Monday, June 16, 2014

SEPAGI DI LAMAN RUMAH

Hujung minggu sinonim dengan hari mengemas rumah
Especially aku la kan...
Weekdays mana nak dan mengisahkan rumahtangga
Buat mana yang terdaya je la
Weekend je la dapat buat keje extra..

Bangun pagi buat bekfes, pastu terus basuh baju
Hasben aku, aku mintak tolong dia mop rumah
[dah dekat 2 bulan aku rasa tak mop rumah... dahsyat tak???]
Sejak dah sarat ni aku dah tak larat nak tonggang tonggeng
Nak patah pinggang rasanya
Aku suruh Adib vacum rumah, abahnya mop lantai
Aleeya pulak lap2 habuk kat perabot
Aku cuma lap kipas je...
Selebihnya aku bawa cik gebu main kat laman rumah
Kang dia pun menyebok sama nak kemas rumah
Udah le batuk selsemanya tak baik2 lagi..


Apa aktiviti cik gebu di laman rumah???
Explore la apa yang ada kat tanah tu
Habis dicabut rumput, kutip daun kering, kuis tanah dengan jari kontot tu
Petik bunga [tu yang terselit sekuntum kat telinga tu]
Pehtu punggah kasut selipar kat rak kasut
Ni nak tangkap gambar dia ni mana dia nak pandang kamera
Tu sebab semua gambonya menunduk je... khusyuk beno dengan ativiti sendiri

Bila dah boring, mengaruk suh aku dukung pulak
Adeh... mama ko ni dah le berat bontot 
Bila aku buat dek.. mula la merajuk
Hodohnya muka ko mengangis dik..

Bila orang dalam rumah dah siap keje
Angkut cik gebu masuk rumah
Upah susu sebotol, terus masuk buai
Lena la 2-3 jam..hehehehehe
[dengan mamanya sekali lena..hehehe]
Ni tido ke korek hidung dik????
Hahahaha...



1 comment:

Nafira usof said...

hahahaha.. comel sangat gaya tidonye.
kemain lagi tangan kat hidung.. penuh gaya haah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...