Monday, February 15, 2016

FEEDLY : MY EASIEST WAY TO FOLLOW BLOGS & READ BLOGS

Semenjak Google Reader dah takde
memang aku sentiasa cari platform yang menyenangkan aku untuk baca blog2 yang aku follow
Aku ni tak rajin nak klik satu2 blog untuk baca entry tau
Unless untuk aku komen so memang la kena terjah blog tu

Sekarang aku dah jumpa cara yang senang nak jejak entry2 bara dari blog yang aku follow
Kalau tak jadi follower blog tu pun takpe
still boleh follow latest update dari entry tu
[unless la blog tu for invited readers only]
Yang lagi best,  semua blog korang boleh follow tak kira blog tu guna blogspot, wordpress atau dah guna domain sendiri.
Caranya ----> guna FEEDLY
Senang sangat tau.



Memula buka FEEDLY kat browser
Pastu korang sign up la ---> melalui akaun google/facebook
Pastu dah boleh start follow blog2 @ website yang korang suka
Klik kat  GET CONTENT masukkan je url blog/website yang korang nak follow tu
Mana2 blog/website tu kalau korang nak follow
just klik kotak hijau yang ada +feedly tu
Tada.... so korang dah follow la kiranya
Apa2 latest entry/update dari blog2 yang korang follow akan appear kat newsfeed korang
Senangkan?




List view pun boleh pilih bentuk macam mana korang nak

Macam aku aku pilih jenis list [title only]
nampak lebih kemas... ala2 email gitu



Lagi best, korang boleh baca full entry, siap dengan gambar2 & video sekali
tanpa perlu ke blog tu
Cumanya kalau nak komen kena la pegi kat blog tu
Klik je  VISIT WEBSITE kat bawah entry tu
Automatik dia bawa korang ke blog orang tu.



Kat feedly jugak, korang boleh la kelaskan blog2 @ website yang korang follow tu ikut kategori yang korang suka. 
Kalau dah tak nak follow blog pun, korang boleh remove je dari list
Pastu mana2 entry yang korang suka, korang boleh terus share kat fb ke, twitter ke..

Oh ye, FEEDLY pun dah ada apps kat playstore
Boleh instal kat dalam smartphone korang
so kat mana2 pun boleh baca latest update blog yang korang follow tu
So apa lagi.. Jom FEEDLY!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...