Thursday, February 21, 2013

CEK UP DI O&G KLINIK HOSPITAL SELAYANG

Sedia maklum kan semalam aku ada appointment kat Klinik Pakar O&G Hospital Selayang
Ingatan dah ada appointment, cepat la aku dapat giliran
Sekali bila sampai sana, berjam2 lak pula menunggu no giliran.

Dalam kad appointment aku tulis pukul 9.00 pg
So aku gerak dari rumah cam biasa la.. lepas hantar anak2 gi sekolah
baru la terus tuju Hospital Selayang
Kali ni tak pegi sorang2 sebab hasben aku teman.. awal2 dia dah mintak AL
Aku pun cam dah terimagine benda ni lama so aku pun apply AL gak

Bila sampai spital, benda paling leceh nak cari ialah PARKING
Penuh gile.. last2 hasben aku dropkan aku dulu baru dia cari parking
Sementara nunggu dia cari parking, aku pi la daftar dulu
Peh.... ramai giler...
Nampak tak tu??? Ada 42 orang menanti sebelum aku...
Ni baru no giliran yang dekat kaunter memula
Kang dekat klinik O&G kena ambik giliran lain pulak


Pehtu kan, masa aku tengah menunggu giliran tu tetiba ada orang menyapa aku

Aku pun blur2 je masa tu... sapa la pulak yang tegur aku tu
Dia kata dia cam kenal aku je.... jenuh gak aku berfikir2 
Rupanya2 dia salah seorang pembaca blog aku.. wahahahaha.. terharu aku..
Ada gak yang sudi menegur aku walopun sebelum ni tak pernah bersua muka
Namanya SITI [sambil lambai2 tangan kat Siti]
Siti pun pregnant juga & buat cek up kat Spital Selayang ni...
Sori la Siti ye.. takdan nak mesra2 alam dengan Siti sebab penat nunggu giliran
Mesti Siti ingat aku ni sombong ek...hehehe...
[lagi rugi sebab takdan nak tangkap gambar dengan Siti]

Memandangkan aku ni bukan keje gomen, patutnya kena la bayar RM5
Tapi disebabkan ini kali pertama, so aku dikecualikan dari bayar [sib baik]
[Kiranya kalau ada next appointment, kena la bayar]

Lepas setel kat sini, terus pegi kat bahagian O&G
Ambik no giliran lain pulak
Peh.... rasa lama giler sebab masa ni nombor running pun baru 1-4 kalau tak silap
Lamanya nak tunggu giliran aku.. mau sampai tengahhari aku punya turn
Kat bahagian ni memang ramai la pregnant ladies... termasuk Siti
Seat pun tak banyak so duduk mana dan je la
Pastu kena gak cek kencing & timbang berat
Tak lama pastu nama aku kena call untuk dengar ceramah Susu Ibu
Tinggal la laki aku sengsorang kat luar tu..hahahaha
Kalau ikutkan malas nak dengar dah sebab dah dengar kat klinik Batang Kali hari tu
Tapi bagus le jugak sebab banyak info baru aku dapat disamping dapat menghabiskan masa menunggu giliran tu..

Lepas habis ceramah pun, baru turn no 40-an. 
Last2 hasben aku ajak duk kat luar.. cari  mende makan
Ok gak tu.. perut pun dah keroncong dah.. pi la kami beli roti & air kat main entrance bangunan tu
Lepak2 dalam 10-15 minit baru masuk dalam balik
Sekali tengok no dah no 58 dah...tak lama pastu baru la no aku
[Masa tu jam dah pukul 11.30 dah]

Jumpa la doktor... Siap cek & scan bagai doctor kata kepala baby dah engage
Dan ada chances untuk bersalin normal kalau takde apa2 masalah... ALHAMDULILLAH!!!!!
Doktor pun jenis ok je.. tak menimbulkan kerisauan pada patient pun
[tak macam doktor Batang Kali yang tak friendly tu langsung]
Apa pun semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah
Segala yang baik tu datangnya dari Allah jua...
Tapi kalau ditakdirkan kena c-zer juga, aku redha... ada hikmah la tu disebaliknya kan???

6 comments:

cerita siti said...

Hi Syani! (sambil melambai2 tangan gak)

actually dr last post cam dah leh agak mesti jumpa awak kat selayangnye. thats why ceepat je dpt cam awak hihihi. tu la ingat sempat ler nak bertepuk tampar bahu dgn hang, tp segan la nak bual pjg sbb awak dtg ngan husband kan.

Selayang mmg tu la probnye, parking. sbb tu sy everytime mmg keluar rumah awal. appt tulis je kul 10, tp awak belasah je dtg awal. die bagi je nombor. lagi satu lenkali tak yah amik AL, sbb kalau dah lewat, senang je doc bagi MC. sy smlm amik time slip sbb nak masuk opis (lagi nak bersalin, lagi byk keje).

alhamdulillah baby awak dah engage, tp baby sy masih melintang la, sedihnyeee. ade kebarangkalian kene admit awal nnt afetr 37 weeks kalau still melintang. doakan sy jugak ye. dan semuga awak pun selamat melahirkan bb dan sihat kedua2nya mother n baby.

lps ni ade apptmnt lagi ke kat selayang?

SYANI said...

Siti, lajunya beri komen..heheheh
Tu la tak tahu yang dia boleh bagi MC, tu yang apply AL. Buat rugi cuti jer...

Dah takde appointment dah pasni.. Tak leh le kita nak comolot lagi... Siti, ada fb tak??? Kita sembang kat fb jom..

Saya pun doakan baby awal cepat ubah posisi. Insya-Allah ada masa lagi dia nak pusing tu..

cerita siti said...

mesti la laju, sbb blog awak ni antara wajib di baca hari2 masa mata dah berpinau duk buat keje :P

tu la saya pn harap baby berubah posisi by next week. sy takpernah czer so mcm takut juga, lagi2 umur dah ningkat ni, takut lambat heal.

meh la kita bergebang2 kat fb tp sy tak online my chatter kat fb.

fb: Siti Hadijah Umar

or add sy kat gtalk, ni always on je.

jaja7176@gmail.com

Ummiarissa Mahdi said...

seronok awak berdua ye...dapat jumpa jugak...saya tak pastilah dapat cam ke blogger2 ni..sebab payah nak ingat hehehe.

Alhamdulillah awak takde masalah dengan kandungan..semoga semuanya berjalan lancar..

Kesuma Angsana said...

alhamdullilah semua ok... femes lah skang ni ye hehehe

Qhaifa Nur said...

betul cakap siti syani, walau ada appoitment siapa datang dulu..dia dululah yg masuk...

seronoknya ada orang kenal kita...moga kalian berdua dipermudahkan segalanya......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...