Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 29, 2016

LANGIT FEBRUARY

Hari ni last day bulan February
tahun lompat pulak tu
so 4 tahun lagi baru jumpa 29/2 ni

Langit yang cerah hari ni
Semoga cuaca hari ni baik2 sahaja


Hujung minggu lepas lepas brisk walk kat taman
saja nak tengok matahari naik
Subhanallah...
indah sungguh ciptaan Allah

Matahari terbit semalam..



Ni pulak semasa hari Sabtu
Cantik sungguh pancaran matahari bila dilindungi awan



Ni gambar2 yang sempat tangkap masa hari Sabtu.
Siap buat animated lagi..hahahaha





MELAWAT ADIK DI HOSPITAL SHAH ALAM

Hari Sabtu malam tu tetiba adik bongsu aku wasap dalam group family
katanya dia kena masuk hospital 
sebab doktor saspek dia denggi
katanya dah 4 hari demam tak kebah2
pastu gi hospital terus kena tahan

Adik aku ni dah le baru keje awal bulan Feb hari tu
Gaji pun tak dapat lagi
dah kena masuk wad pulak... kesiannnnnn
Lagi kesian sebab jauh dari family
siapa la yang mengisahkan dia kat spital tu
Mak abah jauh, adik2 beradik pun jauh2
Cuma adik aku ada sorang kat Klang, boleh la dia tengok2 kan kejap

Mak aku pun bila tau adik aku masuk wad
sure la tak senang  hati kan
Tup2 hari ahad katanya dia nak gi tenguk adik kat hospital
Adik kata dia admit kat hospital Shah Alam
So mak  ngan abah pun gerak dari Ipoh tengahari semalam
Singgah rumah aku dulu, pastu baru pi Shah Alam

Nak ajak hasben aku, dia pulak baru balik kayuh basikal
tak larat katanya
So aku mintak izin la nak ikut mak aku
Budak2 kecik aku kata taknak bawak sebab sure budak2 bawah 12 tahun takleh masuk kan
Aku bawa Aleeya sorang je..

First time nak gi Hospital Shah Alam
tah tang celah mana la hospitalnya
siap google & tanya kengkawan aku yang duduk Shah Alam
Ok.. nasib la landmarknya aku tau.. dekat JAKEL & UiTM Shah Alam tu
Alhamdulillah selamat juga sampai
Dekat 2 jam juga perjalanan dari Batang Kali ko...huhuhuhu
Tambah2 lagi dengan trafik light..hui..jenuh

Pintu masuk Hospital Shah Alam

Hospital ni baru lagi katanya
So memang orang tak berapa ramai
Parking pun ok masih ada banyak
Tak macam hospital2 lain yang jenuh nak parking
Pastu orang tak berapa ramai nampaknya
Cam sunyi sikit la...
Cuma wad je penuh..hahahaha

Sampai2 kat lobi, udah pak guard tanya umur Aleeya
Selamba je aku cakap 12 tahun 
walopun dia sebenonya baru 11 tahun..hahahaha
[konfiden gitu.. kang gagap2 nampak pulak nipunya]
Kira halal la tu ye
Nasib la lepas..hehehehehe
[Nasib dia tak mintak IC la...huhuhuhu]

Ni la adik aku...kiri kanan tangan bercucuk
Sian nengoknya... tapi dia nampak ok la takde la lembik je
Ni pengalaman pertama dia le kena warded..

Masa kami sampai, pakwe dia ada teman
Ok la budaknya... dia la yang bawa adik aku gi spital
Nampak boleh harap, so ok la boleh la buat adik ipor..

Lepas kami sampai pakwe dia pun nak beransur la
Maybe dah lama dia kat situ
Kami duduk sana pun sampai habis waktu melawat kul 7 tu
[kami sampai hospital pun dah pukul 5 lebih]
Adik aku mula la sedih sebab takde sapa nak teman dia malam tu
Takpe la.. sabar je la
Nak buat cemana, mak abah aku pun kena balik Ipoh malam tu juga
Aku pun nak kena keje & anak2 aku pun sekolah...

