Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 31, 2011

SENJA YANG KUNING

Dah takde motip aku mengarang sekarang ni
Gambar kuning ni aku ambil petang semalam
sebenonya saja nak test mode dalam henpon aku ni
real dari henpon aku tau..no editing!

ni lagi satu shot... kuning oren2

dah..dah.. hari makin gelap. Azan Maghrib pun dah berbunyi... dah! dah! pi masuk rumah!!!!

ANAK SOLEH TOLONG ABAH BASUH KERETA

Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan
Si Adib ni makin lama makin menurun minat abah dia pulak
la ni pantang kalau abah dia basuh kereta
dia pun nak  menyebuk sama

Everytime dia  nak basuh kereta, aku mesti suruh dia salin baju
For sure akan basah satu badan punya
so aku suh dia pakai spender je.. seksi sikit anak aku..heheheh

 Kalau main air punya pasal, bagi la kat dia...
tak masuk rumah sehari suntuk kalau dapat main air.

PANJANG AKAL LAGI

Kalau dah terdesak, macam2 cara dibuat untuk bolehkan sesuatu
nak jimat punya pasal, kena la guna otak kan
dulu aku citer pasal casing henpon yang aku staplerkan
hari ni aku panjang akal kat benda lain pulak

Ha... aku nak citer pasal toaster lak
actually toaster ni dah berusia 7 tahun dah pun
hadiah masa aku kawin dulu
[buat2 tak nampak je le bekas plastik roti yang termelekat kat badan toaster aku tu]
kalau ikutkan toaster ni masih elok lagi 
tapi dia punya penekan tu dah loose la pulak
kalau tak tekan benda tu tak boleh la bakar roti kan
takkan la pulak jadi satu keje aku nak menekan benda tu sepanjang masa kan

So alternatifnya terpaksa la aku cari benda yang boleh stay untuk tekan penekan tu
so ini la jadi mangsa aku
tau tak ape benda tu???
itu la dia tin Baking powder..hehehehe
pandai tak aku???? 
selagi boleh pakai, selagi tu aku guna...
untung laki aku dapat bini kreatif cam aku.. jimat belanja beli toaster baru...

Monday, May 30, 2011

MY KOJAK

Lama dah rasanya si Adib tak potong rambut
rambut dia pun dah makin panjang
naik rimas lak aku tengok
petang kelmarin ajak hasben gi potong rambut Adib
sekarang rambut si Adib dah botak lor...
Ini la latest gambar si Adib...

JOM MEMBERSIH LAMAN!

Wiken lepas, memandangkan cuaca pun agak baik
dah tak hujan macam selalu
dan memandangkan laman rumah aku yang tak sedap langsung mata memandang
dengan rumput rampai yang semakin memanjang
so hasben aku pun koling-koling la Awe si pemotong rumput

Awe ni dah memang sign kontrak tak rasmi dengan kitaorang
jadi gardener tak rasmi sebulan sekali
sebabnya dia je yang ade mesin potong rumput tu
sonang la cenggitu sebab kalau laman dah semak
tepon je dia.. sure dia datang...

Ahad lepas, laman dah dibersihkan
pokok2 pun dah trim kasi lawo
mana dahan2 yang dah tak berapa bermaya tu, dah dicantas
bersungguh si Awe nak memangkas dahan pokok geti yang hidup segan mati tak mahu tu.

lepas buat keje kami bagi upah
so far sangat puas hati dengan keje si Awe ni
kemas je dia potong rumput
lepas Awe selesai mesin, tuan rumah le kena bersihkan rumput tu
nak harapkan aku... sori la... so sape kena buat?
Cik Abe aku le.....

JOGET ANGAN TAK SUDAH

Tak sudah2 nak berangan aku ni
walaupun rasanya angan2 tu terlalu jauh nak dicapai
tapi tak mustahil tercapai jugak satu hari nanti kan?? Insya-Allah.

