Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 7, 2013

KABINET DAPUR BEFORE & AFTER

Ni nak citer transformasi yang berlaku di dapur aku
Sebelum dan sesudah katanya...
Layan je la...
Ruang di table top
Ruang dinding tall unit


Kan aku ada cerita kat topik my biggest concern pasal saluran air aircond tu 
So hasilnya terpaksa la buat cenggini
Tebuk gak le kabinet tu untuk membolehkan air ditakung dalam baldi
Dari depan tak obvious sangat tapi cuba tengok bawah para tu 
[kat gambar kecik tu]
Suka tak suka terpaksa la menadah baldi kat situ
[dalam salah satu pintu tall unit tu]


Mudroom

Another biggest concern aku pun pasal penyidai tuala tu kan?
So solutionnya ialah.... buat penyidai tuala baru
Aku gantikan rak tuala lama dengan 2 towel rail yang baru
Bila dah gantung tuala camni la rupanya
Lokasi yang strategik sangat untuk orang pelupa tutup suiz water heater cam aku
Bila nak gantung tuala otomatik akan tutup suis sekali
Kalau terlupa bawak tuala masuk bilik mandi pun, lepas mandi boleh gagau je tuala kat tepi tu
Rail atas towel aku & hubby, rail bawah towel anak2.

Rail ni aku mintak cina yang pasang KC tu pasangkan sekali
Tebuk lubang je pun sebab rail tu aku DIY beli kat kedai hardware
[sekaki baru 2 hinggit... jimat tu..]

Rak tuala yang lama tu ada dah transfer ke bilik mandi
Siap boleh bubuh pokok hiasan atas tu...
Ai like!!!


Memandangkan semua dinding dah ada kabinet, aku terlupa pasal tudung saji ni 
Mana pulak nak gantung kan??? 
Nak sumbat dalam kabinet sah2 la tak muat
Solutionnya.... sebelah penyidai tuala tu la.. situ je ada ruang lagi
Hasben aku la tukang ketuk paku nak gantung tudung saji ni


Dah ada KC ni haruslah table top aku pun clutter free kan
Tak suka la tengok berlambak2 mende atas tu
Mana yang aku boleh sorok, semua simpan dalam kabinet

Rak hijau ni asalnya tempat aku letak rempah2 & botol2 kicap 
Ubat2 pun letak situ gak
Dalam tupperware biru tu pulak aku letak botol2 susu Amira
Bila semua dah masuk dalam kabinet
rak hijau tu aku transform jadi bottle station 
[tapawe biru boleh humban]

Location betul2 sebelah sinki dapur
Senang nak organize botol2 susu & pam

14 comments:

Kesuma Angsana said...

wah nampak kemas sgt lah ni

Nafira usof said...

canteknyeeeee!
puas ati betol tengok KC syani..tingin nak ade kC yang cantek cam nih..
bape bajet untuk KC nih?

Eliss Mie said...

wahh syok btol tengok tranformasi KC :)

Sura Mohd said...

wahh..impian dh jd kenyataan..sronoknyer..akak entah bila la bleh dpt camni..huhuhu..

Masya said...

nampak lebih kemas...

SYANI said...

KA,
Betul.. memang nampak kemas dari sebelumnya kan..hehehehe

SYANI said...

Nafira,
Total semua tak termasuk table top dalam 8K.

Rasp said...

nice! memang nampak lebih teratur ye sis...

SYANI said...

Elis,
Sebelum dan sesudah baru boleh nampak perbezaannya.

SYANI said...

Sura,
Pelan2 kumpul bajet.. semoga akan tercapai KC akak satu hari nanti.

SYANI said...

Masya,
Tersangat la betulnya..

SYANI said...

Rasp,
Baru la bersemangat nak masuk dapur..hehehe

AdaM Hawa said...

cantik warna tu.. suka!! nampak kemas..

Yana Halim said...

bestnyaaaa..... akak tumpang excited sekali ni. hehe...