Friday, February 5, 2016

ALKISAH SALAH VEST SEKOLAH

Ni cerita awal minggu hari tu
hari pertama persekolah untuk bulan Februari ni
Lupa nak cerita..

Masa tu dekat opis
tetiba dapat call dari Aleeya
[dia pakai public phone sekolah]
Dia kata dia terpakai vest Adib
Itupun terperasan sebab kawan dia tegur kenapa nama kat vest tu nama lelaki
Udah dia telefon mintak tolong abahnya hantarkan vest dia
Tapi abahnya takde sebab pi kayuh basikal
Nak tak nak pepandai la dia cover kat sekolah

Camne la aku boleh tersilap gantung vest kat baju sekolah diaorang ni
First time mistake camni
Mesti masa aku gosok baju tu aku tengah fikir apa2
Fikiran mak2 tengah serabut kot...hahahah
[kebetulan pulak kaler vest diaorang tu sama kan...]

Tengahari pulak, Adib pulak call
tanya mana vest dia
aku dah agak dah sure dia tepon punya
dia kata kat rumah tu ada vest kakak je
aku cakap la pegi sekolah, tukar la dengan kakak
[Aleeya sesi pagi, Adib ni sesi petang]
Udah dia sentap...
Adeh.... anak aku ni bukan boleh sentap2.. mula la nak angin dia
Mula la buat perangai taknak pegi sekolah
Nasib la masa tu hasben aku dah balik dari mengayuh
Dia la pujuk si Adib
Kesudahnya, hasben aku tetas nama Aleeya kat vest tu
jahit dengan nama Adib [jahit tangan je]
Nasib la ada balance nametag diaorang dalam bekas jahit aku tu
[terer gak laki aku bab jahit menjahit ni... kemas jahitannya...hehehehe]


Esoknya udah jadi keje aku tetas balik nama kat vest tu
tukar balik ke nama Aleeya...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...