Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 11, 2013

AKU SERENDER OKEH!!!

Assalamualaikum....
Lama tak buat entry kat blog ni
Maklum la sejak ada budak tecik dalam rumah ni.. masa adalah sangat terhad
Nak berpoya2 di alam maya pun tak sempat

Sejak hari Isnin hari tu, rutin tidur si Amira dah berubah
Siang2 dia dah tak berapa nak tidur nyenyak
Kadang2 aku baru nak terlelap, dia dah berbunyi
Dah le tu, pantang kena tinggal sorang2, mula la menjerit mintak angkat
Aduh.. letih mak.. jadual harian aku kelam kabut dibuatnya
Waktu makan pun dah lari timing.. nak makan nasi pun kadang2 tak sempat
Nak bertungku usah citer la.... kalau dapat buat tu dah mujur la tu
Time nak pam siang2 pun tak keruan sudah..

Bila pantang sendiri ni, kena pandai ejas masa la kan
Mana ada orang nak tolong2 tengok baby dsb
Dulu anak2 tak sekolah tak berapa kisah sangat
La ni Adib & Yaya dah sekolah so seawal 6.45pg dah kena kejut bangun
Siap2kan diaorang nak gi sekolah bagai.. time tu pulak la so Amira terjaga
Nak menyusu la pulak... adeh... 
Pastu kalau dia nak terbiar sorang2 dalam katil dia takpe juga
Ni dia nak kita dok dengan dia je....
Aku ni lepas budak2 gi sekolah banyak la keje rumah nak kena setel
Nak basuh kain, jemur kain, masak nasi, jerang air dll

Finally, kalau cenggini caranya memang aku serender la
Penyelesaiannya terpaksa la aku keluarkan juga dari stor
BUAI turun temurun

Memang kalau ikutkan malas nak ajar anak berbuai
Tapi kalau sampai keje lain tak boleh buat, ape ke halnya kan
So hari ni , dah selamat Amira rasmikan buai tu.. elok je dia lena dalam tu
[tu yang sempat buat entry pepagi ni]

Harap2 dia cam Adib la... buai boleh, takde buai pun boleh
Idak le stress sangat nak mengusung buai tu kalau nak ke mana2.

10 comments:

Me said...

huhuhu... udah berbuai yee... dah mcm bukan dlm pantang plak ko buat keje... tapi mmg mcm tue la kann.. jgn lupa jaga kesihatan diri luar & dalam. take care

SYANI said...

Kerul,
Ate nak buat cemana.. nak tak nak keje rumah kena gak buat.. Yang keje berat2 semua tunggu hasben balik keje baru dia buat.

Eliss said...

anak aku 2 hr ni tido berbuai pulak gara2 umah pengasuh duk buai..aduyaiiii. bila lelap br letak kt katil..

Qhaifa Nur said...

kalau buai letrik lagi lama tidonya...
tapi tak tahan kalau pergi umah orang..tau berjalan

mdmlala said...

baby mesti nk tido dlm buaikan...

Anonymous said...

hehehe apapun jaga diri yer

(^_-)V said...

Alisya kalau buai jenuh la mak die..kejap taska, kejap behrang, kejap ipoh, smpi ipoh, kejap umah embah, kejap umah opah..kui3

AdaM Hawa said...

nak sesuaikan diri tu.. pengorbanan seorang ibu..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

ololo baby nak tdo buai yer...lama x dier tdo?

Unknown said...

camtu lah gayanye kalo berpantang sendirik kan~huhuhu..

x payah lah buat byk keje dulu.. husband balik nanti pandai ler dia buat.. buat mana yg wajib jer.. cam masak.. kang x makan pulak kan.. hehehe

selamat berpantang k~
bb tu nak tukar angin tuh.. nak tido lam buai..