Best friend adik kat wad
Kat mana2 pun kena usung..

Harap2 adik cepat sembuh & takde le sampai stage serius
Cuma doktor suruh dia minum air banyak2
Siap kena rekod berapa banyak air yang diminum
dan berapa banyak kencing.. 
[siap ada jug khas kat toilet untuk sukat jumlah kencing ---> kena kencing dalam jug tu katanya]


Korang yang baca ni tolong doakan adik aku sama ek.


Friday, February 26, 2016

KELUARGA DI MALAYSA DISARAN ADA 4 ORANG ANAK

Disebabkan kadar kelahiran yang rendah
dan juga  untuk merancakkan ekonomi negara katanya....


Kerajaan nak suruh orang beranak ramai
tapi takde benefit/ insentif pun diberi pun kepada orang beranak ramai ni
makin menambah beban rakyat ada la... 
nak menambah anak pun kena fikir banyak kali
nak2 pulak dalam keadaan ekonomi sekarang ni..

** keluarga aku dah memenuhi saranan tu, tapi takde bezanya pun dengan orang yang beranak satu, dua, tiga.. Sama ja... 


KESEORANGAN

Pagi ni keseorangan di opis
Member meja sebelah ni EL sebab anaknya demam
Cleaner pun takde hari ni
Bos belum masuk lagi
Kakak bilik depan pi pejabat tanah pulak

Tu yang kat floor  bawah ni la
Bebudak tingkat atas ada je...
Kiranya aku yang keseorangan di floor bawah ni
Sunyi seh! Kawan nak nyembang pun takde..huhuhu

Budak kena tinggal sorang2 kat opis
Apa lagi bukak la radio online kuat2..hahahaha


Sambil tu makan nasi lemak
sarapan merangkap lunch sekali
Nak lunch karang takde kawan, so makan la siap2..



Wednesday, February 24, 2016

GASTRIK

Semalam hasben mengadu sakit perut
Sampai tak boleh tidur katanya
Last2 pegi ke hospital sebab tak tahan sakit

Pergi cek-up di sana, doktor kata Gastrik
Pagi ni pun hasben pi klinik biasa
doktor kata pun gastrik
Kalau dah 2 doktor kata gitu, sapalah kita nak sangkal kan
Ha... dah kena gastrik le tu



Ni info yang aku cari kat doktor google
[walopun takde tauliah tapi satu dunia terima pakai gitu]

Punca Penyakit Gastrik:
Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. 

Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.


Tempoh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

*** Baca tu bang.... memang kena sangat dengan awak ni! No wonder boleh kena gastrik...ermmmmm

Rawatan penyakit gastrik:
  • Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit. Jangan skip sarapan, lunch & dinner. <--- lain kali bila isteri dah siapkan makanan, makan je la... tak payah tangguh2.
  • Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  • Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  • Elakkan nescafe [terutama 3-in-1], kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  • Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  • Elakkan makan terlalu kenyang
  • Elakkan cuka, makanan yang pedas
  • Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  • Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  • Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  • Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  • Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

Step lagi satu yang paling penting BERTAUBAT dengan Allah, sebab sakit yang Allah kirim tu merupakan peringatan/ujian/kifarah atas dosa2 kita. Ini tidak, bila sakit kita semakin angkuh dengan Allah. Tetap DEGIL untuk melaksanakan perintahnya terutama SOLAT.

** Sakit pun konsepnya seperti MATI... boleh datang bila2 sama ada kita sedar atau tidak, sama ada bersedia atau tidak. Tidak lewat sesaat, tidak awal sesaat. Dalam sihat2 tetiba boleh sakit. Dalam gelak2 tetiba boleh mati..haaaaa

** Sama2 fikir apa yang Allah nak disebalik sakit yang dikirim..


TENGOK PUNYA PASAL


Senang je nak dapat pahal dengan mata
tengok je benda baik2

Pasni nak letak Al-Quran kat tempat yang lebih terbuka la
Sebelum ni letak dalam kabinet
Tutup kabinet tak nampak la Al-Quran tu
Nak letak kat atas meja, takut anak2 kecik main/koyak

