Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 1, 2016

WALAUPUN HANYA SEEKOR KUCING HITAM

Ihsan bukan hanya pada manusia tapi pada haiwan
Kesian bila tengok ada haiwan yang ditinggalkan begitu sahaja
tah ke mana ibunya di kala saaat dirinya sendiri masih awal dilahirkan ke dunia
Dibiar sendirian, kesejukan, kelaparan
Allah!

Tu baru cerita anak kucing
Tengok anak kucing yang ditinggalkan pun kita kesian
Ini kan pulak anak manusia
yang ditinggalkan, dibuang, dibunuh...


Alkisahnya kucing ni aku jumpa di bawah kereta kami kat porch
Ingatkan ada mak dia sekali
rupanya dia sorang je... 2 hari dia kat situ 
Patut la dia mengiau tak berenti.. lapar agaknya

Semalam masa hasben alih kereta
Mintak tolong hasben tengokkan anak kucing tu
entah ada nyawa lagi ke idak
Maklum la aku ni penggeli sikit dengan binatang2 berbulu & berkuku ni
Takut pun ye... 
Alhamdulillah hasben ambik & tengok dia hidup lagi
Hasben ambik pastu bubuh dalam kotak
pastu hasben bagi susu kat anak kucing tu [guna syringe]

Kesian tengok dia
Nak jalan/berdiri pun terketar2 lagi.. belum cukup kuat
Semoga panjang umur la kucing tu...
Dan mungkin ada sebab Allah hantar anak kucing tu ke rumah kami

Kami belum decide nak bela @ tidak kucing ni
Buat masa ni jaga sekadar supaya dia kuat sikit
Mungkin bila dah kuat & mampu berdikari kami akan lepaskan dia
Aku belum mampu nak mengadap taik & kencing kucing tu nanti..hahahahaha
Nak beli segala makneka perkakas kucing, makanan kucing, kena fikir "duit" lagi
[makanan MICI pun kadang2 mis...huhuhuhu]

Ha tu dia... bertingkek2 binatang peliharaan
arnab-hamster-kucing




6 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Kucing hitam yani..
Kakak akak ada seekor kucing hitam..
Arwah mak akak bagi namanya Aswad..
Bila datang rumah kakak akak, arwah mak akak panggil aswad aswad..
cepat jer dia datang...
Aswad tu sekarang dah jadi kucing kesayangan kakak akak..
Rindu pada arwah mak..

Ye lah yani kesian kalau terbuang macam tu..
Tambahan kecil lagi..
Hantar pada kedai pelihara kucing yani..
Ada sekarang kedai macam tu..

Raihanah Ahmad said...

kesian baby kucing tu, agaknya mana maknya.

idzwa kamaruddin said...

semoga baby kucing tu boleh survive~

AMIIZAA said...

siannyaaa...harap2 kitty blh survive...huhuhu

Eliss Mie said...

eliss dulu dari seekor la.skang dah berumahtangga kat rumah sampai generasi ketiga..hahaha

Sidratul Muntaha said...

suke tgk tapi tak boleh beria nak pegang
tonsil teruk..
kdg2 boleh jadi resdung..
bulu dia mgm tak tahan
sama jugak kalau pergi zoo tgk burung.muka mesti gatal2