Hari tu menyinggah ECONSAVE, ada la kiosk yang jual kereta ni
so aku ambil je la pamplet yang ada kat atas meja tu
itu pun aku ambil satu je, sebab model kereta  itu je yang aku berkenan

Ha.. inilah pamplet kereta yang aku ambil
Tak agak2 ko... GRANDIS tu...

-gambar cilok google jer-

Dulu aku minat giler kat Toyota Wish
tapi bila dah lama2 aku cam suka lak tengok Grandis ni
kalau lalu kat jalanraya tu memang aku usha sungguh2
kereta Wish pun aku dah tak layan dah
kalau Grandis lalu, nak2 pulak yang kaler putih... pergh..............
dalam hati "Bila la aku nak pakai kereta camtu???"

Yang ni pulak yang kaler hitam...nampak tak berapa menarik la kaler ni di mata aku
pic from pamplet tu

Yang ni pulak kaler kelabu.. again, cilok dari google

Berangan... berangan...berangan
hopefully akan jadi nyata suatu hari nanti

Dah bosan pakai kereta, teringin jugak nak pakai MPV
[sesekali tertengok Estima pun lawo gak kan???]

ekceli aku  rasa Exora pun dah ok.. lebih kurang je interior dengan Grandis ni
tapi maybe akan lebih menarik kalau diubah bentuk badan Exora yang aku rasa tak lawa tu
especially tang buntutnya tu kasi la nampak sporty sikit

Tapi on second thought, brand pun penting jugak kan
macam laki aku dok cakap la
kalau orang tanya " Ko pakai kereta apa???"
apa perbezaan antara jawapan
"Aku pakai Exora"
"Aku pakai Wish"
"Aku pakai Stream"
"Aku pakai Alphard"
"Aku pakai Grandis"

Tentulah kalau yang Exora orang akan cakap - ooooooo
Kalau yang pakai Wish/Steam/Grandis - pergh..
Kalau pakai Alphard lak - fuyyo.. alphard tu...

Kesimpulannya pada aku, kalau korang mampu, pakai la apa kereta yang korang suka
kalau yang kurang mampu, cukup la sekadar dengan kemampuan kita tu
apa yang penting kereta tu boleh bawa korang ke destinasi yang korang nak pegi tu dengan selamat ye dak???
dan yang paling penting, jangan le sebab nak bergaya menyebabkan poket & wallet korang rabak setiap bulan...


Sunday, May 29, 2011

JAMU MENJAMU SYURGA WANITA

Dah lama meninggalkan jamu menjamu ni
dah dapat gaji ni harus la maintain balik jamu ni
sebelum ni dah bermacam jamu aku cuba
tapi takde yang betui2 kasi effect baik punya  pada aku
tah2 body aku ni yang dah ter"imun" dengan jamu2 ni semua

Hari tu menyinggah ke Carrefour Wangsa Maju
lalu la kat kiosk2 yang jual jamu kat sana
aku cari jamu lain, jamu lain pulak yang dia promote
aku ni kan insan yang lemah.. 
memang mudah terpedaya dengan pujukan manja salesgirl
lagipun murah je.. so masih dalam kemampuan aku
dah tu kakak tu pun kata jamu tu tengah femes sekarang [ntah betul ntah tak]

Orang kata don't judge the jamu by the bottle
selagi tak cuba mana nak tau elok ke tak kan
so tak hagak2 aku pun konfem la beli
ada sesapa pernah try tak??

Nama dahsyat tu.. SYURGA WANITA
nampak tak tu ---> KEMBALI GADIS.. hehehehe
--->eh "SANAMEKI" tu ape benda yer??
kat kotak tu tulis RM18 tapi aku tawar dapat le RM15
ada 60 bijik dalam tu, cukup la stok sebulan

Ni khasiat & cara nak makan jamu ni
sama je dengan jamu2 yang biasa aku telan dulu...

