Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 16, 2011

PROJEK PICASSO

Tah mana datang angin anak2 aku
tetiba mintak dibelikan water colour
kata Aleeya "nak kaler macam Abang Heri, yang letak air & pakai berus"
ini mesti kes anak buah hasben aku tu buat lukisan
dah anak2 nampak depa pun nak buat gak

Kelmarin hasben aku belikan water colour kat kedai 2 ringgit
beli 2 set dapat le 7 hinggit
lepas dapat kaler, bermula la projek dua beradik ni
lokasi projek, kat dapur aku...
Aleeya in action... tengah bancuh water colour

Adib pun sama... sebenarnya dia tiru apa kakak dia buat

Lepas berpenat lelah membancuh, melukis & main air
ni lah hasil lukisan depa
Ini antara hasil contengan kreatif si Adib
minat betul dia dengan kaler biru

Ini antara yang dah siap
Cuba teka mana satu si Adib punya, mana satu si Aleeya punya..

** Ada serupa Picasso? Van Goh??  Michael Angelo???

2 comments:

Encik H said...

balik boleh menconteng di rumah opah minah plak...hahaha

gedek! said...

Macam ni habis stok sokkaba lama di gunakan...!

jangan lupa recycle!

(melukis dengan anak2 memang bes!)