Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 30, 2015

BORING WEEKEND

Sabtu lepas kakak Aleeya ngan abang Adib
takde kat rumah
diaorang ikut Pak Long & Mak Long diaorang gi Mid Valley
Nak tengok wayang katanya...

So tinggallah  Amira ngan Jasmin je 
[plus mama + abah le kan..]
Bila takde tukang menyakat, sunyi je la rumah
Amira pun boring dok layan tv sorang2 dia je
Jasmin pun main mainan dia je.. pastu masuk buai pun lena juga.


Memula tengok tv
seminit pastu 
terus lebuh hanyut ketiduran
Boring lettew!!


Sementara tu ada la Mak Long [biras aku]
send gambar2 kat whatsapp
Sakan deme berjalan
Kul 9 malam baru sampai rumah
Lepas mandi solat semua
terus tertidur keletihan budak2 ni...









Friday, November 27, 2015

CUTE HAIRSTYLE UNTUK BABY GIRL

Sapa ada baby girl
boleh la try buat pesen2 rambut camni











Comel2 kan???

Nanti boleh la cuba kat Min ngan Mira
Cuma si Mira tu payah sikit nak ikat rambut
Baru ikat pastu dia suruh bukak pulak
Jenuh!

Thursday, November 26, 2015

MISTER BUSYUK

Semalam masa tengah sibuk nak kemas2 dapur
Amira dok lalu lalang 
kejap ke dapur, kejap ke depan
Pastu dia cakap
"Mama, busuk la mister ni"

Aku ingatkan dia dok ajuk cerita tv
Aku pun ha ah kan je la
Pastu asal dia pegi dapur je  dia mesti cakap
"Bucuk la mister ni"

Aku buat dono lagi
Last2 aku ajak Amira pegi depan sebab aku dah siap kemas dapur
Lalu je kat tepi sangkar rabbit
Baru la dia tunjuk sambil tutup hidung
"BUCUK LA MISTER NI"


Lorrrrrr hamster rupanya
Dari hamster terus jadi mister...
Konpius mak!

Wednesday, November 25, 2015

TERJEBAK DENGAN TUAN ANAS MIKAEL

Dah 2 minggu lebih terjebak dengan Tuan Anas Mikael
Walopun kat rumah takde ASTRO RIA
Layan online je la kat PC.. jadi le..

-pic gugel je-

Syokkan cerita ni 
Aku suka watak si Zara Zya tu
memang sengal gile...

Sapa layan drama ni????


** Entry hilang mengantuk..



CUTI SEKOLAH PUN BUKAN MASA UNTUK REHAT

Cuti akhir tahun ni bukannya panjang sangat kan
dan cuti ni pun bukannya bermaksud anak2 boleh relax serelax2nya
Aku pun takde lagi bawa anak2 berjalan ke mana2 untuk makan angin
Setakat ni belum ada perancangan pun.

Walopun cuti sekolah, aku tak le bagi anak2 aku tengok tv 24 jam
Tak bagi juga diaorang mengadap gajet sentiasa
Aku bagi juga diaorang latihan untuk dibuat
Nak2 pulak prestasi anak2 aku kurang memberangsangkan untuk tahun lepas
So aku kena la usaha sikit
[sorry kids, memang mama banyak abaikan korang..huhuhuhuhh]

Memandangkan anak2 aku ni agak lemah matematik
so sebagai permulaan, habiskan je la latihan matematik sebelum2 ni
Banyak lagi mukasurat tak buat
Kat opis keje mama la pulak nak semak latihan anak2 [kat rumah tak sempat]
Latihan ni aku suruh diaorang buat masa aku kat pejabat
suruh diaorang  buat kat rumah opah
Malam mama balik keje baru revise mana yang salah & mana yang tak faham




** Aku belum hantar anak2 ke kelas tuisyen, so aku la kena kerja keras ajar anak2 aku... No rest mommy!

Tuesday, November 24, 2015

GO WIRELESS : GUNALAH SHAREit

Teknologi kan semakin canggih sekarang ni
Zaman2 old school punya dah ketinggalan zaman 
Say goodbye to usb cable 
say goodbye to bluetooth
sekarang zaman wireless kan

Dulu kalau nak memindahkan data [especially gambar & video]
mesti kita guna usb cable kan
pastu zaman canggih sikit up sikit la pakai bluetooth 
la ni nak transfer file dah tak payah semua tu
kita pakai wireless je..

Kat playstore berlambak apps yang bolehkan kita transfer file tanpa wayar ni
Tapi yang paling aku suka guna Shareit la..
Memang senang pakai apps ni tau..
Yang penting gajet2 yang nak kena transfer data tu, kena ada apps ni la



Bila dah instal apps ni kat tab, smartphone atau PC so korang dah boleh dah transfer file
Dan kadar perpindahan file tu aku rasa sangat laju berbanding bluetooth
Yang penting ada WIFI la ye...



Kalau nak install di android, cari je kat Playstore
Kalau nak install kat PC, korang google je la Shareit for PC
So far aku dah guna kat PC yang guna Windows XP, Windows 7 & Windows 8



Aku ni nak terang secara teknikal memang tak reti
So korang boleh google blog2 yang explain pasal Shareit ni

Ni aku tengah transfer file dari smartphone ke PC
Memang cepat & mudah.
Apps ni memang wajib ada dalam setiap gajet aku.


So, korang boleh try la apps ni. 
Sangat2 membantu especially untuk blogger cam aku
Gambar banyak kat dalam handphone, tapi untuk editing & blogging
aku tetap nak guna PC.. 
Lagi satu storage kat PC kan lagi besar, so transfer la semua gambar kat PC
Simpan semua dalam henfon memang henfon jadi "berat" & lagging je..


TIPS MENGGAYAKAN BLOUSE COTTON

Siapa minat pakai blouse?
Material apa yang korang suka untuk blouse korang?
Lycra? Chiffon? Cotton? Viscose? Crepe?

Aku ni pun salah sorang peminat blouse
Asal nampak blouse yang lawa mulalah rambang mata kan
Dan aku jarang memilih material apa untuk sesuatu blouse
Setiap jenis material ada la kelebihan & kekurangannya kan
Macam chiffon sifatnya manja tak boleh nak lasak2 sangat
Cotton pulak sangat selesa & tahan lasak tetapi cepat sangat kedut



Kalau ikutkan sebenarnya, tidak ramai yang menggemari blouse cotton dan rata-rata wanita lebih gemar memakai fabrik lembut seperti chiffon dan lycra. Namun, masih ada juga segelintir golongan yang masih setia bersama fabrik cotton terutama sekali mereka yang ingin kekal selesa sepanjang hari.

Berbanding fabrik yang lain, cotton merupakan jenis fabrik yang paling tidak panas namun mudah renyuk. Fabrik cotton ini juga merupakan jenis fabrik yang paling sesuai dipakai di negara kita kerana cuaca yang panas sepanjang tahun.

Untuk anda yang juga merupakan penggemar fabrik cotton, berikut merupakan beberapa tips ringkas cara bergaya dengan memakai blouse cotton;   


Tips 1 : padankan dengan jeans

Jeans merupakan satu-satunya jenis bottoms yang paling versatile dan boleh anda gayakan dengan apa jua jenis tops. Blouse cotton tidak terkecuali dan padanan bersama jeans merupakan kombinasi yang amat ideal!



Tips 2: Padankan dengan seluar slack

Untuk kelihatan lebih formal ke pejabat, bolehlah padankan blouse cotton dengan seluar slack. Padanan ini juga boleh dijadikan pakaian kasual di hujung minggu. 



Tips 3 : Padankan dengan skirt

Untuk penggemar skirt, blouse cotton ini sesuai digayakan bersama koleksi skirts denim atau leather skirts untuk penampilan yang lebih ‘balance’. 




-gambar hiasan-

Senang je kan tips2 tu. So sekarang sesiapa yang ada blouse cotton, bolehlah bergaya dengan blouse masing2.  Kalau belum pernah ada blouse cotton, silalah beli sehelai dua. Rajin2 kan le tangan tu pegang seterika...hehehehe

WALAU JAUH TETAP SEHATI SEJIWA

Tajuk kemain lagi ek...
Sejak dah terjebak dengan AJ ni 
siap dah ada group Whatsapp untuk hantu2 AJ  ni
Tapi group ni hanya untuk kengkawan aku je la
Kengkawan aku yang minat2 AJ ni
So kat sini la kami bertukar2 pandangan, jual beli AJ, info tentang new release & macam2 lagi la
Tapi ni close group ye [jangan ada yang mintak join pulak]

Satu hari kami pakat nak pakai tudung yang sama
Walopun kami semua ni duduk jauh tapi kita set la satu hari pakai tudung yang sama together2 
So inilah hasilnya
[lepas pakai, selfie, hantar kat group pastu kitaorang buat collage]
Rasa best pulak bila pakai sesama ni  kan
Kalau duduk dekat2 mesti lagi best.
Rasa macam seragam gittew!

-kami pakai Black Label Green Paris-


Untuk first round ni hanya kami berempat je yang join
Jadi la kan

Maybe next time akan ada lebih banyak penyertaan..
Hehehehehe


Korang pernah buat tak camni?





Monday, November 23, 2015

HADIAH UNTUK PENGKOMEN TERBANYAK

Assalamualaikum...