Dah alang2 membeli jamu, laki aku punya tak dilupakan.
Ye la kan, takkan aku je nak jaga "barang" aku kan
laki aku punya "barang" pun kena kasi power gak
nak pakai lama la katakan....
kalau aku punya OK takkan dia punya KO kot
ish..ish.. tak seswai okeh....
so biarlah sherashi bersama.. ops!!!

Jamu ni aku belikan untuk suami aku
member opis aku kata suami dia pun makan jamu ni
so aku try la belikan untuk suami aku... bagi tambah ++++ stamina..heheheh
jamu ni RM45, ada 60 biji gak

Barang2 orang laki ni semuanya mahal2 kan.. Kenapa ek???
Baik baju, seluar, kasut, mahupun jamu ni... Spender pun mahal weh!!!!

Saturday, May 28, 2011

YAYA'S NEW TUDUNG

Bebaru ni pegi pasar Batang Kali
kenkonon aku nak cari tudung  untuk pakai ke kenduri sedara hasben aku
baju kurung tu dah lama siap tapi takde tudung yang sesuai nak match dengan baju tu
tu yang tetiba terdetik nak cari tudung untuk baju tu

Jenuh tawaf pasar, kaler yang aku nak tu takde
aku pun bengong gak sebab tak bawak sample baju tu
baru la senang nak cari yang matching, tul tak?
last2 aku beli tudung lain [buat pakai dengan baju seragam hitam korporat opis aku]

Kalau dah membelek2 tudung tu, si Yaya pun terjebak sama
like mother like daughter la kan
dia pun nak jugak sehelai tudung
itupun disebabkan berkenan dengan diamond kat anak tudung tu
sabo je lah...
Anak dara aku ni bukan main bergayanya
nak tudung up-to-date aje
bukan macam mama dia yang old skul ni...
 bergaya dengan tudung barunya...
still choosing her favourite color.. PINK!

My cute Yaya...


Aku old skul???? Yup! Seriously mengaku tak agak2 punya.
aku masih dengan tudung bawal & tudung turki....
[tapi until now aku tak reti nak differentiate between bawal no 1, 2 @3]

Wednesday, May 25, 2011

MANDI HUJAN MANDI LAMPU

Sabtu lepas, hasben aku ajak pi I-City
sebabnya dah berjanji dengan Aleeya nak bawa dia pegi situ
nak pergi masa cuti Wesak hari tu, hujan pulak sebelah malam
tu yang pospon sampai Sabtu.

Walaupun cuaca mendung & hujan renyai2 sepanjang perjalanan
tapi gagahkan jugak kaki ni ke sana
dah alang2 ke Shah Alam, baik pegi je lah
berhujan pun sanggup

Kami keluar rumah pukul 6.30 ptg, keluar tol kat Rawang
tension giler sebab tersangkut dekat sejam
pasni memang ban exit tol Rawang.. kalau nak masuk PLUS kena exit kat tempat lain
buang masa sungguh tau.. dekat kul 8 baru masuk dari tol Rawang

Akhirnya pas berenti semayang Maghrib kat Sg Rasau
perjalanan di teruskan ke I-City
tak susah pun cari tempat ni sebab banyak signboard
masa sampai kat I-City, hujan masih turun lagi
masing2 la dok pegang payung

Dek sebabkan hujan tu kot memang tak ramai orang datang I-city ni
parking punya la berlambak
tak macam last time aku datang [setahun yang lepas..hehehehe]
lepas parking, memula tempat dituju mestilah pokok krismas gergasi ni
[sebab itu yang paling dekat kan...]

Ingatkan pastu nak pegi rumah sejuk pulak
tapi malangnya masa aku pegi tu rumah sejuk tu tutup
[ke memang dah takde ha???]

