Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 28, 2013

MUSUH KETAT

Tensen tul aku dengan Cik Gebu semenjak dua menjak ni
Tau tak.. sekarang dia dah tak mau direct breastfeeding
Geram sebab everytime aku offer breast, dia mesti nangis
Benda ni jadi dalam minggu ni

Seminggu lepas aku start keje pun Amira dah start buat perangai
Direct feeding dia nak kejap je
Bila kena time "letdown" memang dia tak mau dah lepas tu
Pastu makin lama makin dia tak mau
Cuma kalau dia ngantuk sangat2 je dia nyonyot betul2

Minggu ni, aku sua la cemana pun
Baru letak nipple kat bibir dia, dia dah start jerit dah
Dah macam musuh ketat je.. pantang dekat
Memula ingatkan dia sakit mulut.. aku cek mulut dia takde apa2 pun
Tapi kalau aku bagi puting botol susu, laju pulak dia sedut


Sedih la sebab kena reject dengan baby
Macam2 cara dah buat.. skin-to-skin la, pam sebelum nursing la untuk elakkan susu terlalu banyak & untuk pastikan dia cepat dapat hindmilk, tukar posisi menyusu la
Setiap kali lepas balik keje & lepas mandi mesti nak pujuk dia untuk breastfeeding
Tapi bukan makin dia nak tapi makin tolak pulak
Camne lagi nak buat tah le....
Dia cam protes je.. tapi bila bagi botol ok je.. 
Nampaknya dia lebih prefer botol susu dari breast mama dia sendiri
Even tengah malam nangis nak susu pun aku still offer breast pada dia, tapi dia buat keras badan tak mau accept puting aku siap jerit2 lagi... Nak tak nak menggigih la aku panaskan susu..

Dulu frust sebab susu sikit, bila susu dah banyak balik, baby pulak buat hal tak mau hisap
Stress aku dibuatnya...
Kalau ikutkan hati rasa cam nak give up tapi sayang la susu aku masih ada
Agaknya aku kena transform jadi Exclusive Pumping Mother la pulak kot..

Kenapa la Amira dah tak mau breastfeeding ni?? Sedih la mama... Nak kata kena "nursing strike" @ growth spurts, takkan le lama beno???

Thursday, June 27, 2013

DI SUATU PAGI...

Pagi ni awal pulak si Amira bangun
Dah alang2 berjaga aku biarkan dia main dengan Aleeya
Aleeya pun masa tu dah siap2 nak pegi sekolah agama

Khusyuk dengar kakak dok borak2 dengan dia..hehehehe

Amira ni aku letak dalam takung, pastu takung tu aku letak atas meja dapur. Luas la pemandangan dia... Kalau tinggal dia sorang2 sure melalak nak minta perhatian. Letak kat dapur senang sikit sebab dapur adalah sangat bizi di waktu pagi..


BISKUT OAT YANG SEDAP

Aku ni bukan pengemar oats tau
Compare Quaker Oats dengan Nestum, aku pilih Nestum
Ya aku tau oats lagi elok dari nestum
Tapi tah kenapa memang aku takleh terima oats tu sangat
KECUALI.................
Bila dah dijadikan biskut..hehehe [nak sedap jer]

Masa dalam pantang hari tu member aku ada bagi biskut ni
Serius sedap la...[terima kasih Yong]

Masa beli barang dapur haritu, sempat la rembat biskut ni
Sedap & mengenyangkan

Balik rumah mak aku haritu pun mak aku ada biskut ni kat rumah
Kalau tak silap biskut ni ada 3 perisa kot - Raisins, Honey & Nut, Apple & Cinnamon
Aku baru try Raisins & Honey & Nut je
Dua2 pun sodap tapi aku prefer yang raisins [tapi manis sikit le]

Kismis & Oat kan ke salah satu milk booster jugak
So selain sedap, berkhasiat & mengenyangkan,  ia juga membantu membanyakkan & memekatkan susu badan
Cewah!!!!

Korang dah try ke biskut ni??

Wednesday, June 26, 2013

WW 2013 # 26

Sape lagi putih?? Ibu ke anak??