Memandangkan blog picisan aku ni pun dah lama
Kebetulan bulan ni pulak bulan birthday tuan blog
Maka aku dengan murah hati
nak kasi hadiah pada top commentator di blog ni
Ewah...

Tak caya??? Sila lah percaya
Wa tarak tipu ha....

Kat blog pun aku dah buat list top commentator
See???? Siapa yang tersenarai tu????


Hadiahnya idak le grand pun
Tapi ikhlas dari aku sebagai tanda terima kasih untuk korang yang setia meninggalkan jejak di blog aku ni..

Tarikh tutup 30hb November ni
So, sempat la lagi sesapa yang nak meninggalkan komen 
& nak jadi pengkomen terbanyak bulan ni di blog aku tu...


** Kalau ada rezeki akan diteruskan setiap bulan.. Insya-allah.. Nak ke???



BIRTHDAY DINNER

Entry basi ni sebenarnya
Saja nak tayang dinner sempena birthday aku hari tu
merangkap sekali meraikan budak2 dua orang yang baru terima anugerah tu
So abahnya belanja la dinner kan...

Dinner kami idak le mewah2 mana pun
Saja syok2 je

 Ni je dinner kami
Thank you abah...



Ni ada rompong2 tu sebabnya dah bagi sikit dekat Cik Besah
Rezeki yang ada, share le sikit sorang kan..
Sesama merasa gitu, ye dak??




Friday, November 20, 2015

RENEW LESEN MEMANDU

Nasib la aku tak terlupa nak renew lesen memandu aku
Kebetulan cuti sempena hari anugerah anak2 kat sekolah
alang2 tu aku pun pi renew lesen memandu

Memula pegi pejabat pos Batang Kali
udah offline pulak
last2 kena ke pejabat pos terhampir 
so kena la pegi ke Rasa
Alhamdulillah orang tak ramai
so kejap je la menunggu prosesnya siap

Konon2 nak buat 5 tahun terus
tapi ongkosnya enggak cukup
2 tahun je la...

Tadaaaaaa... lesen baru dah dapat
lantak le gambar zaman tok kadok pun
Nak tangkap gambar baru kena pi JPJ pulak
malas la......


HARI ANUGERAH CEMERLANG 2015

Semalam aku cuti sebab nak attend Hari Anugerah Cemrlang anak2 aku
Few days before memang Aleeya ada bagitau
dia dapat anugerah kedatangan penuh

Kalau ikutkan aku ni memang malas nak pegi
Tapi sebab dah termotivate dek kawan2
so aku pun apply je la cuti
Ye la kan, bukan senang nak dapat full attendance tu ye dak??
Sepanjang aku sekolah pun tak pernah dapat anugerah tu

Lepas tu pulak Adib lak dapat surat makluman yang dia dapat anugerah untuk terbaik matapelajaran
Huish.. tak sangka Adib ni
Dalam malas2 tu, tersangkut juga hadiah kat dia..hahahaha
So wajar sangat le kan aku cuti untuk tengok anak2 naik pentas..
hahahahahaha... kasi semangat ye dak
[Aku dulu tak suka mak abah aku datang hari anugerah sebab aku tak boleh nak main2 dengan kengkawan.. <---teruk kan?]


Awal pagi aku pi klinik dulu
Ambik supply perancang keluarga
pas balik klinik baru terus tuju sekolah

Majlis buat kat dewan je..
Punya la ramai parents sampai takde tempat nak duduk
Duk celah2 crowd tu buat aku lemas pulak
dah le panas
So aku duduk je kat foyer ni
Ok la mengadap juga sikit ke arah pentas tu

Yang paling best, port aku ni elok2 je bawah kipas angin
Tak le lecak ketiak aku...



Bila dah sampai turn anak2 aku, baru la aku bangun pi dekat pentas
Nak tangkap gambar je...
Sebelum naik pentas- tengah ambil hadiah- lepas ambik hadiah

Malas nak tepek gambar sekeping2 sebab banyak, so aku buat collage je la
Salah angle pulak ambik gambar Aleeya kat pentas tu
Tu yang nampak gambar belakang je



Aleeya dapat Anugerah Kehadiran Penuh
Siap dapat lencana Full Attendance lagi..
Aku suruh simpan elok2, sebab bukan senang nak dapat
Full attendance memang target Aleeya tahun ni
Cemana pun dia tetap nak pergi sekolah



 Adib pulak dapat Matapelajaran Terbaik -Bahasa Melayu Penulisan 
[Tahun lepas pun terbaik Bahasa Melayu Pemahaman]



Masa Adib naik pentas aku ubah posisi
Aku ke seberang pentas
baru la boleh nampak gambar dia terima hadiah



Tahniah anak2 aku
Walopun tak dapat anugerah untuk akademik
Tapi mama bangga ada anak2 cam korang
Semoga terus cemerlang di masa2 akan datang.













