Friday, May 30, 2014

CERITA CEK UP SEMALAM

Semalam takde mood nak apdet blog lepas balik klinik
Hari ni baru nak cerita hal ehwal semalam
Lagipun semalam sebok dok layan tv tengok majlis pengkebumian Sultan Perak

Alkisahnya semalam, cek up untuk minggu ke 30++
Semalam juga kena buat MGTT kali kedua
Kali ni dapat perisa anggur
Hahahaha.. sekali teguk je aku minum
Ate aku udah le lapo/dahaga sebab kena pose dari malam
tambah lagi aku kan selsema, memang tak rasa sangat la tang manisnya tu
Ok bab tu pas la kan...
Tang cucuk tangan ambik darah tu pun ok la...

Lepas minum air gula kena pulak jumpa doktor untuk repeat scan
Scan 2 minggu sudah katanya uri aku rendah lagi
Tu yang doktor suruh scan lagi sekali
Memula dia kata ok dah uri tu
Peh tu tetiba dia kata uri masih rendah lagi... ah sudah
Dia pun tak puas hati dengan hasil scan tu so dia kata dia suh aku refer pakar kat Hospital Selayang
Dia keluarkan surat la suh aku pi Hospital..
Adeh.... ni yang aku malas ni... 


Ok fine.... demi kandunganku .. mak pasroh le ke spital
Tiap2 kali mengandung pun memang aku kena refer pakar
salah satu reasonnya adalah sebab aku ada history c-zer

Next, lepas ambik jumpa doktor, kena pi klinik Genting Malek pula untuk cek up biasa
Between gap dua jam tu aku pi pulak klinik Genting Malek
Kat klinik GM tu biasa la timbang, kencing, dengar jantung baby
Sekali nurse kata baby dalam kedudukan melintang a.k.a transverse
Tapi nurse kata takpe, ada masa lagi dia nak pusing2 dalam perut..
[Masa Amira pun sampai nak bersalin doktor dok kata transverse lagi]


Ok la... so far cek up kat klinik GM pun ok
Pastu settle di klinik GM, patah balik Klinik Ulu Yam
untuk ambik darah lepas 2 jam minum air gula

Next destination, terus menuju ke Hospital Selayang
Masa perjalanan dalam 30-40 minit juga la
Sekali sampai ke hospital, nak cari parking punya la payah
2 kali tawaf spital. 
Nak parking jauh2, aku pun tak larat nak jalan sangat
Last2, terus keluar kawasan hospital, terus tuju opis
Malas la nak buang masa kat situ
Kalau pegi pun, bukan boleh jumpa pakar hari ni
Pegi buang masa untuk ambik appointment je pun
Next week je la aku pegi... hehehehehe


Letih!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...