Monday, April 21, 2014

CUCUK SETAHUN

Bila ada baby ni kena la ingat bila nak ambik suntikan imunisasi
Untuk umur setahun, kena cucuk MMR
[MMR stands for Measles, Mumps & Rubella]

Amira ni pulak kalau ikutkan dah terlewat
Umur dah setahun sebulan baru nak pi cucuk
Ate, mamanya asyik lupa je...

Sabtu lepas dah selamat bawak gi cucuk
First pegi klinik yang selalu kitaorang pergi tu
Tapi klinik tu kehabisan vaksin pulak
So kena la pi klinik lain pulak

Seminit tak duduk diam tau si Amira ni
Bila didukung, dia nak turun pulak
Nasib la mama pakaikan kasut..

Selalu suntikan sebelum2 ni cucuk kat peha
Kali ni suntikan kena kat bahu pulak
Dalam bilik doktor, pun sama membuas
Tangan tu laju je nak capai itu ini
Sampai picagari pun dia nak capai
Dah tu kaki asyik nak memanjat meja doktor je
Mengah aku memegang dak kecik ni..

Masa nak timbang berat pun punyalah payah duduk diam
Huh.. jenuh...
Tapi bila kena cucuk... melalak tak hengat dalam klinik
Suara kuat kemain lak tu
Nasib la orang tak ramai kat klinik masa tu
Banyak gak darah budak ni...
Bila sampai rumah, bagi susu sebotol, masukkan dalam buai, terus lena
Hahahaha... lama pulak tu dia tido...
Sempat la aku nak baut keje rumah...

** Next cucuk masa umur setahun setengah pulak..


2 comments:

Rizziela said...

Penat sangatlah tu terus tidur balik rumah

Nafira usof said...

Zura kalo bab2 cucuk anak nih memang hubby yang handle. mamanye penakut yang amat. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...