Monday, June 30, 2014

MENJELANG RAMADHAN

Hari Sabtu sebelum pose hari tu
kemain lagi jenjiran aku nak buat makan2
Macam nak raya je...
Ye lah  dengan bakar lemangnya, ketupatnya, rendangnya...
Betul2 macam nak raya.. walhal baru nak sambut puasa

Yang in chargenya jiran aku si Pak Ali la
Dia yang beria nak buat lemang
Pehtu Cik Besah pun naik meroyan juga
Mula la buat rendang ayam dan rendang daging
Jiran sebelah rumah Cik Besah pulak beria nak menganyam ketupat
Udah biras aku buat kuah kacang pulak...
Melarat2 jadinya... walhal asalnya cuma nak bako lemang je..

 Cik Besah tengah prepare bahan2 nak merendang

Pak Ali tengah mesin kelapa.. nak buat santan untuk masak lemang
[Nampak tak buluh lemang sebakul tu]


Aku tolong tengok je...
Takleh nak tolong apa pun... Kakcik mana mau berenggang
Aku sendiri pun berat perut kome.... Semua duduk serba tak kena
Dah le panas sepanjang hari... berlengas mak!

Semua settle waktu malam
Makan2 buat lepas terawih malam tu
Tapi aku tak join pun... dah ngantuk
Lagipun dapat special delivery dari Cik Besah....
Makan kat rumah je...

Tak habis pun lauk tu kami makan malam tu
Carry forward untuk sahur kononnya
Sekali bangun sahur pun dah lewat.. nyaris tak terbabas sahur
Sedar2 jam dah pukul 5.30 pg..
Makan mana dan je la.... yang aku ngan hasben tak kisah le
Sian kat budak2...
Adib je la bantai nasi dengan rendang ayam
Aku ngan Aleeya makan ketupat dengan kuah kacang tu je
Laki aku makan kurma dengan segelas nescafe je
[tu pun cepat2 sebab nak merokok lagi kan...]

Alhamdulillah mak buyung dan Aleeya berjaya berpuasa penuh
Adib je la yang serender lepas Zohor
Lapar katanya.... sabo je la..
Hari ni tak tau le cemana..


1 comment:

Nafira usof said...

waaahhh.. lemang tu yang x menahan.. hahahaha. yang lain ok lagi. meriah betol kalo jiran tetangga sepakat nih.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...