Tuesday, June 25, 2013

PANTANG TENGOK BARANG COMEL

Masa balik Ipoh hari tu tak sah le kalau tak menjejak kaki ke Billion tu
Walopun belum gaji [konon nak jimat cermat]
tapi bila nengok benda baby yang comel2, mula la nak beli
Sikit2 pun main puluh2 ringgit jugak


Tujuan asal ke Billion tu cuma nak belikan stokin Amira
Bila dah pi tempat baby ni mata pun melilau tengok itu ini
Last2 "terbeli" juga sikat ngan hairband tu
Adoyai.... nasib la pi kejap je
Kalau lagi lama sure lagi banyak aku beli...

Monday, June 24, 2013

AMIRA BALIK IPOH

Alhamdulillah hujung minggu lepas Amira dah selamat jumpa atuk, opah, maksu, makcik, pakcik & Alisya kat ipoh.. Ni la first time Amira balik Ipoh [dulu balik Amira dok dalam perut lagi]

Aku ni pun dah lama tak mengisahkan perkakas baby kalau pi berjalan
Kalau boleh semua nak usung.. takut2 ada yang tertinggal
Sampai penuh bonet kereta dibuatnya [walhal nak balik sehari je]
Tak kisah le tu.. janji ada semua untuk keselesaan si kecik

Memula ingatkan nak bagi dia baring atas toto je dalam kereta
Tapi rasa cam tak muat pulak seat belakang  nanti
Last2 kasi je dia duduk dalam takung kuning ni
Ok je dia layan blues dalam tu..hahahaha
Takde la meragam pun... pas bagi susu dia tido je dalam kereta

Dah exit kat Simpang Pulai, baru la dia cam tak selesa 
Cam ni rupanya... berkerut2 dahi
Rupanya cik gebu ni berak la pulak
Ala.. dah dekat nak sampai rumah opah dah ni
Kita basuh & mandi terus la ka rumah opah kan...

Sampai rumah opah tengok2 Pakcik, makcik & Alisya dah ada kat sana
Dah besar dah Alisya rupanya.. dah 6 bulan
Bonding time with one another
-gambo cilok dari fb adik ipar aku.. mintak ijin yer..-

Cenonitnya kamu Amira.....

Amira dah dah meniarap kot... Asyik mengiringkan badan je... Bila tak lepas menjerit2 dia satu rumah..hehehehe.. Alisya pun tunjuk la skil meniarap kat Amira [ewah.. mentang2 dah expert]

Malam pulak, si Amira dok menangis sebab kepanasan.. Bila buka baju, tinggal barut & pampers baru la boleh sengih2. Ya ampun.. memang panas giler rumah mak aku ni... Dah le kipas angin pun sentimental je anginnya....  Aircond adalah sangat2 diperlukan... Atok & Opah sila pasang ekon sebelum raya ni ye.. Kami pakat nak balik ramai2 tahun ni..hehehehe... Kalau tak tido hotel je la kami kot..kui.kui..kui.. 

Friday, June 21, 2013

BABY BABY BABY

Mata aku adalah sangat mengantuk...
Esok kami nak balik Ipoh...
Ini la first time Amira nak gi travel jauh2

Nak balik kampung jumpa Opah Minah & Atuk Latip
Esok saya dah 3 bulan....
[mata terbeliak terkejut tengok flash kamera]

Amira first time nak jumpa Maksu, Pakcik, Makcik & Alisya
Kita jumpa esok Insya-Allah...
Tunggu Amira sampai tau!!!


AKU DAN AVENT

Tengok tajuk sure dah tau aku nak citer pasal apa kan
Dek sebabkan pam manual Pureen aku tu dah tak berapa nak berfungsi dengan baik, so kena la cari pam yang lebih baik.. So kena la melabur lebih sikit [huhu...demi anak]
Bukan taknak beli pam yang murah2 tapi aku takut tak tahan
[aku pun tak tahan asyik nak beli lain je kejenya pulak kan..]

