Tuesday, February 2, 2016

BILA CARUMAN PEKERJA KWSP DITURUNKAN 3%

Semua tahu kan untuk KWSP caruman pekerja ialah 11%
dan caruman majikan ialah 12%
tapi memandangkan keadaan ekonomi sekarang
kerajaan dah buat ubahsuai  bajet 2016
dan salah satunya ialah mengurangkan caruman pekerja kepada 8% sahaja
bermula dari Mac 2016 (gaji bulan Feb 2016) sehingga 31/12/2017 (gaji November 2017)

Maksudnya disini, potongan korang ke KWSP jadi sikit
dan gaji bersih korang [yang masuk dalam akaun tu] akan bertambah

Untuk yang bergaji besar, memang akan terasa ada lebihan wang ditangan yang banyak
tapi untuk cam gaji ciput cam aku, rasa cam takde mende pun
amaun lebihan hanya sekadar amaun untuk top prepaid je?? [baik tak payah]

Nasib la penurunan ni optional
so aku pilih untuk tetap mencarum 11%
setakat ni takde aku kesempitan sangat sampai takde duit nak makan minum kan
Lagipun tujuan KWSP ni adalah sebagai simpanan hari tua kan
So biarlah duit tu dalam tu
Kalau diberi pun, aku idak juga ambik duit tu simpan kat tempat lain.. [LOL]
Sedar2 duit yang celah gigi tu dah habis.. tah buat apa...hahahaha




Korang lak cemana?




3 comments:

ztie said...

yeap! i choose to maintain 11%. kalau keluar kan belum tentu tah p mana duit tu nanti. at least dlm tu mmg ada simpanan masa tua insyaAllah. tapi kalau nak kekalkan ni pelu ada jugak ke borang2 nak d isi?

SYANI said...

setakat ni takde pulak kena isi borang apa2. Cum HR kasi listing sapa yang nak maintain @ tidak. Sign je kat situ.

lieyalatif said...

mase pembentangan bajet tu pun dah rase pelik bende ni..... baik laa menten jek 11%...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...