Friday, September 12, 2014

SUPPLEMENT DAN PRODUK DALAM PANTANG

Lupa pulak haritu aku janji nak cerita aku guna supplement & set apa untuk lepas bersalin kan
Cewah.. macam la korang beria sangat nak tau ye dak
Tapi tak kira la... nak cerita juga
Walopun aku pantang rock2 je kali ni
Tapi supplement tetap makan ye...

Memandangkan aku dah makan supplement Shaklee sejak aku mengandungkan Amira
So aku teruskan je la makan Shaklee sampai le ke pantang kali ni
Ini set untuk dalaman la ye.. sebabnya aku dah rasa serasi makan Shaklee ni
Ini la set yang aku ambik [pinjam gambo google je]
Cuma Ostematrix je aku tak beli

Pastu aku teruskan makan VCO
Sangat2 membantu untuk elakkan sembelit
Hari ke4 aku dah berani memberakkan diri tanpa sembelit.. Alhamdulillah

Ok ini untuk yang dalaman..
Untuk yang luaran pulak kali ni aku try SET BERSALIN SPA & MA
Gatai nak try produk ni pulak
Memula nak guna brand ANUGERAH tapi adik aku kata tak best
So try je lah produk ala spa ni...
Packaging dia pun menarik kan...

VCO ni pun ada sekali
Boleh guna untuk sapu & minum
Jasmin kena ruam susu, terus aku sapu minyak ni.. 


Berbaloi aku rasa beli produk ni.. sebabnya BESTTTTTT sangat
Semua aku suka pakai kecuali Tungku Herba tu
Sedap lagi pakai tungku batu sebab panasnya lama

Produk2 ni boleh juga kalau nak beli loose
Memula aku ingat nak beli loose juga tapi bila kira2 balik, beli set lagi murah
Apalagi.. beli je la setnya terus...

Benda yang paling aku suka ialah LULUR FRANGIPANI tu & GAMAT EMULSION
Lepas lulur memang kulit rasa lembut & bersih je... wangi lak tu
Gamat Emulsion tu pulak sangat sedap tau... takde rasa hanyir pun cam Gamat Healin tu
Malas nak cerita banyak.... sapa pernah pakai set ni tau le kelebihannya..
Tapi aku rekemen korang try produk ni...

Selain set bersalin SPA & MA ni aku guna jugak Minyak Herbanika Nona Roguy
Ni pun balance masa bersalin Amira tahun lepas
Aku sapu lepas mandi kat perut & pelipat2 semua
Pastu titis atas pad untuk cepat sembuhkan jahitan dan elakkan bau busuk darah nifas tu

Ok itu je la produk2 yang aku gunakan sepanjang berpantang ni
Saja la aku try lain2 produk setiap kali bersalin
Ala.. bukan selalu bersalin pun kan.. entah2 yang ni pun yang terakhir untuk aku
Hahahaa... alasannnnnnnn






4 comments:

Nory Zoulkefle said...

nory makan shaklee je dalam pantang...anak kena kuning, stop dulu makan jamu..hehe..

Miz Eija said...

sy pun makan shaklee sebab takut tak lalu nak minum herba2 ke apa tu... kapsul senang telan ja... alhamdulillah terus terpikat hihihi terus guna smpai set menyusu

Miela Asmila said...

Allhamdulillah sekarang produk shaklee dah ramai yang ambil dan sesuai, mila ambil shaklee 7 tahun lepas sewaktu mengandungkan haziq... lepastu stop.. tahun lepas mila kembali bershaklee..

Hati Ema said...

SPA & MA tu tak pernah nampak lak... baru ek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...