Tuesday, June 4, 2013

KEMAS KEMAS KEMAS

Disebabkan KC dah nak pasang, so kena la keluarkan segala perkakas2 dalam dapur kan
Nasib baik la ada stor yang baru buat tu.. boleh la sumbat sebahagian dalam tu
Hujung minggu lepas, ini la projeknya...
Mengosongkan dapur sedikit demi sedikit
Dapur aku ni takde la besar mana pun tapi barang punya la banyak..

Ini le rope dapur aku yang berselerak...[buruknya...]

Penyumbang kepada penyempitan & kesemakan dapur..

Barang2 tu semua telah dialihkan sebahagian ke ruang meja makan kat bahagian tengah rumah  [sila abaikan mamat enteprem ni]

dan jugak dalam stor yang baru....

Sekarang.....
Tinggal dapur je [baru la nampak luas dapur aku]
Anak2 suka la main aci kejar kat sini.. siap bergema2 suara
Dah 2 hari gantung kuali & periuk belanga bagai...
Makan minum main beli kat kedai Cik Ana belakang rumah @ rumah Cik Besah je
Takat bancuh2 air buat la kat depan

Peti ais tu aku cuma tolak ke depan mesin basuh sebab aku nak pakai plug
Kang tak pasal2 rosak lak stok susu aku dalam tu
Lagipun kat ruang tu takde nak pasang kabinet pun.

Semangat nak buat transformasi dapur, laki aku suh beli hud ni
Walhal aku tak biasa pakai pun benda alah ni
Sure jadi gajah putih je menatang ni... buat eksyen je
Hud ni orang kabinet akan pasangkan nanti

Tomorrow dapurku akan bertukar wajah menjadi seperti ini...

Lenguh pulak badan aku lepas kemas2 ni
Malam minggu tu aku berurut dengan akak yang urut aku masa bersalin hari tu
Sakit giler..... katanya badan aku ni dah banyak angin
Alignment pun dah lari sikit.. bila nak betulkan punya la sakit [sampai hari ni rasa sakitnya tu].. Rasa cam dalam pantang pulak!



7 comments:

Nory Zoulkefle said...

bestnya dapat dapur luas macam ni...
makin bersemangat nak masak ari2 kan..hehe

Nafira usof said...

waahhh.. terus nampak lapang jer dapur.. x sabar nak tunggu KC siap~

Yana Halim said...

wah bestnya nak dapat kabinet baru. Akak tumpang happy. mesti rasa excited sgt. :)

KHAIRUL MINI said...

Hub dapur memang penting, tambah2 kalau selalu masak makanan yg berminyak mcm mee goreng, nasik goreng, goreng ayam, tumis sambal dan seangkatan dengannya. Benda tu akan sedut segala minyak yg terhasil masa proses memasak. Kalau nk jaga kecantikan KC yang baru tu, better pakai je hub anytime bila nk masak. Tmbh2 mcm yg saya ckp kt atas tadi, time nk menumis. Bila dah selesai menumis, bolehlah tutup. Sbb bunyi dia agak bising. Hehe..

Eliss Mie said...

selama ni minyak tu pergi mana yer masa memasak. bila guna hood tu, banyak minyak yg dia bertakung kat bekas dia.huhuhu. memang kena pasang nanti berlemuih kc baru :)

♥ ROS ♥ said...

Aduhai syoknya dapo luas... Rasa bersemangat nak masak nnt :)

Kesuma Angsana said...

hehehe... semanagt nak berkemas yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...