Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 16, 2014

SELAMAT HARI GURU

Tanggal 16 Mei tiap2 tahun merupakan Hari Guru 
Dah lama meninggalkan alam persekolahan so dah lama juga tak sambut hari guru
Tapi sejak anak2 dah sekolah, deme la yang beria nak sambut hari guru

Hari ni pun kebanyakan sekolah buat sambutan hari guru kan
Dan patutnya kat sekolah agama anak2 aku ada ujian
tapi sebab ada sambutan hari guru kat sekolah kebangsaan
ustazah pospon la ujian tu ke hari Isnin...

Malam tadi juga anak2 sebok ajak abahnya membeli hadiah untuk cikgu
Ala... beli la hat murah2 je...
Makanya penuh la kot kedai2 especially kedai cenderahati dengan budak2 
Untung la tokei2 kedai semalam... 

Hari ni semua budak sekolah kebangsaan kena datang sebelah pagi
Anak2 aku pun kena la bangun awal kan [diaorang sesi petang]
Sebabnya kena ada kat sekolah sebelum kul 7.30pg
Aleeya ok bab2 bangun pagi, tapi si Adib ni liat sikit
Tapi alhamdulillah takde buat perangai

Sementara menunggu atuk hantar ke sekolah
Posing jap... termasuk si kecik tu nak menyebok
Adib tu tengah pegang hadiah nak bagi kat cikgu dia le tu

Ok la kepada semua warga pendidik 
terutamanya kepada cikgu2 yang pernah mengajar aku: 
-Mak & abah sebagai cikgu pertama aku [kebetulan dua2 pun memang Cikgu]
-Tadika KEMAS Taman Kledang
-Sekolah Agama Rakyat Osmaniah
-SRK Main Convent, Ipoh
-SM Convent Ipoh
-Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh
-Matrikulasi UUM Sintok
-Universiti Utara Malaysia, Sintok

Dan tak lupa juga kepada rakan2 blogger dan alam maya yang lain yang bertugas sebagai cikgu

TERIMA KASIH CIKGU!!!!

1 comment:

Izwa Kamaruddin said...

selamat hari guru utk semua guru..