Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 27, 2012

ROMBONGAN PAK LATIF BALIK MELAKA (PART 2) : HOMESTAY

Lepas menghabiskan masa kat MYDIN, kami pun menuju ke homestay yang telah di'booking' oleh abah. Aku pun tak tahu kat mana lokasinya masa tu. Tapi abah aku kata kat area Semabok [dia nak yang dekat dengan kampung dia la tu]

Perjalanan katanya hanya 15KM dari Ayer Keroh. Tapi bila main dengan trafik light & jem di tengah bandar, memang memakan masa yang lama la kan nakkan boleh sampai tu. Nak2 pulak hujan turun agak lebat jugak sepanjang perjalanan.

Direction banyak ditunjuk oleh abah kot [sebab dia naik dengan Acik--kereta Persona Gold depan kitaorng tu ler]. Kami folo je kat belakang. Kalau dia kona, kami pun kona. kalau dia U-turn kami pun buat U-turn gak le.. hehehehe... Untuk ke homestay tu kami kena lalu Banda Hilir. Sesak la jugak dengan orang ramai. Kereta pun banyak. Raya Cina la katakan. Tapi kami melalui banyak tempat le.. Lalu kat Jonker Walk, kat sungai & jambatan, kat UiTM Melaka dll. Yang menyampahnya Melaka ni, banyak beno jalan sehala. Kalau dah terlepas simpang, maknanya kena tawaf satu kawasan.



Kami lalu kat sini jugak... Madonna pun ada building kat Melaka tau...


Lepas redah lautan kereta, akhirnya sampai di Tengkera. Pastu berenti kejap maybe sebab abah call tuan homestay untuk tanya direction. Walaupun dia dah pernah pegi, tapi orang tua la katakan, daya ingatan tu dah tumpul la sikit2.. ye dak?? [Homestay rupanya kat Tengkera, bukannya Semabok.. ceh!!]

Jalan ke homestay tu senang je kalau dah sampai kat Masjid Tengkera tu. 

Masuk kat Taman Siantan Seksyen 2 pastu akan lalu Rumah Pangsa Aunler & kawasan perumahan cina. Kat belakang kawasan tu la ada perumahan baru yang jadi homestay kami.
 Ini la homestay kami selama 3 hari 2 malam. Rumahnya memang besar & kami sangat puas hati. Porch boleh masuk 2 bijik kereta.
 Ni ruang tamu yang terang benderang. Kaler kuning tau.. Sakit mata dibuatnya. Yang terbaring tu hasben aku la tu.. Letih drive kekdahnya..


 Ni pulak ruang makan + dapur. Memang luas


 Mesin basuh pun ada.. tapi sayangnya aku lupa bawak sabun basuh baju. So tak berpakai la mesin tu selama ada di sana.

 2 bilik tidur di area ruang makan. Bilik aku yang pintu kiri tu. Ada 1 katil queen. Yang bilik sebelah tu pulak ada 2 katil bujang. Bilik memang besar.. Siap boleh bentang toto lagi dalam tu.. Semua bilik ada kipas & aircond tau..


 Ni dapur untuk memasak. 


 Ni ruang luar pulak. Ada ampaian lagi. Senang la kalau jemur baju. ruang luar ni pun luas sangat.Kalau rumah mak aku ada kawasan cenggini, habis penuh dengan pokok bunga la jawabnya...


 Kat belakang dinding ni pun kawasan luas lagi.. Kat bahagian tingkap tu pun masih ada kawasan yang besar. Selalunya orang buat untuk dapur basah.


 Peti ais pun ada


Bilik air yang sebelah ruang makan.Siap dengan water heater lagi.  
Satu lagi toilet ada dalam master bedroom.


Yang hujung tu la master bedroom. Betul2 sebelah ruang tamu.Luas jugak biliknya.


Itu je la gambo homestay yang sempat aku snap. Gambar dalam bilik tak sempat nak tangkap gambar dah penuh dengan barang2 kamiorang. Malas la nak tangkap gambar bilik sepah2 kan.. hehehehe

Lepas berehat & makan nasi kami keluar semula untuk jalan2 kat Melaka. Keluar rumah pun dah dekat pukul 7 [tak dan nak tengok Gemersik Kalbu]. Mana kitaorang pergi malam tu, nanti aku citer pasni..

2 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

berapa 1 mlm nie?

SYANI said...

Dapat harga member2 RM100/malam.