Thursday, November 19, 2015

TOUCHING WISHES

Birthday aku semalam, cam biasa la ramai la yang wish kan
Thanks ye korang semua
Walopun kat group wasap aci kopipes je...hehehehehe
Tak kisah le tu....

Tapi dalam banyak2 wishes tu
ada gak le yang agak touching pada aku
Ni adik aku yang tulis
Tak tau la hang kopipes kat mana ayat2 ni angah oi
atau hang karang sendiri
Tapi serious rasa touching gile
[memang aku tak ngam dengan dia masa dulu2]




Secondly ni dari anak2 sedara nun jauh di Mersing nun
Walopun dah sekerat je perkataan tu nampak
tapi maklong paham korang [read: mummy korang] tulis apa tu
Thank you...

Love uols muah....muah...




BELAJAR DENGAN YOUTUBE PUN BOLEH

Tahniah untuk adik ni
berjaya dapat 5A dalam UPSR bebaru ni

Lain orang lain cara
maybe cara ni memang membantu adik ni dalam pelajarannya
Adik ni tak pegi tuisyen tapi dia belajar melalui youtube



Teknologi ni tak salah
Kalau benda elok yang kita cari
benda eloklah yang kita dapat
betul tak??


*** Kalau anak aku, alamatnya tengok K-pop je la kat youtube tu...huhuhuhu


** Hari ni aku cuti sebab nak hadiri HAC (Hari Anugerah Cemerlang) anak2 kat sekolah diaorang.

Wednesday, November 18, 2015

ZAMAN PERSEKOLAHAN

♪ ♫ Tamatlah zaman persekolahan
ku masih dihantui memori..
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh tuhan ku tak mahu pergi ♪♫

Tetiba pulak teringat lirik lagu hujan ni...
Saja tadi google menggoogle
terjumpa satu gambar ni
fuhhhhh... memang memori sungguh


Gambar ni la...
Sapa pernah buat camni??? Ngaku cepat!!!

Zaman2 sekolah aku dulu, ini la cara2 makan nasi lemak, mee, bihun, laksa, mi hailam, mi sup dan yang sewaktu dengannya.

Nasi lemak kat kantin aku dulu, mana ada bungkus2
Semua dalam plastik ni
Pastu gaul2 kasi rata segala sambal, timun, ikan bilis ngan telur
ikat ketat2 pastu gigit satu side kasi berlubang
pastu ngapppp... tak comot, tak kotor tangan, tak payah pakai sudu
Sambil baca buku boleh makan...hahahaha
cikgu ngajar kat depan pun boleh sorok2 makan lagi...hahahaha

Kalau yang berkuah2 lak, mesti ambik straw sebab nak sedut kuah
Marveles... tak payah nak mangkuk2 bagai
Cukup ada satu sudu je...

Adoi... kenangan sungguh.. rindu lak zaman kecik2 dulu
Kalau tanya budak2 sekarang mesti diaorang pelik tengok aku makan camtu

Dulu2 main plastik teh tarik ngan plastik ada telinga ni je
Tak main la polisterin2 ni kan..



Belanja lagu ni untuk korang
Serius tetiba terasa muda...hahahahah


Mesti korang senyum2 dengar lagu ni kan.. hehehe

OFFICIALLY 36... ITS MY BIRTHDAY LOL!

Alhamdulillah...
Today I am officially 36 years old
Belum tua lagi... masih 3 series kot...hahahahaha



Terima kasih, mak
kerana bertarung nyawa untuk melahirkan aku 
36 tahun dulu.
Suppose today, i should celebrate my mum kan??


Anyway, 






Tuesday, November 17, 2015

RUMAH BARU

Weekend lepas hasben dah belikan sangkar baru
untuk si hamster la
selama ni dok dalam balang je...

Sangkar yang lebih besar
Sangkar yang lebih cantik


Siap ada gelongsor
dengan roda berputar untuk si hamster exercise



Tu dia encik2 hamster bergumbira dengan rumah baru


Pasni hasben kata nak tukarkan sangkar si Mici pulak
Sian Mici dah sempit duduk dalam sangkar lama..


** Hasmter2 ni belum ada nama lagi...



NIKMAT PANAS

Musim2 hujan ni, kalau dapat sikit panas matahari
memang syukur sesangat
Macam kat rumah aku, pagi2 selalunya panas
petang sampai malam memang kerap hujan

So bila time panas, memang sakan la basuh baju
jemur cepat sementara panas
Kalau sempat lagi, segala tilam bantal pun nak jemur gak
Nak2 kalau bantal kekabu kan
kena rajin jemur baru dia gebu balik


Tu dia.... sementara panas
jemur segala tilam bantal


Alhamdulillah sempat la kering kain baju 
sebelum hujan menimpa dipetang hari