Nak beli Medela freestyle idak le mampu teman
[harganya tu boleh beli 2 henpon Samsung Galaxy tau!]
So beli je dulu pam2 yang agak mampu nak beli
Hasil dari review member2 kat blog, fb & forum
Akhirnya aku pasrah beli Avent sahaja
Malas nak fikir dah... bior la mahal sikit
[kalau tahan lama boleh la aku simpan untuk anak seterusnya kalau ada..hehehehe]

Kelmarin order dihujung jari, semalam sudah sampai
Lepas beli baru aku perasan ada satu lagi jenis pam manual Avent
Tapi yang namanya Natural tu [tu yang baru kot]
Ntah le.. aku ingatkan sama rupanya lain.. tapi harganya lebih kurang je
Tengok cam sama je... aku pun tak tau apa perbezaannya..

Ini le rope isi dalamnya.... tak sabar nak cuba
Dan2 bukak terus basuh & sterile bagai..hehehe
Dan hasil percubaan pertama pagi tadi di opis

Impressive!!!! Memang tak sakit & hasil tuaian pun banyak
[yang penting masa yang diambil tak lama]

Pasni boeh buat double pumping kat opis
Dah ada 2 pam le katakan....
Cepat sikit..hehehe
[tak sanggup nak humban pam Pureen tu sebab masih lagi boleh guna]

Thursday, June 20, 2013

GOOGLE READER TAMAT BULAN NI???

Sejak dah jadi blogger ni, salah satu cara nak  updatekan diri dengan latest entry & latest info dari blog2 yang aku follow adalah melalui GOOGLE READER. Ini juga salah satu cara aku baca blog2 korang dengan cepat. Lebih 100 blog sehari aku boleh baca latest entry gitu..

TAPI sejak dari bulan lepas dah keluar reminder ni

Maksudnya mulai bulan depan,google reader dah takde
Tak dapat la aku fast reading blog2 yang aku folo
Adeh... cemana ni???

Korang guna tak Google Reader ni? 
Apa alternatif korang pasni??

MILK BOOSTER

Semenjak dah keje ni susu mula la start merudum kan
Tak macam masa dalam pantang... memang melimpah ruah
[alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk Amira]
Nasib jugak kawan aku dah suh buat stok EBM sejak dalam pantang lagi
Sampai penuh la freezer aku dibuatnya...hehehehe
[Nyaris2 dah nak beli deep freezer tau]

Bila dah keje ni & susu start merudum ni mula la rasa susah hati
Nasib la ada stok EBM untuk top up 
Tapi lama2 pun sure habis jugak stok tu kan
Makanya aku mencari pelbagai cara untuk menambahkan susu 
Minum MILO, Susu, Horlicks even ESP yang mahal tu pun aku beli gak
Alhamdulillah ade la peningkatan sikit
[disamping tambah waktu pam & buat power pumping]

Latest milk booster yang aku cuba malam tadi
[Ada member kat fb yang bagitau]
Minum air rendaman habbatussauda
[Ziha, ko bagi habbatus sauda ni sampai sekarang tak luak lagi..]
Tang part minum air tu ok lagi
Tapi bab part kena kunyah2 biji habbatussauda ni..... payah sikit le 
[kata member tu kalau kunyah lebih efektif]
Tak menahan rasanya tu..pedor, pedas
Nak termuntah balik pun ada tapi demi anak sanggup je semua

Hasilnya....... 4 jam lepas minum ni memang bengkak breast dibuatnya
Habis lenjun baju masa tidur..huhuhu
Kena perah jugak le ngantuk2 pun.... 
[dan dengan menggunakan pam pureen yang bengong ni]
Yang bestnya... Setengah jam dah dapat 5oz 
[walopun pam dengan penuh kepayahan]
Alhamdulillah!

