Sudah masuk hari kedua kami di Melaka... Banyak benar gambar nak dipublish sampai lenguh tangan2 mengedit apa yang patut.. Saje je nak tepek gambar banyak2. Untuk tatapan anak cucu kekdahnya.. kuang..kuang.kuang..
Hari kedua masing2 dah plan nak pegi mana. Plannya adalah nak pegi ke Banda Hilir dan berlegar2 di sekitar A Famosa. Kami masing2 bangun pepagi sebab nak keluar awal & boleh elakkan jem. Dalam pukul 8.30 kami dah keluar dari rumah, bergerak menuju ke Banda Hilir.
Pusing2 sampai sesat sikit2 [nasib baik tak banyak kereta & kami U-turn ikut suka hati jer], akhirnya kami parking dekat dengan Dataran Pahlawan. Betul2 sebelah ngan McD. Masa tu ada 2-3 bijik kereta la yang ada. Oh ye, masa hari kedua ni dah berlaku pertambahan ahli rombongan sebab adik aku (Angah) baru sampai tengah malam sebelumnya. Gigih jugak datang ke Melaka sengsorang diri.. Jeles tengok kitaorang berjimba2 kat Melaka la tu..
Parking area ni dekat je dengan Menara Taming Sari tu.. Tapi kami tak naik lagi menara tu sebab belum buka lagi. Kami sampai kat sini dalam pukul 8.45pg. Menara tu buka dalam pukul 9pg. Kota A Famosa tu pun takle jauh sangat dari situ so kami jalan kaki je. Merangkap exercise sekali la untuk membakar kalori sandwich yang kami makan masa breakfast..
Akhirnya tiba juga di A Famosa...
Akiviti wajib selain memanjat anak2 tangga adalah posing..posing.. dan posing..
Angah (baju belang2) baru join rombongan..
Seterusnya... adalah mendaki anak tangga.
Model2 tangga
Weih.. aku dah semput ni..
Tinggi lagi nak kena daki ni... Nak tercabut vontot aku dibuatnya..
Budak 2 orang ni yang kenal erti penat...
Akhirnya... tiba juga di puncak bukit.. Siap buat free style lagi..
Pak Latif pun nak posing gak...hehehehe
Aksi yang tak terjangka aku akan buat tapi teringin nak buat.. cewah
Memula cam kontrol ayu weh.. malu la kan nak loncat2... bergegar lemak2 aku
Tapi pastu 1, 2,3
Mak aku cakap anak gajah tengah melompat...
Boleh bergegar kubu A Famosa tu..hehehehehe
View kat atas ni memang marveles tau. Angin pagi pun bertiup dengan bestnya.. Rasa nak je lepak lama2 atas tu. Tapi masih banyak tempat nak dituju, so kami pun bergerak turun untuk ke destinasi seterusnya.
Kat bawah A Famosa tu ada la kereta polis ni. Tak tahu nak panggil kereta apa tah. Sebelah A Famosa tu pulak ada Istana Melaka yang dah dijadikan muzium. Nak masuk kena bayar la pulak so lupakan je la hasrat nak tengok barang2 zaman Hang Tuah. Posing je la kat luar2 tu..
Kat area situ jugak ada beca2 yang tengah standby untuk ambil customer. Memula cam teringin nak naik juga tapi bila sebut harga terus tak jadi. Satu beca RM20 lak tu.. Kami pulak ada 11 orang kiranya kurang2 kena naik 5 beca. Baik la duit tu kita buat belanja makan lagi baik..
Ni abah aku yang terlebih ramah tengah inteviu la si tukang beca tu..heheheh
Sementara abah aku tengah inteviu, baik le aku ngan Adib posing depan beca..
Lepas tu teruskan perjalanan ke area The Stadhuys. Ala... bangunan yang merah2 tu le..Jarak dengan A Famosa tu takle jauh mana.Kalau ikutkan belakang bukit A Famosa tu jer
Sepanjang perjalanan ke Stadhuys tu, memang akan lalu pelbagai muzium la
Muzium Islam la, Muzium Setem la, Muzium layang2 la dll
Tapi semuanya nak kena bayo so malas la nak masuk situ
Lagipun aku bukannya minat sangat dengan benda2 sejarah ni.[Tapi sejarah masa SPM aku dapat A tau!!] Sebelum ni dah pernah masuk dah pun tu yang tak berapa eksaited nak masuk
Ini la dia The Stadhuys.. Landmark negeri Melaka..
Tak sah kalau tak pegi sini kalau ke Melaka ..
Adib masa ni tak berapa sihat. Asyik muntah je. Tu yang dia nak berdukung tu..
Posing dulu... Adib masa ni tengah muntah kat tepi longkang..
Nampak tak tu baju hubby aku kat tepi tu?? Dia la yang layan Adib muntah
3 sisters and a fountain
My parents..
Kat sekitar tu kan banyak orang dok menjual macam2 souvenir. Kami pun tak lepas peluang nak shopping souvenir untuk diri sendiri & member2. Rata2 kat sini sama je harga antara satu gerai dengan gerai lain. Cuma kena pandai tawar la kot. Aku cuma beli fridge magnet je kat sini.
Samurai sesat...
Lepas ni kami nak pi naik Menara Taming Sari lak..
1 comment:
bestnye!!! last pergi A Famosa masa form 5.. tu pon gi rombongan masa sekolah..
Post a Comment