Wednesday, May 11, 2011

SEMALAM GULA, HARI NI BLR LA PULAK...

Kalau satu benda naik harga, semua mende pun nak naik harga
ni belum lagi minyak naik [dengarnya akan naik tak lama lagi]
gaji lak belum tentu naiknya... hadeh....

Pagi tadi baca paper berita harian
katanya Maybank & RHB dah naikkan BLR kepada 6.60% setahun
[sebelum ni BLR = 6.30% setahun]



Maybank, RHB umum kenaikan kadar faedah

11/05/2011

DUA kumpulan perbankan tempatan semalam mengumumkan kenaikan kadar faedah masing-masing susulan langkah Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus kepada 3.0 peratus daripada 2.75 peratus minggu lalu.

Kumpulan perbankan itu ialah Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Banking Group.

Maybank dalam kenyataannya semalam berkata, ia menaikkan kadar faedah deposit serta pinjamannya sebanyak 0.3 peratus berkuat kuasa hari ini.

Ia berkata, Kadar Pinjaman Asas (BLR) bagi pinjaman konvensional bank itu dinaikkan daripada 6.30 peratus kepada 6.60 peratus setahun.

Kumpulan perbankan terbesar tempatan itu juga berkata, untuk Kadar Pembiayaan Asas (BFR) bagi Maybank Islamic Bhd, ia dinaikkan kepada 6.60 peratus daripada 6.30 peratus.

RHB Banking Group pula mengumumkan kenaikan BLR RHB Bank Bhd dan BFR RHB Islamic Bank masing-masing daripada 6.30 peratus kepada 6.60 peratus setahun, juga berkuat kuasa hari ini.

Ia juga mengumumkan kadar faedah deposit tetap barunya, iaitu 3.05 peratus untuk tempoh deposit satu hingga dua bulan; 3.10 peratus (tiga hingga lima bulan), 3.20 peratus (6 hingga 11 bulan); dan 3.30 peratus (12 bulan).
Pegawai Prinsipal RHB Bank Bhd, Renzo Viegas berkata, semakan itu adalah sejajar dengan langkah Bank Negara menaikkan OPR.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz ketika mengulas mengenai keputusan bank pusat itu menaikkan OPR itu minggu lalu berkata, ia adalah langkah wajar selepas mengambil kira kedudukan ekonomi semasa.

Beliau turut menegaskan bahawa langkah itu tidak mengehadkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kerana pada kadar semasa, ia masih mampu menyokong kerancakan ekonomi.

Sementara itu penganalisis berkata, susulan pengumuman menaikkan kadar faedah oleh Maybank serta RHB itu, kumpulan perbankan lain juga dijangka membuat pengumuman yang sama dalam tempoh terdekat ini.


kalau Maybank dah start naikkan, for sure la bank2 lain pun akan folo jugak
loan kereta & personal loan memang tak terlibat le sebab dah fixed rate
yang loan rumah ni la menjadi masalah
instalment bulanan dah sah2 akan naik dari sekarang
oh ye... sesapa yang ambik ASB loan pun akan terlibat jugak
so better korang cek dengan bank mulai bulan depan berapa instalment korang kena bayar...


** Makin susut la cashflow aku pasni...



4 comments:

mr icham said...
This comment has been removed by the author.
mr icham said...

esok darah pulak yang naik, sebab dah semua nak naik, sebab dapat ura-ura gaji kakitangan kerajaan pun nak naik...susah nanti...sediakan perlindungan terbaik, hanya daripada Prudential BSN Takaful... :-)

SYANI said...

Aik... promote nampak..

alimaz kembara terasing said...

entah ler.... macam mana agaknya yg pakai 2.. 3 bijik kreta tu..... jenuh byar....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...