** Semalam dah beli pam baru..Hari ni sampai la kot.. 

Wednesday, June 19, 2013

WW 2013 #25

Hai.. sayalah Cik Gebu Mama Saya
Mama selalu panggil saya YAYANG

Tuesday, June 18, 2013

PAM MANUAL PUREEN YANG BIKIN TEMPER

Sejak lepas bersalinkan Amira, ini la pam susu yang aku pakai
Beli kat Billion Ipoh dengan harga RM54 [kalau tak silap]
Pada aku biasa je la sebab aku bukannya pernah guna pam lain untuk aku buat comparison
Dari hari ke-5 berpantang aku dah start buat stok EBM menggunakan pam ni
[masa dalam pantang setiap kali pam penuh je botol pam ni]
Seronok sangat mengepam masa tu



Botol pam Pureen ni jenis wide neck, so memang tak compatible dengan botol susu standard
So kalau penuh, memang kena transfer ke botol lain. 
Satu botol tu boleh dapat dalam 6-7 oz la.. 
[tapi ambik masa 1/2 jam ke 1 jam jugak le]
So far so good la pam ni pada aku

Tapi kelemahan pam ni ialah kalau pam kena membongkok sikit. 
Kalau tak sure susu akan meleleh kat tepi2 breast. 
Pastu susu sure akan termasuk ke ruang udara pam ni
Sepatutnya bahagian ni kering
Nampak tak ada susu kat dalam tu?


Bila dah ada susu masuk ke ruang udara pam tu, makanya bahagian tu selalu la terbuka masa pam
Itu telah mencacatkan sesi pengepaman.. Nak2 pulak waktu susu tengah melimpah ruah. Tension je kalau jadi camtu.. Tengah syok2 pam dia boleh terkeluar pulak dari landasan cam kat gambar bawah ni.



Selama 2 bulan lebih guna ni, itu je la masalahnya
TAPI sejak 2-3 hari ni  makin banyak problem lak
Suctionnya dah makin kureng
Lagi satu valve kat bahagian bawah [takde gambar lak] pun suka beno terjatuh
Macam dah loose... kalau loose takleh le nak pam dengan jayanya kan
Kadang2 pulak, pam ni jadi cam ketat je
Bila pam, angin tu cam berat je nak keluar ikut valve
Dah jadi camtu, suction pun lemah le kan...
Dah banyak kali ejas tapi takleh juga

Pagi tadi pulak, aku terjaga sebab breast dah bengkak giler
Baju pun dah lenjun dengan susu
So aku bangun la untuk pam susu kan
Sekali bila pam, susu cam tak galak nak keluar
Bengangnya... breast dah le sakit, pam pulak tak bagi kerjasama
[Nak buat marmet adalah sangat tak reti]
Pam2 dekat sejam tapi hasilnya tak sampai 1 oz pun padahal aku memang rasa breast memang tengah full lagi.. Aduhai... cemana la ni.. Last2 picit jugak le dengan tangan... Apa yang dapat je la kan.. janji breast lega & tak bengkak.
See???? Ciput je [sejam baru dapat banyak ni]


Stress tahap gaban aku di pagi yang hening [masa tu dah pukul 5 dah pun]
Breast sakit, susu sikit, mood hilang, hangin aku satu badan tau!
Kalau ikutkan hati nak je lempar pam susu tu dalam tong sampah
Tapi kalau aku buang, kat opis nanti nak pam pakai apa pulak
Oh..takleh jadi ni... kena segera beli pam baru...

Korang ada suggestion??? Aku nak yang manual je sebab senang nak pam mana2 & juga tak bising bila pam kat opis.

** Kalau korang berhajat nak pakai pam untuk jangkamasa yang lama, tak payah le beli brand ni... Elok la 2-3 bulan kot... Pastu start la problem.. Aku tak recommend sangat la brand ni.. Untuk emergency boleh la.

** Sembang dengan member aku, katanya dia 10-15 minits dah boleh dapat 4-5oz  guna pam manual. Aku ni kalau nak dapat banyak tu dekat sejam tau.. Tapi dia pakai Avent.. Haruskah aku beralih arah juga???





JERITAN SI MANJA

Amira ni kalau terover eksaited memang suka beno menjerit
Nak2 pulak kalau orang layan dia lebih2
lagi dia suka....

Ni sebahagian je dia jerit [berbackgroundkan sore TV]

Manja tak jeritan cik gebu???