Banyak kedai yang dah buka berbanding masa memula aku pegi dulu
KFC pun tengah renovation kat sana
tapi aku rasa kali ni aku pegi I-city ni macam dah tak best
dah macam tak meriah je
tapi ade jugak benda baru... contohnya kereta kuda ni
Kami tak naik pun kereta kuda tu so tak tahu la berapa caj sekali naik tu


Lagi satu benda baru ialah zirafah & lembu gergasi
bukan yang dekat safari tu
tapi yang ni betul2 sebelah globe yang tulis "CITY" tu
Zirafah ni dari tepi jalan dah boleh nampak


Yaya posing dengan lembu...

Adib ni orang suruh posing di tak nak
last2 abah dia suh dia pegang ekor zirafah tu baru la dia nak


Yaya lagi... memang suka la dia dapat pegang pokok warna warni ni


Pastu kat area situ gak ada Santa Claus & rusa2nya
dulu kalau tak silap aku tempatnya betul2 kat entrance parking bertingkat tu
sekarang sudah ubah kot
gambar banyak gelap la... ni yang nak kena pakai DSLR ni..


Tengah syok2 posing, hujan pun turun
maka lari la kami cari tempat berteduh
alhamdulillah hujan tu sekejap je
so kami teruskan perjalanan ke hutan lampu pulak
aku paling suka lalu kat sini sebab rasa cam fantasy world gitu



Kat sini aku tengok macam banyak tempat tengah renovate kot
tanah pun ade yang berlecak2
& aku perasan tempat ni dah tak banyak lampu
patutnya sebelah pokok yang warna warni ni
ada pokok yang ala2 tanglung kan
tapi la ni dah takde.. dah dicabut semuanya
maybe nak letak yang baru kot

Masa kat sini anak2 yang pegang henpon tau
depa yang nak ambik gambar
tu yang senang kami laki bini nak posing together-gether tu


Next stop, of course la safari tu
nak tengok dinosaur punya pasal
tapi masa kat sini Adib pulak merajuk
sebabnya dia tak dapat nak duduk atas patung2 binatang tu
mana idaknya, asal ade je budak2 yang naik atas patung tu
mula la pak guard tu dok prit...prit...
last time aku pegi memang ramai orang so pakguard tu tak ter"prit" la kot
kali ni memang lengang, senang la pak guard tu nak nampak keje haram budak2 buas yang tak reti bahasa macam anak aku tu

Yaya & gajah2 peliharaannya.. hehehehe
Adib masa ni merajuk tu yang sekeping gambar dia pun takde kat sini


Feeling2 berani pegang rimau le tu...


Ni la dinosaur yang nak tengok sangat tu
patutnya Adib yang posing kat sini tapi dah mengaruk punya pasal
Yaya take over la


Pas blah dari situ, pas abah dia pujuk2 sikit
baru la mamat tu ok..baru la nak posing kat lampu2
Adib poyo!


Pas abih tour kat sini, kami pun on the way pi tempat parking
masa ni jam pun dah dekat pukul 11 mlm
ops.. lupa nak kabor, kat bangunan yang setentang dengan pokok krismas gergasi tu
ada pameran reptilia tau
kat entrance tu dia ada letak burung kakak tua, iguana & cicak
nak masuk sini dewasa =RM5, kanak2 =RM3
katanya budak 3 tahun kebawah free je
disebabkan Adib ni punya kecik sampai nampak cam budak 3 tahun so dapat la free
total kitaorang kena bayar RM13 je... kalau ikutkan kena la RM16 kan...
jimat 3 hinggit.

Ingatkan kecik je pamerannya.. rupa2nya besar jugak tau. Macam2 reptilia ada
zoo pun aku rasa tak banyak koleksi macam ni
ada cicak, katak, iguana, labah2, kura2, penyu & ular
buaya & biawak je yang takde...
gecko @ cicak tokek pun ade tau!

