Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 17, 2016

KENAPA LA KO COMEL SANGAT SHAHIDA???

Sapa dah tengok filem Bhajrangi Bhaijaan?
Ala cerita yang Salman Khan berlakon tu??

Aku baru berkesempatan nak menonton hujung minggu lepas
Gigih aku mendownload kat internet tau
[mak kedekut nak melabur ke panggung wayang...hehehehe]
Itu pun download sebab banyak review kata best cerita ni
Bila download ni pepaham je la... ulang le cerita ni 100x pun..



Memula aku bajet cam tak best je cerita ni
konon2 Dilwale la lagi best
Sekali bila dah tengok.. memang terpaku depan tv tau
Anak2 aku pun sekali terpaku
Terpaku dengan budak comel nama Shahida/Munni tu
dan terpaku tengok keindahan pergunungan Kashmir tu

Jalan cerita ni memang touching habis
Sedih di awal, tengah & akhir cerita
Bila Shahida kena tinggal keretapi, bila Shahida nak kena jual ke rumah pelacuran & bila Shahida dah boleh bersuara panggil pakcik masa last2 tu... oooooo sangat murah air mata aku ni tau!
Ok konfem.. cerita ni 10x lagi best dari Dilwale [pada aku la]
Yang pasti dalam ni takde adegan 18sx, pompuan seksi meksi pun takde
Yang ada lelaki seksi pakai cawat sebab nak bergusti...hahaha


Ni la budak Shahida tu
Comel sangat kan???

Nama sebenar budak ni  Harshaali Malhotra
[ingatkan dia memang budak Pakistan..hehehe]


Comelnye subhanallah..... sapa mengandung baik tengok muka budak ni
Kot2 la dapat anak muka comel camni...

Kat rumah aku yang paling comel
bila Amira dok panggil2 Shahida.....oooo... Shahida...
[Terpengaruh jugak budak tu rupanya..hahahaha]





6 comments:

dorsett pink said...

serius. comel giler shahida ni

idzwa kamaruddin said...

sangat cantik!~

Norhayati Mohd Isa said...

Memang comel lah Yani..
Geram akak tengok :)

Ann Ishak said...

ye la, sempurna sungguh rupanya

nuyui a.k.a miss YUI said...

dilwale pun yui xpnh tgk apatah lg crita ni..hehe

Mummydearie said...

Saya pun baru tengok tau. Tengok sensorang kat youtube jerk. Panggung dah lama tak jejak. Saya tak suka Salman Khan ni sebab suka baju baju masa menari. Mulanya reluctant juga nak tengok filem lakonannya tapi dek terpengaruh dengan review tentang filem ni yang bagus-bagus belaka, tengoklah juga. Memang 'jatuh hati' tengok budak Shahida nikan. Comel sangat. Part paling sedih masa dia jumpa emaknya semula. Aduh, bukan setakat sebak, melambak-lambak air mata jatuh tengah malam!