Tuesday, May 6, 2014

I-CITY IPOH : RIVER WALK @ KINTA RIVERFRONT

Dah alang2 balik Ipoh, ajak la hasben jenjalan tengok ICITY IPOH
Apa... ingat Shah Alam je ke ada Icity???? Ipoh pun ada tau
Tapi kawasan ICITY ni lebih glamer dipanggil KINTA RIVERFRONT

Selalunya kalau balik Ipoh, lalu kawasan ni bila waktu siang je
So tak nampak le lampu2 ni kan
Bila malam, baru la bercahaya2.

Saja la seronok bawa anak jalan2 ambik angin malam
Tapi yang tak syoknya, banyak lampu dah tak menyala
Terutama lampu kat jambatan
So rupa jambatan tu dah tak nampak cantik sangat

Sepatutnya keadaan jambatan ni camni la...
Pics from google only..




 Cantik kan????

Ni pulak gambo version aku..hahahahah
Masa kat jambatan tu orang ramai sangat atas tu
Payah nak ambik gambo... 
Ni pun tangkap mana dan je..
Dah le tu Cik Gebu ni tak nak duduk diam
Asyik berpusing2... teruja tengok lampu gamaknya

Ada satu kawasan lapang seberang sungai tu
Memang dipasang lampu2 kat pokok
Dah macam hujan lampu
Cantik sangat...
Amira pulak bila dilepas, bebas la dia berjalan kat situ..
Laju lak tu dia jalan.. Kena kejor sentiasa

Ni la kawasan yang aku cakap tu...


 Kiri kanan sungai ni ada je restoran2 & kafe2
So nak lepak2 makan tepi sungai pun boleh


Selain tu, ada juga perkhidmatan sewa basikal pada siapa2 yang nak kayuh basikal sepanjang sungai tu
Berapa kadar sewanya idak le aku tengok pulak

So far ok la tempat ni
Sesuai untuk beriadah & relax2 bawa family

Next time balik Ipoh, boleh la singgah sini lagi..
Tak rugi singgah sini.. lagipun free je nak masuk...hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...