... Besar dan sedap
Adib makan Kuetiau Gorang, Aleeya makan Mee Goreng Mamak
Hasben makan Roti pisang + aiskrim
Semua sedap2...
Harga pun idak le mahal sangat


Aleeya dan Strawberry Smoothie
Pekat dan sedap jugak

Aku cuma oder sirap bandung... panas oi... haus tekak dibuatnya


Budak ni pulak tak mo duduk diam
Asyik nak memanjat meja je.. ate cemana nak makan kan
Duduk atas baby chair lagi dia tak nak
Nak tak nak kena la aku bergilir dukung dengan hasben
Haru kome...
Gambo makanan pun den tak sempat nak snap..hehehehe

Pas makan kitaorang singgah Masjid pulak
Nak freshen up & solat Zohor
Airnya sejuk sangat... Best kalau dapat mandi
Masjidnya pun selesa..
Sempat la aku mandikan Amira dengan air yang sejuk tu
Aku lak tak bawak tuala.. kalau idak, harus aku pun nak mandi juga



Sini le masjid yang kami singgah
Ada satu je masjid kat FH ni...mesti boleh jumpa punya

Lepas solat & segarkan badan
Hasben ajak balik dah...
Malas nak duk lama2 kat atas tu sebab tak tahu nak gi mana lagi
Lagipun nak turun sebelum hari gelap
Takut la nak lalu jalan bengkang bengkok malam2 kan

Oh ye, sebagai panduan, sila isi minyak full tank sebelum naik FH ye
Sebabnya kat atas ni memang takde petrol station pun
[tak tahu le kalau ada tapi aku tak jumpa pun]


Well, itu je la percutian singkat kami
Walopun kalau ikutkan jaraknya tak sampai 50km dari rumah aku
Tapi nak sampai ke atas tu pun ambik masa sejam setengah tau
Cabaran pening + muntah memang takleh elak la... huhuhu
Tobat lahom nak pegi lagi tau.
Tapi tak tahu la kalau kome suka...

Sapa yang tak pernah pegi, sila la bawak2 diri pegi ke Fraser Hill ye
Baru tau adventure ke idak nak sampai sana...hehehehe




2 comments:

+ e.z + said...

salam kenal. sronok gi FH nih kan? eB suka angat. rs tenang. kat atas tuh mmg xder stesen myk. nak bli minyak kena gi bli kat kedai. kedai jual cenderahati... punya la pening bila sampai atas x de minyak kan? hu3

Eliss said...

aku pun x pernah sampai mana2 tanah tinggi kat malaysia ni..sedih ..bila ajak laki aku asyik duk ckp kereta buruk takut nak naik..bila beli keta baru la baru naik agaknya..nth bila..hahahaha..nangis dalam tawa gtu :p