Wednesday, May 7, 2014

IRISE MAGICK BB CREAM

Sejak dah jadi mak2 ni, dah takde masa nak mekap beria2
Kalau boleh nak yang selagi simple yang ada
Nak2 pulak masa pregnant... lagi la kuasa malas tu berkali2 ganda kan

Sejak BB cream dah glamer, dah lama dah aku lupakan pondesen [baca foundation]
Ala, BB cream ni pun ala2 pondesen jugak kan
Cuma lebih banyak kebaikannya compared to foundation
Memang banyak jenama di pasaran, cume sediakan duit je
Lagipun lepas apply BB Cream ni tak payah nak tepek compact powder bagai dah kan..Sesuai untuk orang malas cam aku..

Masa balik Ipoh hari tu sempat la singgah BILLION depan rumah mak aku tu
Asalnya sebab anak2 nak beli aiskrim Pop Mat Kool tu la
Kebetulan BB cream aku yang sedia ada ni dah habis
So lalu la kat tempat jual BB cream
Cadangnya nak beli Garnier punya je... 

Sebelum ni memang pakai Garnier tu sebab terpengaruh dengan Lisa Surihani
Pas dah habis, aku pakai yang brand Avon tu je
[itupun beli sebab sale..hehehehe]


Masa tengah2 belek BB Cream Garnier tu
Akak promoter ni promote la BB Cream brand Irise
Brand Irise ni memang dah lama tapi cuma kurang promosi especially dalam TV kan
Selalu ada dalam majalah2 wanita banyak le
Lagipun nasib la kulit akak promoter tu memang cantik
Semangat juga aku nak dengar


Aku ni pantang kena promote sikit
Mula la terjebak 
Nak2 pulak masa tu memang tengah ada duit... lagi cepat aku terjebak
Kalau takde duit tu boleh pulak buat hati kering..hehehehehe
Makanya terjebak la aku dengan BB Cream Magick ni...hahahaha
Nak2 pulak dapat diskaun 20%...


Kata akak tu BB Cream ni boleh tahan  4 bulan [30g]
Takpe, kalau dengan aku boleh tahan setahun kot..hehehehe
Aku kan malas.... 

So far, aku pakai macam biasa je...
Takde apa yang aku rasa best pun...
Sama je dengan pakai bb cream brand lain
Ke aku yang tak pandai menilai????
Tapi aku suka bau dia... wangi....

Korang suka pakai BB Cream tak? Korang pakai brand apa?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...