Ular 2 ni memang banyak spesis la
Anaconda pun  ada tau..
kalau terer cuba teka yang mana satu dalam gambar kat atas tu
ular tedung je takde kat sini

Ekceli aku ni memang penggeli ular dari dulu lagi
tapi masa kat sini kurang la gelinya... ntah le sebab apa
tapi takde la aku belek lama2 sangat sebab nanti datang lak geli aku tu
mula la nanti meremang2 bulu ketiak roma aku.

Dalam banyak2 ular tu, ada sekor tu memang agresif sikit
maybe sebab dia lapar kot
Memula ular sawa ni tegakkan kepala dia camni
agaknya pelik sebab ramai yang dok tengok dia kot
pastu lama2 makin tinggi dia berdiri tau
terjelir2 lidah dia kat jaring sangkar tu.. geli den!

Agak2nya kalau tak disebabkan jaring tu, berapa tinggi dia boleh berdiri ek???




Kiranya puas hati la pegi sini kali ni
walaupun hujan at least ada benda baru kat sini
kami sampai rumah kul dekat pukul 1pg.
Memula anak2 ajak pi makan.. maybe lapar kot
tapi bila masuk kereta je.. dua2 terus lelap.. letih sangat la tu
last2 tak singgah makan pun
breakfast pagi esoknya je la baru makan....

TRAGIK!!! JANGAN SESEKALI TINGGAL ANAK DALAM KERETA

Peringatan untuk semua ibu bapa...
yang belum jadi ibu bapa pun ambil la iktibar dari kejadian ini

Dah banyak kes berlaku pada anak
kalau mak bapak tinggalkan anak2 dalam kereta
kena culik la, kena rompak la, kena langgar la, accident la
dan baru2 ni mati kepanasan dalam kereta



Gara2 bapa tergesa2 nak menghadiri pengkebumian
bapa tu terlupa pulak akan anak yang tertidur dalam kereta
dah le parking kereta tengah panas
maunya anak tak macam duduk dalam oven
kalau kita pun lemas, inikan pulak budak umur 3 tahun

Forgotten girl dies in car

Tumpat : In a rush to attend a counsin's funeral, a man forgot about his three-year-old daughter who was sleeping in the car uder the blazing sun about 500m away from the cemetery at Kampung Morak near here. By the time he remembered about her more than an hour later, the girl had already suffered serious heatstroke.
Berita penuh boleh baca kat SINI


** Ingat! Ingat di mana anak anda berada...

Monday, May 23, 2011

BEVERLY HILLS 90210 DULU & SEKARANG

Ingat tak lagi citer ni masa korang muda2 dulu?
Citer ni famous masa aku sekolah menengah
dalam tahun 90-an tu kiranya top la citer ni
[selain citer 21 Jump Street tu.. Johnny Depp hensem giler masa tu kan??...]
Masing2 dalam locker, bawah plastik meja
penuh dengan gambo2 retis citer ni
[KRU & Ukays sila tolak tepi hokeh...]

Masa ni jugak siap ada buku citer tau
kiranya dah boleh tahu jalan cerita walaupun kat TV belum tayang lagi
of course la dalam buku lagi detail kan??
Kengkawan aku ada la 2-3 orang yang beli buku ni
maklumla citer dalam English.. ramai yang kurang minat nak beli
kalau novel Ahadiat Akashah tu bersepah2 la kan..

Aku rajin gak le pinjam buku citer BH90210 ni dari member aku
tapi baca pun ada la lompat2
yang lebihnya tengok gambo je dalam tu
[gambo ada la 5-6 keping kat tengah2 buku tu.. kaler tau]

Masa zaman citer ni meletop2 dulu
masing2 la syok giler menatap kehenseman hero2 citer ni
yang paling hebat orang minat si Brandon a.k.a Jason Priestly
dan lagi satu si Dylan a.k.a Luke Perry
[yang konon macho dengan dahi kerut2 & sideburn tu]

Tapi tu dulu la kan... aku pun terjebak gak la minat kat salah sorang tu
ala.. biasa la... anak dara, memang la pantang tengok mamat hensem2 ni kan
normal la tu... kalau korang tak minat tengok mamat hensem,
memang korang something wrong somewhere la tu..
tapi bila dah 20 tahun citer ni, semua pelakon pun makin tua
yelah masa depa berlakon tu kan semuanya muda remaja lagi
la ni semuanya dah tua bangka... tak caya?? tengok ni...

