Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 26, 2012

ROMBONGAN PAK LATIF BALIK MELAKA (PART 1)

Sejak  family gathering kat Teluk Batik tempohari, parents aku dah ajak balik kampung kat Melaka. Kalau nak tahu abah aku orang Melaka. Tapi jarang balik ke Melaka pun.Tetiba lak masa kat TB hari tu ajak kitaorang ke sana. Ok la jugak tu sebab  last aku balik ke Melaka dengan family aku pun masa aku form 5 dulu [dah almost 18 tahun tu...]. Tapi last aku pi Melaka masa tahun 2008 tapi masa tu dengan Cik Besah and the gang la... [Pi cari kat entry tahun 2008..hehehehe] Rancang punya rancang  akhirnya kitaorang decide ke sana sempena cuti tahun baru cina bebaru ni. Masa tu je la pun yang sesuai untuk pegi memandangkan budak-budak pun cuti sekolah.

Kononnya nak pegi hari Sabtu tapi disebabkan abah ada program apa tah sampai Ahad, so pospon la sampai hari Isnin. Takkan la nak pegi sehari semalam je kan, so nak tak nak kena la apply cuti hari Rabu tu. Hasben aku memang kompeni bagi cuti seminggu so dia tak yah la susah payah apply cuti bagai... 

Hari Jumaat lepas kerja terus gerak gi Wangsa Maju ambil adik aku  yang bongsu. Jalan kat MRR2 punya la jem gila. Dari Wangsa Maju ke Sri Gombak pun jalan cam semut & kitaorang sangkut dalam jem selama hampir 2 jam. Kalau biasa tu dalam 10-15 minit jer. Dari 6.30 petang  sampai rumah pukul 9.30mlm.. Tak tahu la apa punca jem tu.. Hari Ahad pulak adik aku sorang lagi datang ke rumah aku untuk join gathering. Itu pun boifren dia yang tolong hantarkan. 

Pepagi Isnin, kami pun bertolak menuju ke Melaka. Mak abah aku dari Ipoh dengan Acik & wife dia. Tapi Angah pulak tak ikut... tak tahu sebab apa. Tapi kami bertolak asing2 & janji nak tunggu kat R&R Dengkil. Tapi masa Acik call cakap dia dah sampai kat sana, family aku baru je sampai kat Jalan Kuching [nak exit Jalan Duta]. So terpaksa la depa tunggu dekat sejam sementara kami sampai.

Sepanjang perjalanan, adik2 aku je yang melayan anak2 aku. Senang je nak bagi deme duk diam. Bagi je la deme main game dalam henfon @ kasi deme tengok video youtube. Mangsanya sapa lagi kalau bukan henpon Ateh.. hahahahah... [Tu la sape suruh pakai henfon canggih sangat]
Setelah drive hampir 2 jam, akhirnya tiba di exit Ayer Keroh. Highway tak berapa nak jem la cuma ada beberapa kawasan je jem untuk exit tol. Especially kat exit Port Dickson... punya la banyak kereta. Ramai sungguh orang nak gi PD gamaknya. 




Kami Exit di tol Ayer Keroh. Masa exit kat sini nampak cam tak banyak kereta, sekali masa nak bayar tol berderet2 la pulak


Caj tol dari Jalan Duta ke Ayer Keroh= RM22.50


Sekali lagi lepas bayar tol dah start menempuh jem depan Zoo Melaka.  Kitaorang sampai tu baru pukul 11.00pg time tu. Abah aku cakap nak cek-in homestay dalam pukul 2 petang. So masih banyak masa sebelum boleh cek-in. Makanya dicadangkan untuk berjimba2 ke Taman Mini Malaysia.  Dah excited masuk simpang & parking kereta sekali rupanya Taman Mini Malaysia tu under renovation & closed sampai May 2012... Frust giler wei.. Rasanya last aku pegi TMM ni masa aku sekolah menengah. Dah lebih 15 tahun kot tak pi sana. 
 Ramai jugak orang yang pegi TMM ni tapi semuanya patah balik sebab TMM tutup.


Sementara berfikir nak ke mana destinasi seterusnya, kita menjoyah dulu sesama adik beradik

Sempat lagi korek idung budak ni...


Lepas tu diskass la nak pegi mana seterusnya, katanya nak ke Zoo Melaka pulak. Sekali tengok kereta yang nak masuk ke Zoo pun berderet2 mengalahkan nak bayar tol, so kami decide teruskan perjalanan ke MITC pulak la... Tapi MITC pun bukannya ada apa pun.. Kalau ada ekspo apa2 pun best jugak tapi MITC pun lengang je. Last2 singgah MYDIN je la jawapannya... [Macam le kat tempat lain takde MYDIN... kat Rawang pun ada...]

Takde tujuan pun pegi MYDIN tu, cuma nak menghabiskan masa menunggu waktu untuk cek-in jer.. Tawaf je la dalam Mydin tu selagi larat..hahahaha 

 Pasangan 2-3-4 sejoli yang suka berjoli.. kui..kui..


 Tah apa la yang depa tengok tu sampai terdongak2 kepala dibuatnya..



Yaya pulak asyik berkepit dengan "Mak Cik" dia je... Orang lain dia tak heran dah...


Bila dah agak2 bosan, aku ajak je abah gi ke homestay. Tapi hari hujan lebat la pulak. Terpaksa tunggu lagi kat Mydin tu. Sementara tunggu tu kami lepak la kat food court.. Minum2 air untuk menghilangkan haus tekak. Nasib la aku ada beli sedozen donat Big Apple so kami bantai makan donut je la....

Bila hujan dah reda, masing2 lari ke parking nak masuk kereta. Masa tu jam pun dah pukul 2 petang. Kata mak homestay tu dalam 15km je dari Ayer Keroh.. Homestay tu pun abah aku yang carikan so dia je kot yang tahu mana tempat tu.. Citer homestay ni nanti aku sambung next entry yer.. Dah lenguh tangan buat karangan ni..





3 comments:

Sidratul Muntaha said...

entah biel dpt gi melaka ni..
takdenya smpai 4 jam klu gi dari batu caves ni
adei!!

mr icham said...

i like!!

Unknown said...

hai syani...
syok nyer ronda..