***Kena fikir lokasi sesuai untuk letak Al-Quran tu

TV/Internet/Media pun kena had2 kan juga
Sebab ramai yang tayang aurat sendiri untuk dilihat orang
supaya kita pun dapat dosa mata sebab tengok aurat diaorang tu.
Jom taubat! [seruan untuk diri sendiri]


Tuesday, February 23, 2016

MEJA SUKAHATI

Dah macam Doraemon lak ada meja sukahati
Nama meja ni meja sukahati sebab meja ni sukahati la kitaorang nak gunakan untuk apa
Meja ni meja makan asalnya
Tapi kami jarang makan kat meja ni
sebab selalunya makan kat meja dapur

Daripada meja ni jadi perhiasan
kita gunakan la sesuka hati kitaorang
hahahahaha



Nampak tak tang mana yang sukahati tu?
Aleeya sukahati nak buat kerja sekolah kat situ
Amira suka hati nak memanjat atas meja
Mamanya pulak sukahati nak letak kain baju yang baru angkat dari jemuran atas meja
Hahahaha...

Ya, anak2 aku memang buat keje sekolah kat meja ni
sebab meja ni besar kan
so senang la depa nak tebar & selerakkan buku sekolah atas meja

Aku pulak suka lipat kain atas meja ni
Dulu aku lipat atas lantai je
tapi sebab datang pulak cik Amira & Jasmin nak tolong kirai balik kain dah lipat tu
So kena la mama ubah strategi
Kesudahnya atas meja je la...
Tapi penat la sikit sebab kena berdiri je masa lipat kain
[kira exercise la.. sambil lipat kain.. goyang2 le kaki tu..cewah!]


Kain dah siap lipat...
Sambil tengok Aleeya buat keje sekolah
Aku pun settelkan kain baju tu
2 in 1 gitu



Disebabkan meja ni memang banyak penggunaan
So takde la meja ni dihias apa2
takde jambangan bunga, takde perhiasan, hatta alas pun takde
Rumah tengah ada anak2 yang membuas
takyah le nak berhias sangat
kang aku pulak tambah stress dengan ada yang pecah
ada yang tercabut, ada yang lingkup
Minimalis je dah memadai...hahahaha




Monday, February 22, 2016

SENYAP-SENYAP JE

Tengah hari semalam, tengah beristirehat
nampak Jasmin senyap je...
Ingatkan dia buat apa
rupanya senyap2 je dia buat keje

Menconteng dinding mama ye!
Ada gaya lak tu menconteng tu...
Siap pegang buai..hehehehe


Bila kena sergah, tersenyum2 je dia
Suka la tu sebab berjaya buat karya dia kat dinding

Bergambar dengan hasil contengan tangan sendiri
Nasib la pakai pensel
Kalau pakai marker pen, boleh pengsan mama dia tengok


Hai la mama...
Bertabah la dengan hasil seni anak2 di merata dinding rumah ni
Tangguh dulu la plan nak cat dinding rumah tu...huhuhuhu

Thursday, February 18, 2016

MAKAN BESAR BERSAMA KELUARGA

Ingat orang yang sambut raya cina je ke ada makan besar
Family aku pun ada jugak
Makan besar masa balik Ipoh hari tu

Ekceli idak le besar mana pun
Sebab tak ramai pun.. ada la dalam 9 orang je
Ekceli adik aku yang duduk Johor tu pun ada datang rumah mak pagi tu
Tapi sebelum maghrib dia dah balik rumah dia
Maybe ada program lain kot bersama family dia

Makan besar ni pun tak dirancang sebenarnya
Nak makan kat luar, tak tahu nak tuju mana
Pastu fikir punya fikir, malas nak keluar jadinya
Last2 plan nak order KFC

Adib pulak dah canang kat atuknya nak makan KFC
udah atuknya cakap boring la makan ayam
makan le pizza ke katanya...
baekkkkk... atuk dah cakap camtu, dia teringin le tu
Aku ni pun tak sampai hati la kan.. penuhi la keinginan dia tu
Diam2 aku order Domino's Pizza
Online lak tu.. [riso masa order kot2 data habis.. tapi tawakal je la]
Alhamdulillah settle oder, dia kata delivery within 30 minutes
Tak sampai 20 minit dah pin..pin.. [budak delivery dah terpacak depan pagar]
Mentang2 Domino's Pizza tu 5 minit je dari rumah mak aku...
Service yang sangat excellent!
Senang juga order online ni ye...