JASON PRIESTLY [Brandon Walsh]

SHANNON DOHERTY [Brenda Walsh]

LUKE PERRY [Dylan]


JENNIE GARTH [Kellie]


BRIAN AUSTIN GREEN [Steve]

TORI SPELLING [Donna]

IAN ZIERING [David]


GABRIELLE CARTERIS [Andrea]

Nampak kan??? semuanya dah tua dah
malah ada yang beranak pinak dah pun

Dulu tengok Jason Priestly la yang paling hensem
tapi bila tengok citer Desperate Housewife latest season ni
kan ade si Brian Austin Green tu [pakwe Bree]
mak..ai.. hensem giler si laki Megan Fox ni dengan badan ketui2 tu
masa citer BH 90210 ni dia antara jejaka reject la pada aku
selain si Ian Ziering tu
[sebab tak hensem... heheheh... ]

MOOD SANGAP NAK HAPDET BLOG

Mintak maap ye kengkawan... aku takde mood nak apdet blog ni
ade banyak mende nak citer
tapi nak transfer gambo2 tu semua cukup malas
nanti lah aku rajin2 nanti aku tulis..daaaa

Friday, May 20, 2011

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

Yey..yey.. esok dah Sabtu
boleh relax.. boleh lepak... boleh bermalas-malasan
boleh bangun lambat...boleh tengok tv... boleh landing2
alangkah heavennya....


HAVE A NICE WEEKEND UOLS!!!!

TIPS NAK KURUS YANG SERING DIABAIKAN

Memandangkan aku mengalami masalah kenaikan berat badan sekarang
adalah wajar la aku mencari solution untuk menurunkan kembali berat aku
walopun ada yang kata perubahan badan aku ni tak ketara
tapi pada aku amatlah ketara...
sebabnya asyik memandang meter penimbang tu sentiasa
keciwa tau kalau tak beranjak2 jugak jarum timbang tu

Dalam dok menimba2 ilmu berdiet bagai, aku terjumpa la artikel ni
yang aku sorok dalam private folder kat laptop aku
dulu asyik menghimpun tips nak kurus la , diet la, ramping la
akhirnya aku buat pekasam
apply ada la sekali dua pastu terus masuk lombong

Ini adalah antara tips yang sangatlah senang nak buat
tapi amatlah malas nak diamalkan

1. Amalan minum air teh "O" [tanpa gula please] setiap pagi boleh mengawal berat badan. Insya-allah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan [memang terbukti berkesan untuk sesetengah orang].... tapi masalahnya, aku suka minum Nescafe la pepagi... minum teh cepat kembung la pulak..


2. Mandi pagi sebelum Subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresp ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul..... tapi aku mandi air panas [water heater] setiap pagi la... boleh gittew??


3. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insya-allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Ini aku ada buat hari2 sebab sebelum gi keje kena makan ubat dulu..hahaha

4. Waktu sembahyang Subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang2nya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu sujud. Ahli2 sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara  dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Maka dengan sujud darah akan mengalir ke ruang berkenaan.


5. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit.Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita... so better lupakan makan fish & chips pastu minum milkshake... takpun lepas makan laksa minum teh ais pulak....

6.  Nabi juga ajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Ini kerana didapati bahawa enzim banyak terkandung di celah jejari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. Pasni kena makan nasi lemak, bihun, mee, kuetiaw [yang takde kuah2 tu], makan guna tangan, jangan guna sudu...


Ok, itu je tip nak share hari ini.. Wassalam....


** pics semua tu dari pakcik gugel je...