Monday, June 17, 2013

OST TEDUHAN KASIH - HANYA AKU

Aku adalah sangat tak berkesempatan nak folo slot Akasia ni
Sempat layan masa dalam pantang hari tu je la
Tapi masa tu citer tak best pulak [Sedetik Cinta]
Pastu masa start citer Teduhan  Kasih ni, aku baru2 masuk keje

Memula cam tak best citer tu
Tapi lama2 makin hangat lak orang dok cerita sana sini pasal drama ni
[mentang2 la ada Adiputra]
Sama cam cerita Setia Hujung Nyawa hari tu la
Aku adalah malas nak ikut cerita bila dah hujung2 ni
Kang tak pasal2 aku pun terjebak sama
Tapi lagu tema drama ni best la... makin lama dengar makin best lak



** Lagu drama Cinta Jangan Pergi pun tengah top sekarang

SLEEPING BEAUTY

Happy monday uols....
Layan gambar cik gebu ni dulu la...



Ngantuk pulak aku tengok gambar Amira tido ni...

Friday, June 14, 2013

SISTERS!

Anak2 dara ku....

Yaya dah ada geng
Adib pulak tuntut geng pas ni...
Adoyai!!!

Thursday, June 13, 2013

PROJEK MEGA 2013 # 4 : STUDY CABINET

Kitchen cabinet dah, TV cabinet dah
Now Study cabinet pulak...

Dilema di ruang makan aku adalah ruang ini la
Tak tahu nak buat formal dining concept atau 2-in-1
Bila fikir2 balik nanti mana nak letakkan komputer & telefon tu
So decided nak transform ruang jadi 2-in-1 
Dining & study [kunun2]

Ekceli ni tak masuk dalam perancangan awal
tapi sebab bajet yang sepatutnya ada lagi so aku suruh je orang cabinet tu design siap2
kalau masih dalam bajet memang nak proceed la
Alhamdulillah semua sekali masih dalam bajet yang sepatutnya

Lakaran awal adalah seperti ini
Tall unit tu aku nak sebab I need plenty of storage
Tapi disebabkan pintu kabinet bercermin, so aku cakap aku tak nak
aku suruh dia buat pintu yang tutup semua dan tall unit tu jadikan 3 pintu
Okeh..cun dah....
TAPI... by the time nak buat part payment tu, aku ejas lagi
Sebabnya aku rasa cam tak muat nanti nak letak scanner atas tu
So aku buang tall unit, tambahkan drawer dan lebarkan study table tu
[final sketch takde]

So sekarang ruang dining sudah bertukar wajah
Dulu
-Lemari besar tu dah selamat ke rumah Cik Besah-

Kini
Masih pilih kaler sama cam KC & TV cabinet
Sedondon gitu...
Bawah wall kabinet tu ada diletakkan lampu
Baru le tak sakit mata nak buat keje sekolah & ngadap komputer kat situ

Siap ada pull out drawer untuk letak keyboard


Okeh.. itu sahajalah projek mega kami setakat ni
Ini semua kat bahagian bawah sahaja
Bahagian atas tak buat lagi... 
Wardrobe??? Akan difikirkan kemudian... [kumpul bajet dulu]


** We are totally POKAI now! [kena stop online shopping buat sementara]


SISTEM BARTER

Oleh kerana dah buat kabinet, banyak la perabot aku kena let go
Ye la.. dah takde tempat nak letak
Nak jual takde pulak orang nak beli
[lagipun aku tak reti nak jual perabot2 kat jiran2 ni..tak sampai hati rasanya]
Sonya, mana yang elok2 tu aku bagi kat Cik Besah je

Ingat tak kabinet tv lama aku tu?
Baru beli  3 tahun sudah & masih elok
Sayang nak bagi kat orang, bagi la kat mak mentua sendiri
Disebabkan nak menyendatkan dalam rumah dia
So dia pun kena spare some space la kan
Rumah dia pun kalau ikutkan memang dah penuh dengan perabot

Untuk memuatkan kabinet tv yang agak besar & perlukan ruang yang agak luas
[kabinet tv tu dah le panjang 6 kaki tau]
So dia kena let go some furniture dia gak kan
Tapi Cik Besah ni memang jenis sayangkan perabot
So aku offer untuk ambik salah satu kerusi panjang kat rumah dia
Kononnya buat sistem barter la kan...
Aku pun ekceli dah lama aim kerusi tu dok ngam2 letak kat sliding door aku
[jahat tak menantu dia??]
Alhamdulillah dia setuju nak bagi kerusi tu kat aku
Yiha!!!!!
Jati tau kerusi ni..hehehehe
Terima kasih, mak!