Pastu Adib nak KFC jugak
Hasben aku pi la KFC, beli ayam
dah pesan beli sikit je, sebab pizza dah ada
kang tak habis pulak...

Tapi menunggu punya la lama sebab ramai orang katanya
Adoi perut dah le tengah keroncong
Bau pizza panas2 tu mencucuk2 lubang hidung... tapi SABARRRRR
Dah dekat sejam tunggu, hasben aku pun sampai dengan KFC di tanya..
Jom apa lagi... kita soru laaaaaa

Terima la gambar yang tak semenggah ni
Sebenarnya masing2 dah kelaparan sebab menunggu KFC punya la lama

Ekceli ada 2-3 keping gambar aku snap tau
Gambar abah tengah bacakan doa pun ada
tapi bila bukak balik gallery, ada gambar ni je la
jadilahhhhhhh!

TERCICIR

Malam tadi masa nak ambik wudhu untuk solat Isyak
baru aku perasan subang aku sebelah dah takde
udah cuak aku... masa bila pula la subang aku tu jatuh
memang tak perasan langsung

Jenuh cari dalam bilik air, kat ruang tamu, kat dalam bilik
tapi tak jumpa...
tapi positif je la... kalau masih rezeki aku, pasti akan jumpa kan..
so aku sembahyang je la tanpa fikirkan pasal subang tu

Lepas solat, doa la supaya subang aku tu boleh jumpa
Sambil2 tu ingat2 balik ke mana aku pergi & apa aktiviti aku buat yang boleh buat subang tu tercabut
Ekceli ni bukan kali pertama subang aku tercicir
tapi everytime tercicir mesti aku perasan.. tapi kali ni memang tak perasan sungguh
Selalu sangat subang aku tercabut masa lepas mandi
sebabnya suka tersangkut kat tuala..hehehehe
Aku kan ganas...hahahaha
TAPI aku dah cari kat bilik air tapi tak jumpa pun...
musykil sungguh

Takpe la.. positif je la lagi..
Kalau dah hilang nak buat camne kan?
Sedih gak kalau hilang sebab subang tu hasben yang belikan sempena birthday aku 2 tahun lepas
Tapi kalau dah hilang... nampak gayanya kena pau hasben belikan yang baru le kan..
Hehehehehe


-gambo google je-

Malam tadi sebelum tido, pegi toilet dulu
sekali terperasan subang aku ada kat atas para cermin atas sinki
Alhamdulillah........... 
[kenapa la tadi boleh tak nampak????]

Rasanya memang subang tu jatuh dalam bilik air
Pastu Aleeya yang mandi lepas aku mandi
Dia la kot yang perasan subang aku tu pastu letak atas para tu..

Ok.. dah boleh tidur dengan lena..



Wednesday, February 17, 2016

KENAPA LA KO COMEL SANGAT SHAHIDA???

Sapa dah tengok filem Bhajrangi Bhaijaan?
Ala cerita yang Salman Khan berlakon tu??

Aku baru berkesempatan nak menonton hujung minggu lepas
Gigih aku mendownload kat internet tau
[mak kedekut nak melabur ke panggung wayang...hehehehe]
Itu pun download sebab banyak review kata best cerita ni
Bila download ni pepaham je la... ulang le cerita ni 100x pun..



