Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 1, 2016

GENAP 5 TAHUN

Alhamdulillah semalam 31/01/2016
Genap la 5 tahun aku berkhidmat di syarikat sekarang
Happy anniversary to me....
Alhamdulillah, syukur masih dikurniakan pekerjaan demi kelangsungan hidup
[Tetiba rasa cam tukun...wakakaka]



Kat kompeni ni je dah 5 tahun
Kompeni sebelum ni pun 5 tahun
Kerja sebelum tu bertahan  3 tahun
Kerja lepas grad sebelum tu pun tahan dalam 6 bulan je
So total experience kerja dah 13 tahun lebih 

Kadang rasa jemu, cemuih, bosan,  [sama la kan semua tu?]
Rasa nak berubah angin
tapi dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu
belum tentu menjanjikan sesuatu yang lebih baik

Comfort Zone?
Ye.. memang aku rasa berada di comfort zone
kompeni ni nak kata banyak benefit, idak juga
gaji pun tak le banyak mana compared dengan kengkawan aku yang sama jawatan dengan aku -- sebab gaji aku ni kalau ikutkan tahap untuk freshie je.
[kengkadang terasa kesempitan jugak..hahahaha]

cuma kat sini aku stress free, bos & kawan2 baik & flexible 
Masuk office pukul  9 pagi
So pagi aku masih sempat nak hantar anak2 ke sekolah
cukup time boleh balik, takde OT
Kul 7 dah sampai rumah, boleh sembahyang maghrib & mengaji dengan anak2
Walaupun jarak rumah aku & tempat kerja agak jauh
Tapi yang penting tahap jem pergi balik kerja berada di paras minimum
Kira boleh tolerate lagi la


So between salary vs time
Dua2 penting, tapi buat masa ni aku rasa aku pilih time kot
Duit boleh cari tapi time yang berlalu takkan berulang lagi
Especially quality time bersama keluarga..
Kang sedar2 anak2 dah besar...laki pun dah tua, bini lak dah kerepot..ekekeke
Rugi pulak nak sacrifice masa tu semata2 mengejar duit
sebab duit ni berhantu, takkan pernah cukup walau ada sebanyak air di lautan.





Kalau korang pulak cemana?
Sungguh beruntung pada sesiapa yang memiliki kedua2nya.



2 comments:

lia ummiirfan said...

alhamduLILLAH.. Allah permudahkan segalanya.. :))

Sidratul Muntaha said...

salam alaik
alhamdulillah dah masuk setengah dekad
mmg stress free la sgt2 diperlukan oleh wanita2 marhaen seperti kita ni
bila nak laga2 pipi neh
tinggal area batu caves/selayang/gombak saing2 je..