Thursday, February 14, 2013

AKIKAH SI NO 5

Mana datang No 5 pulak dah... kan ke baru peknen anak ke-3
[beranak pun belum lagi... dah nak buat akikah pulak dah]
Rilex bro....bukan akikah anak aku
TAPI akikah anak buah aku yang merangkap cucu ke-5 parents aku
Hehehehehehe

Sejak ada 5 cucu ni abah aku dok menghitung cucu je la
Anak2 aku dapat la No1 & No2
Anak Angah No3 & No4
Yang No 5 ni anak kepada Acik lak
Inilah di si No 5---> Nur Alisya 

Adik aku buat akikah untuk anak daranya ni pada hari Isnin lepas
Senang la kan buat time cuti, boleh la adik beradik, sedara mara & kengkawan datang
Majlis buat kat rumah deme je... simple & sweet [pinky+merah gitu]
Dah anak pompuan kan....


Kami bertolak dari rumah mak, dalam kul 11 pg la camtu. 3 biji kereta je. Semua balik kecuali si Ateh & suami. Rumah Acik ni tak le jauh sangat. Rumahnya di Lahat je. Kalau dari Silibin kami ikut highway Lumut je.. Ada la ambik masa dalam 15-20 minit kot. Untungnya Acik ni beli rumah koner lot. Pasang khemah pun dalam kawasan rumah je.. Tak kaco lalulintas.

Majlis sempoi je... Masa kami sampai pun orang tak ramai. Masa tu tengah dok marhaban lagi. Kendian abah aku lak bacakan doa selamat. Pastu baru le makan2. Lauk sedap seh.. Kurma kambing + jelatah + ayam goreng + nasi putih. Plus ada la desert2 sampingan..Kira orait la tu.. 

Masa orang  dok makan si Alisya bantai tido..  Cute je cara dia tido..

Setakat ni si Alisya tu idak le banyak ragamnya.. Banyak tido ade le.. Biasa le.. baby. 


Lepas makan, sedara mara  isteri Acik  ada la yang datang. Kami yang dah sudah ni lepak2 je dalam rumah.
Bior la deme menjamu selera..hehehe.. Kami dok layan TV dalam rumah.. Sebab dah kenyang, mata pun layu je.. Cuaca lak suam2 kuku.. Last2 lepas Zohor aku ajak mak aku balik sebab aku rasa cam nak baring je.. Mengantuk la pulak. Lagipun Angah pun dah nak balik Kedah petang tu.

Sampai je rumah, masing2 dok buat hal sendiri. Masing2 pakat nak tido @ tengok tv je la. Malam tu pulak Acik datang dengan bini & anaknya. Baru la puas nak main dengan Alisya..Tapi Mak Long takleh nak cium2  baby sebab selsema. Kang terjangkit lak kat baby.. Hehehe... Takpe la Alisya, nanti Mak Long kiss lagi..
Tunggu bulan depan Alisya ada geng nak main...

** Counting days for No.6 arrival. Sape nak continue No 7 lak ---> Angah @ Ateh???



3 comments:

Qhaifa Nur said...

alahai comelnya SYANI...
sukanya siap buat nama lagi untuk baby...

mr icham said...

bagi chance yang lain dulu la...aku nak ambil turn no 8 @ 9 la kot...ha ha ha...

Nafira usof said...

tomeynye..
lepas nih giliran syani lak buat majlis.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...