Memula aku bajet cam tak best je cerita ni
konon2 Dilwale la lagi best
Sekali bila dah tengok.. memang terpaku depan tv tau
Anak2 aku pun sekali terpaku
Terpaku dengan budak comel nama Shahida/Munni tu
dan terpaku tengok keindahan pergunungan Kashmir tu

Jalan cerita ni memang touching habis
Sedih di awal, tengah & akhir cerita
Bila Shahida kena tinggal keretapi, bila Shahida nak kena jual ke rumah pelacuran & bila Shahida dah boleh bersuara panggil pakcik masa last2 tu... oooooo sangat murah air mata aku ni tau!
Ok konfem.. cerita ni 10x lagi best dari Dilwale [pada aku la]
Yang pasti dalam ni takde adegan 18sx, pompuan seksi meksi pun takde
Yang ada lelaki seksi pakai cawat sebab nak bergusti...hahaha


Ni la budak Shahida tu
Comel sangat kan???

Nama sebenar budak ni  Harshaali Malhotra
[ingatkan dia memang budak Pakistan..hehehe]


Comelnye subhanallah..... sapa mengandung baik tengok muka budak ni
Kot2 la dapat anak muka comel camni...

Kat rumah aku yang paling comel
bila Amira dok panggil2 Shahida.....oooo... Shahida...
[Terpengaruh jugak budak tu rupanya..hahahaha]





Tuesday, February 16, 2016

TIPS MEMAKAI LIP GLOSS

Selain gincu dan lip balm, lip gloss adalah satu lagi aksesori make up untuk wanita
Pada aku lip gloss ni la yang paling senang nak apply tau
Tujuan pemakaian lip gloss adalah untuk memberikan kelembapan pada permukaan bibir serta pada masa yang sama berfungsi untuk menyerlahkan lagi solekan bibir seseorang wanita itu.



Biasanya, pemakaian lip gloss adalah sentuhan solekan terakhir selepas pemakaian lipstick. Kalau ikut step selalunya orang pakai camni:

 lip balm ---> lipstick ---> lip gloss 

Baru la bibir korang nampak "glossy" gitu sebabnya lip gloss ni menjadikan permukaan bibir kelihatan lebih bersinar atau juga disebut sebagai ‘juicy lips’.



Ni aku nak kasi tips yang sempoi supaya bibir korang jadi mungil & bersinar2:

  • Pertama sekali anda harus memilih warna lip gloss yang sepadan dengan tona kulit korang. Tapi kalau terbeli lip gloss yang tidak bersesuaian dengan warna kulit, korang boleh campurkan lip gloss tersebut bersama pemakaian petroleum jelly (Vaseline) untuk mendapatkan warna yang lebih lembut. 
  • Seterusnya, jangan takut untuk memakai lip gloss dengan tebal, kerana ia membantu membuatkan bibir anda kelihatan lebih menonjol. Ni kalau korang jenis konfiden la...hahahaha.. Ekceli aku pun pakai sederhana je... wasotiyah gitu.. Kang cepat pulak habis lip gloss tu.. [jimat kekdahnya..]

  • Selain itu, anda haruslah memilih jenama lip gloss yang benar-benar dipercayai & sesuai dengan bibir kerana pemakaian lip gloss juga turut membantu melindungi permukaan bibir anda daripada sinar UV matahari. Ini penting tau.. kadang2 kalau beli yang tak serasi, habis ngelupas bibir sampai pedih2.. Eeee seksa benar rasanya kalau kena camtu.. 
  • Dan yang terakhir, pastikan warna lip gloss tu tidak terlalu berbeza dengan warna lipstick yang korang pakai. Oleh itu, penting untuk  memilih warna lip gloss dan warna lipstick yang sekata. Atau paling mudah, gunakan lip gloss yang berwarna neutral.



Senang je kan tips2 kat atas tu... Semoga berjaya mendapat bibir yang mungil... baru la boleh muah2 cam Dato' Seri Vida tu...



TENGOK LA STYLE DIA...

Pegang botol susu pun ada style ko tau

Jari kelingking tu tercoet tu nampak tak?
Ewah...ewah..

