Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 2, 2015

BAJET 2016 : LUAHAN AKU..

Komplen je tahu ye
macam tak reti syukur je...hahahaha

Walopun dah seminggu lebih bajet dibentangkan
Bebaru ni je aku sempat nak tengok apa intipati bajet tu
Aku ni malas nak tengok bajet sebabnya 95% tu boleh kata tak berkenaan langsung dengan aku
5% pun nasib2 la kalau ada yang kena...

Ini antara rumusan bajet 2016 [ambik dari www.mysumber.com]





Mungkin ada sesetengah orang akan kata best bajet kali ni
Tapi bagi aku, ada la yang tak puas hati
Especially yang part aku bulatkan merah tu

Dah le BRIM tak layak
Satu2nya pemberian kerajaan pada golongan marhaen macam aku ni pun udah kena catu
[read: tak layak jadinya sebab ada had pendapatan]
Aku is kecewa gak le...
Kalau ikut pendapatan ketua keluarga, layak le nak dapat BRIM & bantuan persekolahan tu
Tapi kalau ikut pendapatan isi rumah memang terus tak layak jadinya

Ada yang kata tak payah le declare pendapatan isteri
Ko gilerrrrrr.... kang cek LHDN ada pulak nama bini kat situ kan...tak pepasal je
Nak kan BRIM sejemput tu, laki aku pulak masuk jel sebab tipu maklumat..hahahaha
Lagi satu kena gak fikir bab berkat tak berkat duit yang kita dapat tu kan..
Dapat BRIM hasil menipu, berkat ke camtu, ye dak??

Yang lain2, memang langsung tak berkenaan
Had pelepasan cukai yang diberi pun tak ketara sangat untuk aku
Anak 4 orang sekarang ni pun dah buatkan kitaorang tak kena cukai sebab gaji sikit je... 
Aku & hasben bukan orang kerja kerajaan nak happy2 kan
Orang gomen dapat naik tangga gaji, aku ni jangan kata tangga gaji, lekuk gaji pun takde
Statik je dah dekat 5 tahun ni wei...hahahaha
Bonus pun usah le dikenang tara2 gawat ni kan...[SEDIH!]

Ini la luahan rakyat pertengahan macam aku.
Kiri tak dapat, kanan tak dapat
Duduk la ko diam2 kat tengah tu
pandai2 la ko ejas hidup ko...huhuhuhu
Apa2 pun bersyukur la sebab Malaysia masih aman..






No comments: