Wednesday, July 10, 2013

STOK EBM YANG PERLU DIHABISKAN

Dah masuk bulan 7, stok bulan 4 pun tak habis lagi
Jangkamasa EBM kalau simpan dalam freezer peti ais rumah aku ni cuma 3 bulan je 
[peti ais rumah aku jenis yang 2 pintu]
By hook or by crook kena habiskan semua stok2 ni bulan ni jugak sebab nanti dah expired.

Ni pun dah kira sikit dah... 
Yang bawah ice bag kat tingkat tengah tu semua stok bulan 6
[aku kira semalam ada lagi 20 pek susu bulan 4 tu]

Aku ni selalunya bekalkan Amira dengan susu fresh @ yang diperah hari sebelumnya
Aku hanya bekalkan 1 pek frozen EBM setiap hari
[tu yang lambat habis tu]
1 pek frozen EBM tu dapat la 2 botol susu  [3oz each]
Hari2 aku supply 7 botol [3 oz each] pada babysitter

Bukannya aku taknak bagi frozen EBM ni pada Amira tapi dia sendiri cam tak berapa gemar
Dia sukakan yang fresh je
Lagi satu susu frozen ni dia cam ada bau sikit kan
Tu yang buat dia tak  berapa berkenan kot.

Well, stok EBM aku ni tak banyak mana tapi cukup la untuk Amira
Aku malas nak buat stok banyak2 sebab limited space 
Pastu kalau banyak2 last2 end up kena buang juga nak buat apa kan??
[tetiba teringat kat sorang member yang stoknya dah capai 1000oz ---> bila la nak habis tu kan??]
Benda ni pernah jadi masa aku dalam pantang dulu
Sampaikan aku decide nak beli deep freezer sebab tempat dah takde
And untuk masukkan susu terbaru, aku terpaksa buang stok susu yang awal2 tu.  Amira lak tak hingin langsung EBM masa tu, so no point la aku nak beria2 buat stok banyak2. Disamping tu, space pun takde untuk aku letak deep freezer tu kat dapur, so niat tu diignore begitu sahaja.
So just berwasatiah dah memadai... berpada2 je dah cukup
Even ada yang kata lama2 nanti susu dah sikit so masa tu la pakai yang frozen
Tapi kalau tak diluakkan stok yang lama tu cemana nak masukkan stok baru
[kita still keep on pumping jugak everyday kan??]

Apa2 pun lain orang lain pandangan
Tapi pada aku, biar la aku supply yang fresh untuk Amira
Tapi buat juga la stok frozen kalau ada lebih in case of emergency



1 comment:

lieyalatif said...

mcm lieya gak dulu la syani...dulu lieya pun rajin buat stok ebm ni...tapi dayyan tak suke yg dah dithowkan nie...ade bau sikit kot kan...die nak fresh dari peti ais yg tak beku tu...so nak tanak kene laa pam arini stok utk esok....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...