** Tetiba pulak ruang ni jadi ruang feveret aku...


Wednesday, June 12, 2013

WW 2013 #24

Ini je la keje dia.... TIDO...
[lambat tul rambutnya nak lebat]

Tuesday, June 11, 2013

PROJEK MEGA 2013 # 3 : TV CABINET

Belum habis lagi projek mega aku tahun ni weh
Alang2 berabis, bior buat beria2
[tapi kene selak poket sendiri gak le.. cukup ke idak duitnya]

Kesinambungan buat kitchen cabinet haritu ialah buat tv cabinet pulak
Laki aku la... nak sangat  buat tv cabinet ni
sebabnya dia tertengok kat showroom kedai tu & terus terbekenan
[tu sebab masa buat KC tudia suruh aku pilih kayu paling murah...hehehehe]
Sebabnya duit yang lebih2 tu boleh tala buat benda lain
Lagipun gap harga antara jenis2 kayu buat KC hari tu banyak juga bezanya
[tu sebab kami pilih yang jenis ABS je]

Dulu aku berangan nak buat Tv cabinet untuk menyembunyikan wayar ekon kat dinding tu
Alhamdulillah tercapai juga hasrat dihati....
[senyum sampai nampak gusi]


Malas nak citer la....layan je la gambar tv cabinet kitaorang ni
Masih mengekalkan warna yang sama dengan KC --> Walnut
Jenis  kayu pun sama juga... ABS je

Sebelum transformasi... gini la rupanya kabinet tv aku
[sakit mata aku tengok wayar ekon tu]

TADA!!!!!
Sebelum dan selepas [tv pun sudah tukar]

Sori la kualiti gambar aku teruk beno.. ini pun jenuh edit
Pencahayaan tak cukup lak..

Memula orang kedai tu sketch camni design tv cabinet untuk kitaorang
[sebijik cam kat showroom dia tu la]
Tapi sebab ruang tengahnya tu jenis terbuka so aku mintak dia design buatkan pintu
Ye la kan.. kang berabuk lak dalam tu
Selain tu nak mengelakkan orang nampak apa2 khazanah dalam tu
Lebih2 lagi Amira yang bakal membesar.. tak pasal2 bersepah2 menda dalam tu kena punggah dibuatnya nanti

So ini final design dengan pintu 

Hasil realitinya...


TV cabinet ni adalah jenis tergantung tau.. 
Maksudnya ianya tak cecah lantai
Laki aku kata biar senang nak mop bawah tu.. ha'ah.. yolah tu

Disebabkan tergantung tu & juga kedalaman kabinet tu kurang dari yang kabinet sebelumnya, maka takleh la nak pakai tv yang lama tu.. Tak muat nak letak atas kabinet baru ni... So laki aku belikan TV lain... Bapak besar punya.. Samsung 43 inci.. Hambek kau.... Puas bijik mata tengok tv... 

Bila dah ada kabinet baru, kabinet lama kirim kat Cik Besah
[Cik Besah jugak yang untung...]
Tapi kaler gelap ni memang kena rajin lap le... kalau tak cepat beno nampak berabuknya...
TV lama?? TV lama dah transfer masuk master bedroom kat atas...




Monday, June 10, 2013

KERETA DAH TURUN HARGA

Dah heboh kat blog & fb pasal 10 model kereta yang dah turun harga
Sapa2 yang nak beli kereta baru, sesuai sangat la beli sekarang

Pilihlah yang mana berkenan di hati....


