Sabtu lepas, hasben aku ajak pi I-City
sebabnya dah berjanji dengan Aleeya nak bawa dia pegi situ
nak pergi masa cuti Wesak hari tu, hujan pulak sebelah malam
tu yang pospon sampai Sabtu.
Walaupun cuaca mendung & hujan renyai2 sepanjang perjalanan
tapi gagahkan jugak kaki ni ke sana
dah alang2 ke Shah Alam, baik pegi je lah
berhujan pun sanggup
Kami keluar rumah pukul 6.30 ptg, keluar tol kat Rawang
tension giler sebab tersangkut dekat sejam
pasni memang ban exit tol Rawang.. kalau nak masuk PLUS kena exit kat tempat lain
buang masa sungguh tau.. dekat kul 8 baru masuk dari tol Rawang
Akhirnya pas berenti semayang Maghrib kat Sg Rasau
perjalanan di teruskan ke I-City
tak susah pun cari tempat ni sebab banyak signboard
masa sampai kat I-City, hujan masih turun lagi
masing2 la dok pegang payung
Dek sebabkan hujan tu kot memang tak ramai orang datang I-city ni
parking punya la berlambak
tak macam last time aku datang [setahun yang lepas..hehehehe]
lepas parking, memula tempat dituju mestilah pokok krismas gergasi ni
[sebab itu yang paling dekat kan...]
Ingatkan pastu nak pegi rumah sejuk pulak
tapi malangnya masa aku pegi tu rumah sejuk tu tutup
[ke memang dah takde ha???]
Banyak kedai yang dah buka berbanding masa memula aku pegi dulu
KFC pun tengah renovation kat sana
tapi aku rasa kali ni aku pegi I-city ni macam dah tak best
dah macam tak meriah je
tapi ade jugak benda baru... contohnya kereta kuda ni
Kami tak naik pun kereta kuda tu so tak tahu la berapa caj sekali naik tuLagi satu benda baru ialah zirafah & lembu gergasi
bukan yang dekat safari tu
tapi yang ni betul2 sebelah globe yang tulis "CITY" tu
Zirafah ni dari tepi jalan dah boleh nampakYaya posing dengan lembu...
last2 abah dia suh dia pegang ekor zirafah tu baru la dia nak
Yaya lagi... memang suka la dia dapat pegang pokok warna warni ni
Pastu kat area situ gak ada Santa Claus & rusa2nya
dulu kalau tak silap aku tempatnya betul2 kat entrance parking bertingkat tu
sekarang sudah ubah kot
gambar banyak gelap la... ni yang nak kena pakai DSLR ni..Tengah syok2 posing, hujan pun turun
maka lari la kami cari tempat berteduh
alhamdulillah hujan tu sekejap je
so kami teruskan perjalanan ke hutan lampu pulak
aku paling suka lalu kat sini sebab rasa cam fantasy world gitu
Kat sini aku tengok macam banyak tempat tengah renovate kot
tanah pun ade yang berlecak2
& aku perasan tempat ni dah tak banyak lampu
patutnya sebelah pokok yang warna warni ni
ada pokok yang ala2 tanglung kan
tapi la ni dah takde.. dah dicabut semuanya
maybe nak letak yang baru kot
Masa kat sini anak2 yang pegang henpon tau
depa yang nak ambik gambar
tu yang senang kami laki bini nak posing together-gether tu
Next stop, of course la safari tu
nak tengok dinosaur punya pasal
tapi masa kat sini Adib pulak merajuk
sebabnya dia tak dapat nak duduk atas patung2 binatang tu
mana idaknya, asal ade je budak2 yang naik atas patung tu
mula la pak guard tu dok prit...prit...
last time aku pegi memang ramai orang so pakguard tu tak ter"prit" la kot
kali ni memang lengang, senang la pak guard tu nak nampak keje haram budak2 buas yang tak reti bahasa macam anak aku tu
Yaya & gajah2 peliharaannya.. hehehehe
Adib masa ni merajuk tu yang sekeping gambar dia pun takde kat sini
Feeling2 berani pegang rimau le tu...
Ni la dinosaur yang nak tengok sangat tu
patutnya Adib yang posing kat sini tapi dah mengaruk punya pasal
Yaya take over la
Pas blah dari situ, pas abah dia pujuk2 sikit
baru la mamat tu ok..baru la nak posing kat lampu2
Adib poyo!Pas abih tour kat sini, kami pun on the way pi tempat parking
masa ni jam pun dah dekat pukul 11 mlm
ops.. lupa nak kabor, kat bangunan yang setentang dengan pokok krismas gergasi tu
ada pameran reptilia tau
kat entrance tu dia ada letak burung kakak tua, iguana & cicak
nak masuk sini dewasa =RM5, kanak2 =RM3
katanya budak 3 tahun kebawah free je
disebabkan Adib ni punya kecik sampai nampak cam budak 3 tahun so dapat la free
total kitaorang kena bayar RM13 je... kalau ikutkan kena la RM16 kan...
jimat 3 hinggit.
Ingatkan kecik je pamerannya.. rupa2nya besar jugak tau. Macam2 reptilia ada
zoo pun aku rasa tak banyak koleksi macam ni
ada cicak, katak, iguana, labah2, kura2, penyu & ular
buaya & biawak je yang takde...
gecko @ cicak tokek pun ade tau!
Ular 2 ni memang banyak spesis la
Anaconda pun ada tau..
kalau terer cuba teka yang mana satu dalam gambar kat atas tu
ular tedung je takde kat sini
Ekceli aku ni memang penggeli ular dari dulu lagi
tapi masa kat sini kurang la gelinya... ntah le sebab apa
tapi takde la aku belek lama2 sangat sebab nanti datang lak geli aku tu
mula la nanti meremang2 bulu ketiak roma aku.
Dalam banyak2 ular tu, ada sekor tu memang agresif sikit
maybe sebab dia lapar kot
Memula ular sawa ni tegakkan kepala dia camni
agaknya pelik sebab ramai yang dok tengok dia kot
pastu lama2 makin tinggi dia berdiri tau
terjelir2 lidah dia kat jaring sangkar tu.. geli den!
Agak2nya kalau tak disebabkan jaring tu, berapa tinggi dia boleh berdiri ek???
Kiranya puas hati la pegi sini kali ni
walaupun hujan at least ada benda baru kat sini
kami sampai rumah kul dekat pukul 1pg.
Memula anak2 ajak pi makan.. maybe lapar kot
tapi bila masuk kereta je.. dua2 terus lelap.. letih sangat la tu
last2 tak singgah makan pun
breakfast pagi esoknya je la baru makan....
2 comments:
waaa .. dh makin cantek. kna 'repeat' ni. eh .. blog awak dah tak da malware eh? lama kc tak datang sini sbb asyik2 kena malware warning je.
Dulu ade la kejap malware tu pastu ade member bagitau. Patutla kakchik dah lama tak tinggal jejak...
Post a Comment