Tuesday, May 3, 2011

CITER BALIK IPOH

Sabtu lepas aku anak beranak balik le ke kampung [kampung ke??]
takleh nak cakap kampung halaman, tapi bandar halaman
IPOH... IPOH.. IPOH...

Pukul 6.45 bertolak dari rumah (Batang Kali)
non stop di mana2 R&R mahupun stesen minyak
akhirnya sampai ke Ipoh dalam kul 8.30 pg
[laju giler kan hasben aku bawak kereta..]
mementang aku & hanak2 tidur je sepanjang jalan, dia pecut tak hengat la tu
terkejut gak aku bila sampai kat Tol Simpang Pulai tu jam baru kul 8.20pg

Lepas exit tol, hasben ajak breakfast dulu
sebelum betolak, dari rumah lagi perut aku cam kembung je
so takde la rasa selera sangat nak makan
dah dia ajak, aku on je le
nak ajak ke Stadium [konon pastu nak jenjalan Pasar Tani]
tapi hasben taknak, cari le tempat lain
mana la aku ingat lagi mana2 tempat makan yang best kat Ipoh
dah lama dah aku meninggalkan Ipoh
last2 ajak hasben singgah makan kat tempat udang besar

Kat mana??? Ha... kat sini la

Tak tau kat mana?? Alahai.. dekat sangat dengan stesen keretapi & mahkamah
kalau hari bekerja, penuh la loyer2 duk makan kat sini
bukan susah sangat nak kenal depa pun
yang pakai baju putih hitam macam taik cicak tu le

Kalau tak tau gak, cari je masjid negeri
betul2 setentang dengan masjid
ni view dari masjid [kitaorang parking betul2 depan masjid]
Pasal parking kat sini la, kitaorang kena saman dengan MBI
ceh.. ingatkan hari Sabtu takyah le bayo parking
eh..eh.. rupanya Ipoh pun dah jadi cam Melaka
parking pakai sistem kupon.. leceh tul!

Kitaorang makan kat kedai satu kakak ni
aku lupa lak kedai dia no berapa, tapi kedai dia ni memang ramai orang
kedai dia ni tepi sekali
kalau tak tau sangat, cari je kedai yang ada letak udang besar2 dalam pinggan tu
tak caya cakap aku?? Ni la makanan yang aku oder 

 Mee kantonis... nampak tu pinggan sikit punya besar
udang ada 3 ekor.. besar2
harga RM3.50

Hasben aku oder kuetiow goreng
pun ade udang gak 3 ekor
harga sepinggan baru RM3.50
[actually majoriti menu masakan kat sini RM3.50 je]

Untuk anak 2 aku order egg on toast je [ni kat kedai lain]
tapi anak2 lak tak lalu nak makan
apa idaknya, telur separuh masak tu rupanya suku masak je
banyak telur putih tu still jernih lagi
anak2 aku pun geli nak telan gamaknya
aku yang tolong jamah pun nak muntah dibueknya
[dah le badan aku ni pun semacam je.. rasa nak demam]
last2 tak habis pun.. membazir sungguh...

Pas makan, bawak anak2 aku yang tak mandi tu pi main kat taman
[part ni later la aku citer]
pas main, terus balik rumah mak aku
badan aku pun makin tak larat.. rasa nak baring je
perut sebu, tekak loya, badan lemah.. sah nak demam ni
so sepanjang hari tu.. aku TIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIDO je
[musti ade yang saspek aku "mabuk" kot]... hehehehe

Kesimpulannya, cuti ialah hari untuk bermalas2an
akhirnya malas2 membawa ke demam2
tak de jalan ke mana2 pun
badan tak sihat, takde mood nak jenjalan
tapi aku happy sebab dapat jumpa family aku especially mak & abah
walau seronok di bawah ketiak laki, seronok juga bawah ketiak mak sendiri.. betui tak???

2 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

koewteow goreng tu nampak cam sedap sgttt...terliur dibuatnya

rasp said...

uishhhh murah je makanan kat situ ya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...