Monday, February 15, 2016

FEEDLY : MY EASIEST WAY TO FOLLOW BLOGS & READ BLOGS

Semenjak Google Reader dah takde
memang aku sentiasa cari platform yang menyenangkan aku untuk baca blog2 yang aku follow
Aku ni tak rajin nak klik satu2 blog untuk baca entry tau
Unless untuk aku komen so memang la kena terjah blog tu

Sekarang aku dah jumpa cara yang senang nak jejak entry2 bara dari blog yang aku follow
Kalau tak jadi follower blog tu pun takpe
still boleh follow latest update dari entry tu
[unless la blog tu for invited readers only]
Yang lagi best,  semua blog korang boleh follow tak kira blog tu guna blogspot, wordpress atau dah guna domain sendiri.
Caranya ----> guna FEEDLY
Senang sangat tau.



Memula buka FEEDLY kat browser
Pastu korang sign up la ---> melalui akaun google/facebook
Pastu dah boleh start follow blog2 @ website yang korang suka
Klik kat  GET CONTENT masukkan je url blog/website yang korang nak follow tu
Mana2 blog/website tu kalau korang nak follow
just klik kotak hijau yang ada +feedly tu
Tada.... so korang dah follow la kiranya
Apa2 latest entry/update dari blog2 yang korang follow akan appear kat newsfeed korang
Senangkan?




List view pun boleh pilih bentuk macam mana korang nak

Macam aku aku pilih jenis list [title only]
nampak lebih kemas... ala2 email gitu



Lagi best, korang boleh baca full entry, siap dengan gambar2 & video sekali
tanpa perlu ke blog tu
Cumanya kalau nak komen kena la pegi kat blog tu
Klik je  VISIT WEBSITE kat bawah entry tu
Automatik dia bawa korang ke blog orang tu.



Kat feedly jugak, korang boleh la kelaskan blog2 @ website yang korang follow tu ikut kategori yang korang suka. 
Kalau dah tak nak follow blog pun, korang boleh remove je dari list
Pastu mana2 entry yang korang suka, korang boleh terus share kat fb ke, twitter ke..

Oh ye, FEEDLY pun dah ada apps kat playstore
Boleh instal kat dalam smartphone korang
so kat mana2 pun boleh baca latest update blog yang korang follow tu
So apa lagi.. Jom FEEDLY!





GAGAL DAPAT MASTER

Impian aku kalau ikutkan nak dapat MASTER
PHD la kalau boleh
walaupun not in studies
at least dalam breastfeeding
tapi nampaknya, angan2 mat jenin je la aku
kecundang juga akhirnya impian yang satu ni
huhuhuhuhu...

Well, kita hanya merancang kan
tapi Allah yang menentukan
Hajat di hati memang nak tapi apakan daya ada perkara di luar jangkaan kita

Untuk mencapai "DEGREE" tu pun ada masa aku hampir gagal
tapi aku cuba juga at least cukupkan tempoh 1 tahun tu
ku teruskan lagi sehingga bulan yang seterusnya
nampaknya aku dah tak berdaya...[maybe aku pun tak try hard enough]

Rezeki Jasmin cukup sampai disitu
Tah apa ragamnya, dia sendiri dah tak nak air susu badan yang aku beri
Direct feeding pun dia taknak.. asal aku sua nenen, dia pun paling muka
Hanya sua saki baki EBM yang ada dalam chiller tu je la
[Jasmin taknak susu frozen lak tu]
Itu pun melalui botol

Ingatkan pastu nak continue as Exclusive Pumping [EP] mom je
Even buat power pumping pun tak berapa membuahkan hasil
Production susu makin lama makin merudum
Buat aku lagi stress & penat sebab asyik nak memerah je kan
So lama2 susu tu kering camtu sahaja

Walaupun aku GAGAL kali ni 
tapi syukur juga dapat exclusifly bagi susu badan pada Jasmin until dia 1 tahun 1 bulan
pastu baru bagi susu formula pada dia
Alhamdulillah, Jasmin tak memilih susu
Kalau dah sesuai, maintain je la susu tu je
So sampai sekarang setia dengan Dutch Lady sajer...

My brestfeeding journey terhenti di situ
Kalau ada baby lagi, boleh buat journey lagi
Tapi kalau dah tak de, syukur Allah izinkan anak2 dapat susu dari badan aku sendiri.


Tipu la wei kalau aku cakap aku tak rindu saat2 camni...
Memang RINDU sangat2...