Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 23, 2016

MEJA SUKAHATI

Dah macam Doraemon lak ada meja sukahati
Nama meja ni meja sukahati sebab meja ni sukahati la kitaorang nak gunakan untuk apa
Meja ni meja makan asalnya
Tapi kami jarang makan kat meja ni
sebab selalunya makan kat meja dapur

Daripada meja ni jadi perhiasan
kita gunakan la sesuka hati kitaorang
hahahahaha



Nampak tak tang mana yang sukahati tu?
Aleeya sukahati nak buat kerja sekolah kat situ
Amira suka hati nak memanjat atas meja
Mamanya pulak sukahati nak letak kain baju yang baru angkat dari jemuran atas meja
Hahahaha...

Ya, anak2 aku memang buat keje sekolah kat meja ni
sebab meja ni besar kan
so senang la depa nak tebar & selerakkan buku sekolah atas meja

Aku pulak suka lipat kain atas meja ni
Dulu aku lipat atas lantai je
tapi sebab datang pulak cik Amira & Jasmin nak tolong kirai balik kain dah lipat tu
So kena la mama ubah strategi
Kesudahnya atas meja je la...
Tapi penat la sikit sebab kena berdiri je masa lipat kain
[kira exercise la.. sambil lipat kain.. goyang2 le kaki tu..cewah!]


Kain dah siap lipat...
Sambil tengok Aleeya buat keje sekolah
Aku pun settelkan kain baju tu
2 in 1 gitu



Disebabkan meja ni memang banyak penggunaan
So takde la meja ni dihias apa2
takde jambangan bunga, takde perhiasan, hatta alas pun takde
Rumah tengah ada anak2 yang membuas
takyah le nak berhias sangat
kang aku pulak tambah stress dengan ada yang pecah
ada yang tercabut, ada yang lingkup
Minimalis je dah memadai...hahahaha




10 comments:

PeRdU cINta said...

Yang penting selesa nak buat kerja...baik anak dan mama juga...yeyy..

Qhaifa Nur said...

Kiranya meja pelbagai guna syani..
Biasalah anak kecil lg mmg gitu x blh nk berhias..kna tunggu besar sikit

dorsett pink said...

hahahha.. tu namanya meja serba guna

eima said...

ok la tu ..ade juga kegunaa dr jd tukun kan ....
cam kami meja mkn penuh ngan bekas biskut sbb senang nk mkn pi amik je mls simpan dlm kabinet hahahaha lapo sokmo

idzwa kamaruddin said...

serba guna la bagus! heheheee

lieyalatif said...

hahaaha ingat meja suka hati mcmmane...rupenye mcm nie ...heheheheh

lieya plak kalo lipat baju, wajib depan tv...dok atas kerusi....kalo tak, mood tak marii haahahahah

Qhaifa Nur said...

Kiranya meja pelbagai guna syani..
Biasalah anak kecil lg mmg gitu x blh nk berhias..kna tunggu besar sikit

Kakzakie Purvit said...

Baguslah macam ini semua yg dlm rumah boleh gunakan sebaik-baiknya.
Cuma jangan Cik Amira & Jasmin jadikan tempat exercise utk memanjat kerusi ke atas meja macam Kak Amira buat:)

Mummydearie said...

Meja serbagunalah ni. Kalau saya, tak berapa nak pandai lipat pakaian atas meja. Sedap duduk bersila juga.

Akak Kembang said...

samalah kita...meja selalu jd mangsan kan...hhehe

salam kenal dr alinmarlini.com