Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 11, 2012

YAYA DAPAT KELAS 'A"

Finally, lepas seminggu bersekolah, akhirnya dah dapat dah kelas sebenar Yaya. Sebelum ni dia masuk kelas ikut kedudukan masa ujian diagnostik masa orientasi hari tu.

Semalam Yaya balik rumah, dia bacakan surat yang cikgu bagi kat dia
Dia kata dia dapat Kelas Aktif a.k.a Kelas "A"
Kat sekolah Yaya tu kelas adalah ikut abjad A-G 
[ada 7 kelas kalau tak silap aku]

A- Aktif
B- Bestari
C- Cemerlang
D- Dedikasi
E- Efisyen
F- aku tak tahu 
G- Gemilang


Syahir [anak abang ipar aku merangkap cucu kesayangan Cik Besah] pulak dapat kelas Dedikasi. So Cik Besah cam agak tak puas hati la sebab Yaya boleh dapat kelas pertama sedangkan cucu emas dia kelas keempat. Apa2 je lah Cik Besah oi... Pasni kalau Syahir dapat nombor 1 kat kelas dia sure Cik Besah vangga habis. Nak2 pulak kalau Yaya dapat nombor corot dalam kelas... lagi la dia canang [walaupun agaknya kedudukan dalam 'darjah' Yaya lagi tinggi dari Syahir]

Duduk kelas pandai ni banyak persaingan la pulak. Kena make sure Yaya maintain & tak turun kelas tahun depan... Aku tak target pun Yaya akan dapat kelas A ni. Aku andaikan sure dia dapat kelas B @ C. Tak sangka la anak aku 'terpandai' pulak. Bukannya apa, pada aku kelas A ni agak stress sebab cikgu suka bagi banyak homework. 

Dulu aku dah merasa dah duk kelas pertama. Memang stress dengan environment yang semua cam skema. Asyik baca buku je. Kalau lalu kelas ni senyap je.. Aku ni kan suka sembang la, tidur la, nyanyi la dalam kelas. So bila dikelilingi orang cam tu, otomatik jadi segan sendiri sebab aku bukan type macam orang lain. Akhirnya memang aku dapat nombor corot & kena turun kelas tahun depannya. Tapi that was not the worst thing but the best thing ever sebab finally, aku dapat jugak sekelas dengan bebudak yang almost perangai macam aku. Tak stress sangat & i still boleh enjoy my student life. Kelas aku tu ada masa diam, ada masa riuh. Rindunya saat2 tu. Tapi ni masa sekolah menengah le. Masa sekolah rendah aku tak berapa nak ingat pun sebab my primary school tak best. 

Saja je nak kabo, aku budak SRK CONVENT IPOH..heheheh


8 comments:

|| NaFiRaa || said...

tahniah yaya.. lepas nih kena belajar rajin2 k~ biar dapat no 1..

*x suka kalo orang banding2 camtuh.. rasa nak luku2 jek kepala..

SYANI said...

Nafira...
Nak luku kepala Cik besah?? Choi!!! Berdolat aku nanti..hehehehe

jijasakura said...

good luck yaya..pandainya dia...:)

yana halim said...

pandainya yaya...tahniah ye ... :)

Qhaifa Nur said...

tahniah buat yaya...
berusaha lagi dan lagi tau...

Queen said...

kelas 1st dapat banyak perhatian dari cikgu

Me said...

hahahahha... kelas S = SENYAP... so harus lah senyap kelas tue muehehehehe... R, P, T, enjoyyyyyyyyy muahahahhaha eden suko

~aYu~ said...

pandai Yaya ni.. harap anak saya pun camtu gak