Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 2, 2014

TWISTIES LAKSA

Fenomena juga twisties laksa semenjak dua menjak ni
Aku pun tak nak ketinggalan sama
Bahan² pun senang nak dapat, cara nak buat pun senang juga

Belek2 pantry aku, bahan² semua ada kecuali laksa
So masa beli barang dapur, terus beli laksa kering

Ini resepi yang aku guna
Tapi sukatannya korang pandai2 la ejas ikut tekak memasing

Kalau ikut sukatan aku semalam [untuk setengah peket laksa EKA tu]:
3 sudu nestum
2 sudu serbuk kari
1 kiub pati ayam
1 sudu gula
1/4 sudu garam


Tapi rasa rempah kari tu kuat sangat la pulak untuk first batch
Patut kurangkan sikit rempah kari tu 
Guna 1 1/2 sudu dah cukup kot...hehehehe
Aku buat sikit2 je... takut buat banyak2 kang tak jadi pulak
[sebab ini percubaan pertama]
Untuk setengah peket laksa tu, dapat la 2 balang sederhana ni..


Cara2 nak buat tu:
Bahan2 yang kat atas tadi korang blend kering je semua
Pastu letak dalam tupperware bulat 
Senang nanti korang nak shake2 dalam tu

Ikut turutan nombor tu ye
1. Laksa yang dah digoreng... toskan minyak
2. Masukkan laksa yang dah goreng tu dalam tupperware yang dah ada rempah2 tadi. Pastu korang goncang2 la tupperware tu supaya rempah2 tu sekata menyalut laksa tadi
3. Dah boleh simpan dalam balang untuk kudap2...

Sedap..... 

Selamat mencuba ye...

1 comment:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah... teruja akak nak mencubanya Yani.. tengok cam sedap jer.. Tq share resepi tu ye :)