Wednesday, February 3, 2016

TAK PANJANG UMURNYA

Petang semalam balik keje
tengok kucing dalam kotak tu tidur
Pastu Aleeya pulak balik
dia saja la goyang2 kan kotak kucing tu
pastu dia tengok kucing tu tak gerak2
terus dia kata kucing ni dah mati

Aku pun jenguk balik kotak kucing tu
Aku tiup2 la badannya
selalu kalau aku buat camtu mesti dia gerak2
tapi semalam dia diam.. kaku
Aku tengok perut dia, nak tengok ada turun naik nafasnya ke idak
memang takde apa2... 
Aleeya pegang kucing tu, dia kata dah keras.. sah le dah mati.

Aku wasap hasben bagitau pasal ni
Hasben cakap sebelum dia pegi keje petang tu, kucing tu hidup lagi
Mungkin kucing tu mati masa takde orang kat rumah
Entah sebab lapar, entah sebab sakit
Yang pasti ajalnya dah sampai.

Dari Allah kamu datang, pada Allah kamu kembali wahai si hitam
Walaupun seketika dia hadir dalam keluarga kami
terasa sedih juga bila dia mati
Mungkin kami tak dapat menjaga dia dengan baik
yang pasti dia "pulang" kepada penjaga yang terbaik.


Selamat tinggal Panther
[baru cadang nak panggil dia Panther]

1 comment:

Qhaifa Nur said...

Sedihnya...tak lma lg sure dpt pengganti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...