Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 9, 2013

BULAN FESTIVAL - AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Alhamdulillah... semalam dah diisytiharkan yang esok kita akan menyambut Bulan  Ramadhan
Masih lagi diizinkan Allah untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini

Bulan Ramadhan yang datang setahun sekali ni adalah satu bulan festival untuk kita semua
Festival apa??? Bukan festival makan mahupun shopping raya
Tapi festival ibadah... kerana apa sahaja ibadah yang kita lakukan akan berkali ganda pahalanya
Rugilah kita mensia2kan waktu yang ada dalam bulan ni
Kena dimanfaatkan sepenuhnya

Azam aku tahun ni nak khatamkan Al-quran yang dah lama tertangguh
Semoga kesampaian kali ni
Tahun ni jugak masih tak berkesempatan bersama2 nak solat tarawih berjemaah di surau sebab ada anak kecik
[Tarawih kat rumah dengan anak2 je la..]
Dan diharapkan Allah izinkan aku dapat berpuasa penuh lagi tahun ni... AMIN!!!!

Adib pun dah nak start belajar puasa tahun ni..


Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada korang semua
Dan aku juga nak mohon ampun dan maaf atas segala salah silap sepanjang kita berkenalan ni
Sama2 kita tingkatkan ibadah kita, perbaiki diri dan maafkan semua orang [pesan Prof Muhaya]



4 comments:

Nory Zoulkefle said...

salam ramadhann..

Nafira usof said...

aminnn.. semoga tercapai usaha kita untuk melakukan sebanyak mingkin ibadah.. :)

salam Ramadhan..:)

Lissa LaLissa said...

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.. :D

Abil Fikri Ahmad said...

Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa..