Tuesday, January 3, 2012

ORIENTASI DARJAH 1

Hari Sabtu lepas (30/12/2011) ada orietasi untuk bebudak darjah 1
Yaya punya orientasi sekolah la tu
Pepagi lagi dah bangun siap2 nak pegi sekolah
Patutnya start pukul 9 tapi 8.30 kami dah sampai kat sekolah
Masa kami sampai tu dah ramai dah pun mak bapak ada kat sana

Posing dulu depan gate sekolah..hehehehe
 -Dah nak sekolah dah anak aku ni-


Sampai kat tempat pendaftaran, cikgu suruh cek nama kat senarai nama yang dah tampal kat notice board
Kat list tu akan  diberitahu la kelas mana nak pegi untuk exam
List ada untuk 7 kelas... dah le tak ikut abjad pulak tu, makanya jenuh nak cari nama si Yaya [walaupun nama Yaya start dengan huruf 'A']
Cek satu2 akhirnya jumpa kat senarai kelas No 4.

Dah tahu kelas mana, so terus tuju kelas 4
Bagi nama Yaya kat cikgu kelas [untuk tanda attendance] pastu Yaya ambil tempat untuk exam
Masa Yaya sampai dah separuh kelas penuh.. 
Aku suruh Yaya duduk depan so senang cikgu nampak
Masa exam adalah 1 jam
So sementara Yaya exam, parents pi la dengar taklimat kat dewan
Masa ni Guru Besar tengah bagi taklimat & cikgu India tu tengah edarkan borang Susu.
Taklimat tu pun ada gak le dalam 1 jam. Tapi yang tak bestnya PA Systemnya teruk betul.. Suara yang keluar kat speaker tu tak berapa jelas.. Cam pecah2.  
Lepas habis taklimat, parents gi pulak kat bilik apa tah untuk ambil buku SPBT [Skim Pinjaman Buku Teks]
Pakat beratur la mak bapak nak ambil buku pinjaman... Cikgu pesan suruh balut tapi nasib baik semua buku yang kami dapat semua masih elok balutannya.. Jimat duit aku nak beli pelestik balut buku. Lagipun buku teks tu baru 1st hand. Kiranya Yaya ni peminjam kedua la...

Setengah hari berada di sekolah Yaya. Jenuh jugak nak apply balik benda2 masa kita sekolah dulua. Maklum le dah lama benar tinggalkan alam persekolahan. Mulai sekarang, kami akan stuck dengan hal ehwal persekolahan for another 12 years... [kalau takde pertambahan ahli keluarga]..



8 comments:

Me said...

wah... exam di hari orientasi... anak eden semalam orientasinya... exam lagi 2 minggu....

lieyalatif said...

mcm2 perasaan kan bile anak masuk darjah satu nie...oo sekolah sane ade lagi test tuk tentukan kelas mane kan.....mcm lieya ni kat putrajaya takde dah......pelik gak tak seragam kan...

Qhaifa Nur said...

lega dah selesai semuanya....

tahun depan hantar amzar masuk thn 1, begitu juga caranya...

|| NaFiRaa || said...

ade exam eh utk budak darjah 1??

My anis pon start tadika esok.. mamanye plak yg teruja..siap amik cuti lg..

SYANI said...

Kerul,
Lambatnya anak ko exam. Agaknya nak bagi serasi kelas dulu kot..

SYANI said...

Leyalatif,
Ye ke Putrajaya tak de exam?? Kat sini maybe sebab senang untuk cikgu tentukan kelemahan murid kot..

SYANI said...

Qhaifa,
Kak, rasanya kalau budak masuk darjah 1 sama je semua prosedurnya tu..

SYANI said...

Nafiraa,
Adib pun start tadika esok gak.. Cuti 2 hari nak uruskan persekolahan anak2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...