Friday, January 6, 2012

ADIB @ PASTI - 3 HARI PERTAMA

3 hari terperam je blog ni tanpa new entry
Al-maklum la sibuk menguruskan diri  anak2 aku ke sekolah
Dua2 anak aku start sekolah tahun ni, Yaya darjah 1 & Adib lak tadika

Tengok kat blog mak2 yang lain semua duk apdet citer anak sekolah
Aku pun nak join sama la... mana leh kalah!! [Sama la dengan MR kan??]

Hari pertama sekolah [4/1/2012] tu Aleeya belum start sekolah agama pagi
So pagi tu hanya menguruskan Adib ke tadika
Aleeya macam biasa, aku pos ke rumah Cik Besah
Masa nak pegi Adib ok je... takde nangis & buat drama swasta macam budak lain
[bajet anak aku ni steady la cam kakak dia dulu]
Aku kejut je bangun pagi, terus bangun
Siap gosok gigi & sabun wangi2
Posing dengan uniform sekolah & botol air Angry bird..

Cik Besah pepagi dah datang menyiasat rumah aku
Nak tengok Adib pegi sekolah katanya

Dah dekat pukul 8 pagi baru aku & hasben hantar Adib ke PASTI. Naik motor je senang nak mencelah2.
Sampai sekolah kena daftar nama dulu & ambil name tag sementara
Masa ni ramai gak le bebudak yang menangis
Ada gak yang menangis sampai termuntah2
Tapi masa ni si Adib tak le menangis pun..

Sementara menunggu cikgu panggil untuk perhimpunan, Adib main le dulu dengan anak jiran aku. Haikal namanya
Haikal ni masa kat sekolah elok je diamnya. Masa kat rumah boleh tahan buas jugak budaknya. Aku tak berapa kasi si Adib main dengan Haikal ni masa kat rumah sebab budak tu lain macam sikit cara mainnya. Kasar & suka bergaduh.

Bila dah cikgu panggil untuk beratur, cikgu dah suruh parents keluar dari kawasan sekolah. Kalau nak tengok pun dari luar pagar je 
Tu si Adib kat belakang sekali. Masa ni tengah berbaris.

Masih di barisan paling belakang... Masa ni tengah warm up. Cikgu suruh angkat tangan & gerakkan jari jemari.

Lepas perhimpunan, semua masuk kelas masing2. Bila dah masuk kelas & cikgu dah tutup pintu, mak pak masing2 pakat  balik rumah le. Aku pun cau cin cau le dari situ.

Time rehat, aku pi balik ke sekolah. Tahu tak apa dah jadi?? Adib tengah menangis kat pintu pagar sekolah. Cikgu tengah pujuk dia lak tu. Bila aku sampai aku tanya la kenapa dia nangis. Aku ingatkan ada budak pukul dia ke apa. Tau tak apa dia kata?

" Adib nak balik....adik nak minum susu.. adib nak tidur... lamanya sekolah ni"

Jenuh la pulak aku nak pujuk cakap takleh balik lagi. Kena tunggu pukul 11.30 baru boleh balik. Pastu aku buat janji pelesu la cakap aku tunggu kat luar sampai dia balik. Apa gila nak tunggu tengah panas tu kan?? So lepas je dia masuk kelas, pecut terus balik rumah. Dah dekat waktu balik baru pi cecepat ambil dia kat sekolah...

Hari kedua lak suruh dia naik kereta ustazah ke sekolah. Janji la dengan dia yang kitaorang akan folo kat belakang dengan moto. So dia naik la kereta ustazah. Sampai kat sekolah dia buat perangai tak nak masuk pulak. Dan dan cakap sakit perut la, apa la...[sambil nangis2]. Pastu abah dia janji kata nak tunggu dia.. Cam biasa, janji pelesu lagi..

Hari ketiga [hari ni la], kami laki bini dah start keje. Hantar Adib macam biasa kat rumah babysitter. Siap pesan kat babysitter suruh Adib gi sekolah naik kereta ustazah. Dalam pukul 7pg tadi babysitter call cakap Adib nangis2 tak nak naik kereta ustazah sebab dia nak abah dia hantar. Jenuh gak le nak pujuk2 dia dalam telefon. Dekat pukul 8 aku call babysitter tanya dia cemana. Katanya si Adib menangis2 tak mau naik kereta ustazah, last2 babysitter gi hantar ke sekolah. Kat sekolah pun nangis2 lagi sebab nak tunggu abah dia datang. Cemana la nak datang Adib oi.. abah ko bukannya keje sebelah tadika tu...

** Cemana la pulak minggu depan yer???


4 comments:

munna said...

alahai kelakarlah Adib ni... seronok tgk gelagat anak2 baru sekolah ni... tak sabar nak tgk anak munna pula sekolah tahun depan

lieyalatif said...

kikikiki tegelak2 lieya bace adib kate skolah lame heheeheh....adoi...bijak2....biase camtu la...mule2 amik masa nak sesuaikan diri...lame2 sure okey dah tu....

tu le, lieya pun busy uruskan anak darjah satu.....harap rutin ni akan jadi senang ....

gedek! said...

pasti = peace!

|| NaFiRaa || said...

hehehehe.. nasib lah my anis x de masalah.. sampai2 sekolah jek..dia yang x menyempat2 nak masuk kelas..sampai lupa nak salam ngan mama dia nih hah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...