Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 9, 2012

GARA-GARA SANTAU MERASUK

Sape tengok citer ni kat TV3?
Agak seram jugak le citer ni kan.. ada terkejut2 gak le sikit2.

Bukan nak citer pasal citer ni sebenarnya
Tapi dek kerana citer ni telah mempengaruhi Yaya tau
Terpengaruh tak mana? 
Tang pelakon utama tu lah!!!

Al-kisahnya Yaya ni memang dah lama tak potong rambut
Asal aku ajak dia gunting rambut, dia kata dia nak simpan rambut panjang
So aku takde la paksa dia gi gunting rambut
Tapi 2-3 hari  ni dia cakap dia nak rambut pendek macam NINA
Nina?? Sape Nina tu tah... 
Rupanya watak Nina dalam citer Santau Merasuk
Pelakonnya si Yana Samsudin tu [Bini2ku Gangster tu...]

Semalam bawak Yaya gi kedai gunting
Akak tu tanya nak style cemana
Kang aku cakap nak rambut Nina Santau Merasuk kang akak tu tak tahu lak kan
So aku cakap nak rambut cam Victoria Beckham..hehehehe
Tau ke rambut pesen cemana??
Pesen ni la yang Yaya nak sangat


Tapi kat kedai dia masa tu takde lak gambo VB ni
So dia cari gambo dalam majalah, dia tunjuk lebih kurang cam tu la
Katanya pesen ni namanya pesen BOB
[mana la aku tau istilah2 fesyen rambut ni kan.. yang aku tau perm, rebonding, layered, boycut.. tu jer]

So, rambut Yaya telah mengalami transformasi sebegitu
Nasib la si Yaya gi sekolah pakai tudung.. kalau tak sure dah kena tegur dengan cekgu
Rambut Yaya ni agak senang la nak potong pesen apa pun sebab rambut dia lurus
Cuma kat bahagian belakang tu rambut dia cam ada kerekot sikit..heheheh
Tapi semalam kakak tu tak potong bahagian depan tu panjang sangat sebab bahagian depan  si Yaya di agak pendek. So nya, jadi la rambut dia ala2 Rihanna sikit.


Gambo Yaya lepas potong rambut lupa lak nak tangkap
Disebabkan nak apdet blog punya pasal...buat jugak le entry tanpa gambar terkini Yaya...

2 comments:

Yana Halim said...

lawa fesyen bob tu. Mesti kiut si yaya... :)

|| NaFiRaa || said...

nanti update gambar yaya ngan rambut baru eh..:)