Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 18, 2011

BACA CERITA HANTU SAMPAI MUNTAH

Masa balik Ipoh hari tu sempat la menyinggah Billion
ala...  Billion ni sekangkang kucing je ngan rumah mak aku
aku menyinggah le kat tempat stationary
konon2 nak beli la barang sikit untuk kegunaan aku di opis
tah cemana ada pulak la tempat jual buku2 cerita

Memula aku buat dek je lalu kat situ
tapi dah si Adib nak jugak2 buku cerita hantu [walaupun tak reti baca]
terpaksa la aku belikan jugak
dia ni pantang nampak gambar hantu kat kulit buku
mula la nak suruh belikan
nasib la buku cerita tu tak sampai 5 hinggit pun
pastu mula la perosah mama, abah & kakak dia bacakan citer tu..

Ini la buku cerita yang ye-yo-o je dia nak beli

Nampak tak tulisan "SIRI CEREKA SERAM POPULAR" tu???
Ha'ah... seram & fofular la sangatnya...
tengok tajuk pun aku dah nak tergelak... ceritanya lagi la tah apa2
tapi ok la kan.. buat stok bacaan boring2

** Hasben aku kata, pas beli citer hantu muntah2, nanti kita cari cerita hantu berak2 pulak... [ade ke gamaknya ha???]

2 comments:

Me said...

lama dah tak denagr perkata PEROSAH... hehehhehehe...

Encik H said...

haha...tunggu jelah kemunculannye...