Thursday, October 8, 2015

JUBAH KE TELEKUNG NI?

Mak aku baru balik dari Banda Aceh sebelum raya haji hari tu
Katanya rombongan dengan kengkawannya 
Mak aku ni asal balik dari berjalan
mesti ada ole-ole untuk kami, cuc-cucu la terutamanya

Mak aku bagi baju sehelai sorang kat cucu2
Yang pompuan dapat gaun, yang lelaki dapat kemeja
Cuma untuk Aleeya takde gaun, so mak aku belikan jubah
Tapi.... senteng & kecik la pulak dengan Aleeya
pastu too childish katanya... [kecik2 dah pandai nak melaram]
So Aleeya taknak pastu dia bagi la Amira pakai jubah tu.

Bila Amira pakai, huk aloh... gini la jadinya..
Jubah ni agak besar & labuh la untuk Amira
tu yang bergulung2 kat pinggang dia
nasib la jubah tu jenis bergetah kat pinggang...


Ha kan.. dah rupa orang pakai telekung...hehehehe
Nasib la ko comel Amira oi...
Pastu  pantang orang nak ambik gambar dia
mula la keluar peace dia tu..



*** ngantuk wei petang2 ni...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...