KHAZANAH DALAM STOR

Finally dah siap kemas dapur.. wuhu...
Lega sangat walopun letih

Semua barang2 dah kembali ke asalnya
So stor baru sudah tak sendat lagi
Tinggal barang2 yang sepatutnya sahaja

Lega sikit mata memandang


Friday, June 7, 2013

LAWAT BABY BARU

2 bulan sudah aku dilawat
terkini aku pulak pi melawat
Member opis aku baru bersalin hari Selasa lepas
Alhamdulillah dapat baby boy 
Tahniah ye Kak Liyana

Aku pegi hospital berdua je dengan collegue aku
Dekat Hospital Sungai Buluh je.. dekat je ngan opis
Aku tak reti jalan so tumpang je la member aku ni... 
[expert jalan minah ni.. lagi satu merasa aku naik kereta baru dia...hahahaha]

Tunggu ye baby... aunty Syani datang melawat
[dah lama tak tepek gambar sendiri kat blog...hehehe.. wajah terkini aku selepas bersalin]


Ini la baby baru opismate aku... Tido je.. orang usik cemana pun dia tak peduli..
Member Amira dah keluar dah.... 
Sebelum ni kami dok laga perut je..

 Besar baby boy ni.. Sedap je peluk..
Tengok orang baru bersalin ni, teringat waktu aku bersalin 2 bulan sudah...


P/S: Cerita terbaru pasal baby ni ialah baru lepas operate sebab takde lubang dubur. Sian baby. Mama baby pun tak keruan dibuatnya.. Bersabar banyak2 ye kak... Semoga baby cepat sembuh..

KABINET DAPUR BEFORE & AFTER

Ni nak citer transformasi yang berlaku di dapur aku
Sebelum dan sesudah katanya...
Layan je la...
Ruang di table top
Ruang dinding tall unit


Kan aku ada cerita kat topik my biggest concern pasal saluran air aircond tu 
So hasilnya terpaksa la buat cenggini
Tebuk gak le kabinet tu untuk membolehkan air ditakung dalam baldi
Dari depan tak obvious sangat tapi cuba tengok bawah para tu 
[kat gambar kecik tu]
Suka tak suka terpaksa la menadah baldi kat situ
[dalam salah satu pintu tall unit tu]


Mudroom

Another biggest concern aku pun pasal penyidai tuala tu kan?
So solutionnya ialah.... buat penyidai tuala baru
Aku gantikan rak tuala lama dengan 2 towel rail yang baru
Bila dah gantung tuala camni la rupanya
Lokasi yang strategik sangat untuk orang pelupa tutup suiz water heater cam aku
Bila nak gantung tuala otomatik akan tutup suis sekali
Kalau terlupa bawak tuala masuk bilik mandi pun, lepas mandi boleh gagau je tuala kat tepi tu
Rail atas towel aku & hubby, rail bawah towel anak2.

Rail ni aku mintak cina yang pasang KC tu pasangkan sekali
Tebuk lubang je pun sebab rail tu aku DIY beli kat kedai hardware
[sekaki baru 2 hinggit... jimat tu..]

Rak tuala yang lama tu ada dah transfer ke bilik mandi
Siap boleh bubuh pokok hiasan atas tu...
Ai like!!!


Memandangkan semua dinding dah ada kabinet, aku terlupa pasal tudung saji ni 
Mana pulak nak gantung kan??? 
Nak sumbat dalam kabinet sah2 la tak muat
Solutionnya.... sebelah penyidai tuala tu la.. situ je ada ruang lagi
Hasben aku la tukang ketuk paku nak gantung tudung saji ni


Dah ada KC ni haruslah table top aku pun clutter free kan
Tak suka la tengok berlambak2 mende atas tu
Mana yang aku boleh sorok, semua simpan dalam kabinet

Rak hijau ni asalnya tempat aku letak rempah2 & botol2 kicap 
Ubat2 pun letak situ gak
Dalam tupperware biru tu pulak aku letak botol2 susu Amira
Bila semua dah masuk dalam kabinet
rak hijau tu aku transform jadi bottle station 
[tapawe biru boleh humban]

Location betul2 sebelah sinki dapur
Senang nak organize botol2 susu & pam