Friday, January 6, 2012

ALEEYA @ SCHOOL

Sebelum ni dah buat entry pasal si Adib
Tak aci la kalau tak citer pasal kakaknya pulak

Aleeya punya sekolah sesi petang [Darjah 1, 2 & 3]
Aku belum daftar Aleeya ke sekolah agama
Ingatkan nak hantar sekolah ala KAFA yang dekat dengan rumah
Sekali pegi rupanya sekolah tu dah tutup
So kena la cari sekolah agama lain

Lepas hantar Adib ke tadika [lepas dia masuk kelas]
Aku ngan hasben pegi ke Sekolah Rendah Agama yang berhampiran dengan masjid tu 
[yang pakai uniform kain kaler hijau tua tu le]
Konon nak tanya pasal pendaftaran la [masa tu sesi pembelajaran pun dah mula]
Tanya punya tanya, rupanya tempat dah penuh tapi masih boleh selit la sorang dua
Tapi syaratnya kena setelkan borang2 semua hari tu jugak
Yang lecehnya nak kena dapatkan cop pejabat agama kat Kuala Kubu lak
Rupanya kalau nak daftar kat SRA  tu kena daftar awal cam daftar sekolah kebangsaan
Mana la aku tahu kan sebab ini first time nak hantar anak...

Dek sebab malas nak berulang ke KKB, kami decide daftar je SRA yang private.
Lepas ke SRA tu kami pegi ke SRA yang private tu
Tak le jauh dari rumah aku pun...
Yuran pendaftaran je dah RM210 & bulanan RM50
Masa aku pegi daftar tu rupanya class start keesokan harinyanya
Ok la kan, sempat la aku nak pi beli uniform kain hijau tu
[kat sekolah agama ni pun rupanya kena pakai kain hijau cam SRA sebab sekolah ni still under JAIS]


Disebabkan Yaya dah daftar sini, biras aku pun decide nak hantar anak dia si Syahir pun kat sini jugak. Senang la pegi sekolah sama dengan Yaya.

Habis citer sekolah agama, tengah hari hantar Yaya ke sekolah kebangsaan pulak
Waktu sekolah start kul 1.20 tgh sampai kul 6.40ptg
 Posing dulu dengan unifom baru...


Adib & Syahir [pun masuk darjah 1 gak]

Masa hantar tu ramai la mak bapak yang menunggu anak masuk kelas
Memula masuk gi cek nama dulu masuk kelas mana
Rupanya belum diberi kelas lagi [yang base on exam masa orientasi tu]
Kena masuk kelas yang masa exam dulu tu
[next week baru tahu kelas sebenar]

Yaya masuk bilik 4 dulu buat sementara ni
Syahir pulak kat bilik 7

Lepas cek nama, terus bawa Yaya gi Bilik 4
Masa ni cikgu kelas tu pun dah ada & ramai gak murid dah ada dalam tu
Bila aku cakap kat cikgu nama Yaya, cikgu pun tanda la attendance & suruh Yaya duduk

Masa orientasi hari tu, Yaya duduk meja depan sekali. La ni dapat 2nd row pulak..

Yaya cikgu suruh duduk tepi tingkap
[Siap pesan kat Yaya, jangan duduk belakang sangat nanti tak dengar cikgu cakap]

Lepas semua murid masuk kelas, parents beratur la nak bayar duit PIBG kat cikgu kelas
Lepas habis bayar duit tu, cikgu suruh mak bapak balik dulu
Waktu rehat baru boleh datang tengok anak
So aku pun blah la dulu balik rumah.. 
Nak makan nasi la pulak.. kebuluran aku 1 hari tak makan sebab mengisahkan anak2

Yaya cakap dia tak nak bawak bekal sebab dia dah kenyang makan nasi sebelum gi sekolah
Cuma dia mintak bekalkan air masak je
Duit belanja aku bagi jugak tapi aku cakap kalau boleh tak payah le pegi beli kat kantin
Lagipun si Yaya ni belum reti lagi belanja2 dengan duit yang ada
Aku cakap better simpan je la duit tu.. balik rumah masukkan dalam tabung.

Waktu rehat, aku pi jenguk dia kat sekolah
Risau jugak kalau2 dia tak de kawan & duduk sorang2
Rupa2nya masa aku sampai, si Yaya ni tah ke mana2
Jenuh la cari sana sini.. rupanya dia tengah main lari2 dengan kawan dia
Bila aku panggil baru dia datang
Abah dia pesan jangan main lari2 kat tengah panas
[Kan hari tu cuaca tersangat la terik]
Pesan kat dia main tempat redup jer

Khusyuk dengar "taklimat' dari abah dia 
Muka merah padam sebab baru lepas berlari kat tengah padang

Tak lama pastu si Adib pulak merengek dahaga nak minum air
Hasben aku ajak Adib gi kantin pi beli air
Air "SOLIVITE" lak tu yang dia nak
Singgit satu lak tu... 
[Aleeya pun tak pernah beli pebenda lagi kat kantin, Adib pulak yang dah beli air kat situ]
-Budak ni kan, kalau kat sekolah orang tunjuk ek la, kat sekolah sendiri menangis tak hengat-

Lepas Aleeya masuk kelas, kami balik rumah dulu
Kul 6.30ptg keluar balik pi ambil Yaya balik sekolah

Esoknya pulak, Yaya dah start sekolah agama
Pagi tu tak dapat ikut hantar Adib sebab nak hantar Aleeya ke sekolah agama
Yaya masuk pukul 8pg, habis pukul 11.30pg [macam waktu tadika lak]
Cumanya yang beza sekolah agama ni dengan SRA tu ialah kat sekolah ni tak payah pakai kasut sekolah
Yaya & Syahir tengah tunggu waktu untuk perbarisan

Sekolah agama ni tak ramai pun... ada la tak sampai 20 orang 
Yang buat ramai sebab ada tadika sekali
[Yang parents ramai tu hantar anak ke tadika la]

Lepas deme masuk kelas, aku pun balik rumah
[rumah tak kemas lagi]
Yaya ni sebab dah biasa sekolah tadika so peel nangis2 dah takde la
Takde la nak pegi jenguk dia setiap ketika
Dia dah pandai bawak diri
Cuma sedar2 dia dah balik rumah dah, atuk dia yang ambil
[aku masa tu pegi ambil Adib kat tadika]



Peh panjang gile entry sekolah Yaya
[rangkuman 2 hari punya..hehehehe]

** Berapa ringgit korang bagi anak korang buat belanja sekolah hari2? Aku bagi singgit je. Wajar tak???

5 comments:

|| NaFiRaa || said...

macam2 ragam anak2 masuk sekolah kan~ mak ayah pon teruja jugak nak hantar anak masuk sekolah..

rasp said...

rata2 anak zaman skarang dah lebih berdikari & yakin kan...
so 'drama2' tu dah kurang sgt dah nak tgk...

Azhariah Zuber said...

sy rasa rm1 tak mencukupi. sbb makanan kat kantin pun dah mahal. kalau rm2 ok la

Dalila Hamid said...

anak buah dela msuk sekolah duit poket rm2

Me said...

nuget 3 ketoi = singgit
mee/meehon goreng sepinggan kecik = singgit
air tak pasti.. mungkin 50 sen segelas...
so 2 ringgit ok kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...